Votelah duluuu😉💫
"Hah?! Kau okay tak, Ariff ?"
"Aku okay je. Cuma orang yang aku tolong tu macam serius. Macam nilah senang. Meeting pagi esok kau teruskan saja. Apa-apa update aku tau."
Panggilan Harris dimatikan. Ariff melihat Iman yang duduk di bangku menunggu. Rasa kesian hadir mengetuk pintu hati.
Melihat Iman yang menangis teresak-esak, Ariff tahu yang hubungan mereka adik beradik pasti rapat. Ariff menghampiri Iman.
"Adik, abang tahu adik risaukan kakak adik. Tapi, adik tak boleh macam ni. Adik kena doakan yang baik-baik saja untuk kakak adik. Abang yakin yang kakak adik tu kuat orangnya."
Iman menghapuskan air matanya.
"Terima kasih, bang. Kalau bukan sebab abang tadi, pasti saya tak jumpa kakak saya."
"Sama-sama. Oh ya! Nama adik apa?"
"Nama saya Iman Anaqi. Panggil saya Iman saja. Nama abang?"
"Ariff."
Itu sahaja yang mampu mereka bicarakan. Ariff tahu Iman pasti sedang risaukan kakaknya. Selepqs lima belas minit, doktor keluar dari bilik rawatan. Iman terus meluru ke arah doktor itu.
"Macam mana keadaan kakak saya doktor?"
"Keadaan cik Aliya stabil. Cuma sekarang ini cik Aliya banyak kehilangan darah. Jadi, kami perlukan penderma darah secepat mungkin kerana pihak hospital kehabisan darah jenis O. Encik boleh jadi pendermanya?"
Iman terkejut. Dia tidak mampu mendermakan darahnya. Dia sendiri akan meletakkan Aliya dalam keadaan bahaya jika darahnya didermakan.
"Tapi saya--"
"Biar saya yang dermakan darah saya. Lagipun, saya berdarah jenis O."
Ariff sedar bahawa Iman merisaukan sesuatu. Jadi, Ariff menawarkan dirinya. Iman agak terkejut. Tidak sangka masih wujud orang sebaik Ariff.
"Kalau macam tu, encik boleh ikut saya untuk pemeriksaan lanjut."
"Baiklah. Nanti saya menyusul."
Iman menepuk bahu Ariff.
"Terima kasih, bang. Saya tak tahu nak cakap apa."
Ariff hanya tersenyum nipis.
"Takpe, Iman. Abang ikhlas. Dah. Sekarang ni, Iman masuk tengok kakak. Abang pergi jumpa doktor, ya."
Iman hanya menurut sahaja. Iman masuk melihat keadaan Aliya. Rasa hiba hadir dalam dirinya. Rasa bersalah kerana kakaknya sakit begini kerananya. Ini sudah kali kedua Aliya dimasukkan ke hospital dalam masa yang singkat.
"Kakak. Maafkan Iman, kak. Kalaulah Iman tak ikut perasaan Iman ni, mesti kakak tak jadi macam ni."
***
Syamim dan Zara selesai menunaikan solat isyak bersama. Mereka bersalaman lalu Zara ditahan daripada bangun. Zara hairan dengan tingkah Syamim.
"Sayang, masuk hari ini dah tiga bulan abang imamkan sayang solat. Sayang rasa macam mana?"
Dahi Zara berkerut mendengar pertanyaan Syamim.
"Maksud abang, baby? Zara rasa awal lagilah untuk tu."
"Kenapa? Sayang tak sudi ke kandungkan anak abang kalau sayang betul-betul mengandung?"
Suara Syamim mengendur.
Zara sedar kata-katanya telah menggores hati Syamim.
Apa yang aku cakap ni? Sekarang, masa yang sesuai nak hantuk kepala kat dinding!
Zara teragak-agak sebelum tangan Syamim dicapai.
"Bukan macam tu maksud Zara. Cuma Zara tak nak abang kecewa kalau Zara tak mengandung lagi. Zara tak nak letak harapan tinggi sangat."
"Sayang, kalau rezeki Allah nak bagi pada hamba-Nya, ia akan terjadi. Esok kita jumpa doktor ya?"
Zara mengangguk. Hatinya saat kini resah. Jika dia benar-benar hamil, apa yang harus dia lakukan? Bukannya Zara tidak mahu mempunyai zuriat bersama Syamim tetapi Zara risau jika peristiwa dahulu berulang kembali. Peristiwa yang membuatkan Zara tidak lupa akan kejadian itu. Peristiwa hitam dalam kehidupannya.
Pada pagi keesokkannya, Syamim tidak boleh menemani Zara kerana ada mesyuarat mendadak dengan Encik Burhan. Jadi, Zara berjumpa dengan Doktor Laila sendirian unuk membuat pemeriksaan.
Doktor Laila mengambil tempat berhadapan dengan Zara. Raut wajah Doktor Laila tidak dapat diteka. Zara hanya menunggu dengan penuh tanda tanya.
"Jadi, macam mana doktor? Apa keputusannya?"
Zara bertanya.
"Anak ini anugerah dan rezeki untuk sesebuah keluarga, tapi jika tidak diizinkn oleh Allah, kita hanya mampu untuk tawakal."
Kata-kata Doktor Laila itu sedikit sebanyak membuat raut wajah Zara menjadi muram.
"Tapi, Alhamdulillah kerana puan dipilih oleh Allah untuk merasai mempunyai anugerah itu. Tahniah puan Zara! Puan mengandung! Dah tiga minggu."
Doktor Laila memberitahu perkara sebenar.
Riak wajah Zara seakan-akan tidak percaya.
"Betul ke ni doktor?"
"Ya. Dan saya harap lepas ini, puan lebih hati-hati ye. Ini bukan kandungan puan yang pertama. Untuk pemeriksaan selanjutnya, kalau boleh, ajaklah suami puan sekali. Senang untuk kita tahu perkembangan bayi bersama."
Wajah Zara tak mampu untuk menyembunyikan berita gembira itu. Dia sedar ini bukan kandungan pertamanya. Dia perlu lebih berhati-hati.
Zara memandu ke rumah Harris selepas mendapat izin daripada Syamim. Berita ini memang berita yang menggembirakan namun, peristiwa hitam itu mengahntui dirinya.
Lamunan Zara mati ketika Hilmi menyergah dirinya.
"Abang Hilmi! Terkejut adik."
Hilmi tersenyum. Dia hanya ingin melihat adik kesayangannya ini tersenyum semula seperti dulu.
"Dik, abang harap sangat yang adik boleh senyum setiap masa macam dulu. Abang tak nak adik abang ni sedih selalu. Abang nak tengok adik yang dulu selalu ceria."
Zara tatap wajah abangnya itu.
"Abang Hilmi, adik ada nak cakap seomething."
Hilmi mengerutkan dahinya. Macam siyes bebenor bunyinya.
"Adik mengandung."
"Alhamdulillah! Syamim dah tahu?"
Zara tidak membalas sebaliknya menunduk kan kepala. Hilmi yang perasan perubahan Zara menjadi tertanya-tanya.
"Adik takut nak bagitahu dia. Adik takut, abang."
Air mata mengalir. Peristiwa hitam itu berputar kembali dalam fikiriannya.
Hilmi menarik Zara ke pelukannya. Zara membalas pelukan abangnya.
"Abang, adik takut. Kalau peristiwa macam dulu jadi semula macam mana? Adik tahu yang Syamim sayangkan adik tapi..."
Hilmi sedar peristiwa hitam itu masih berada di dalam fikiran Zara. Nak-nak lagi Zara sedang hamil.
"Adik. Adik kena yakin yang Syamim takkan buat macam tu kat adik. Abang tahu adik takut tapi adik kena kuat. Nadia pasti tak nak tengok ibu dia sedih macam ni."
Zara sedar akan hal itu. Ini bukanlah kandungan pertamanya. Kandungan pertamanya telah gugur ketika menikah dengan Shafiq. Memori itu membuatkan Zara takut untuk menghadapi perkara yang akan datang.
Yq allah, kau jagalah kandunganku. Buangkan rasa takut ini supaya tidak menggangu hubungan aku dan suamiku.
XXX
"Hitam putih sesuatu keputusan kita yang tentukan. Pilihlah asalkan tak memudaratkan diri atau orang lain."
-💜miszhann-
YOU ARE READING
✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]
Romance♡1 izinkan aku melakar masa depan kita Hope you guys will enjoy this story!!! Jangan lupa vote + comment and follow me😘 ZARA FARHANA - selepas kematian ibu bapanya, dia dijaga sepenuh nyawa oleh abang kembarnya, Harris dan Hilmi. Mereka bertiga men...