Bab 14 [EDIT]

553 58 0
                                    

Votelah duluu😉💫

Keesokkan harinya, jenazah Raja Zulkarnain dikebumikan. Semua yang hadir beransur seorang demi seorang. Zara yang masih menangis di kubur itu dipeluk oleh Syamim.

"Sayang, jom kita balik. Tak nak lah sedih-sedih macam ni."

Hatinya berasa sangat sakit melihat air mata Zara yang gugur yang tiada hentinya.

"Awak tunggu saya kat kereta boleh? Nanti saya datang."

Syamim mengerti. Isterinya memerlukan ruang untuk bertenang. Syamim berlalu.

Zara menangis tanpa henti. Tidak sangka satu-satunya tempat dia bermanja sudah tiada lagi.

"Atuk. Atuk tenanglah ya kat sana. Zara kat sini akan selalu doakan atuk. Zara sayang atuk tau."

"Zara sangat sayangkan atuk. Macam tu juga Ariff."

Zara tersentak dengan kehadiran Ariff. Ariff hanya tersenyum nipis.

"Ariff minta maaf sebab tak mampu jadi cucu yang baik, tuk. Ariff tahu Ariff ada banyak salah dengan atuk. Dan Ariff tahu atuk maafkan Ariff. Atuk tenanglah ya di sana. In sha allah, kami pun akan jumpa atuk di syurga."

Zara tersentuh dengan kata-kata Ariff. Zara lupa. Lelaki di sebelahnya ini juga menumpang kasih dengan atuknya. Sekurang-kurangnya, dirinya masih mempunyai suami, abang dan kakak ipar. Ariff? Hanya sebatang kara.

"Zara. Jom balik. Syamim dah tunggu lama tu."

"Tapi Ariff, atuk..."

Ariff tatap wajah lembut Zara. Wajah itu kelihatan bengkak kerana terlalu banyak menangis. Ariff mengeluh. Hatinya sakit melihat keadaan Zara.

"Zara, kau fikir atuk akan happy ke kalau atuk tahu yang kau meratapi pemergian dia? Kau tahu kan nabi pun tak ajar kita untuk meratapi pemergian seseorang? Tak elok, Zara. Kita balik. Kau kena rehat. Kalau kau sakit, nanti macam mana kau nak ziarah atuk?"

Suara Ariff sedikit meninggi. Bukan niatnya hendak menengking Zara, tapi risau dengan keadaan wanita itu.

Zara terdiam. Ada benarnya kata-kata Ariff. Salah untuk meratapi pemergiaan seseorang. Air mata yang tersisa diseka. Zara bangun.

"Thank you, Riff sebab ingatkan aku. Kalau kau tiada, aku tak tahu lah sampai bila aku akan akan duduk kat sini."

"Aku akan selalu ada dengan kau Zara sampai lah ajal yang pisahkan kita."

Mereka berdua berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Ariff pulang begitu juga Zara. Zara masuk ke dalam kereta Syamim.

"Sayang dah okay?"

"Dah. And thanks to Ariff. Kalau tak, tak tahu lah sampai bila abang kena tunggu Zara dalam kereta ni."

Syamim hanya tersenyum kelat. Kereta dipandu pulang.

**

"Atuk, Ariff nak ambil cuti dulu sebelum masuk kerja. Ariff tak ready lagi."

Ariff menemui Raja Zulkarnain dua hari sebelum majlis pernikahan Zara berlangsung. Niatnya untuk meminta cuti bagi mempersiapkan diri sebeum menguruskan syarikat.

"Kamu nak ambil cuti untuk masuk kerja atau untuk tenangkan hati kamu yang dah sakit tu?"

Mata Ariff terbutang. Kaget dengan pernyataan Raja Zulkarnain. Tidak sangka bahawa Raja Zulkarnain mengerti perasaannya.

"Atuk tahu?" suara Ariff teragak-agak.

"Mestilah atuk tahu. Kamu cucu atuk. Kamu sedih kan untuk melihat Zara jadi milik orang lain dalam masa dua hari ni?"

Ariff tersenyum pahit. Kebenaran yang meluncur keluar daripada mulut Raja Zulkarnain itu tidak mampu untuk dia nafikan.

"Pernikahan ni tetap akan berlangsung walaupun Ariff tiada. Jadi, tak salah untuk Ariff pergi kan?"

"Betul. Memang pernikahan ni takkan berhenti hanya sebab Ariff tiada. Tapi, Ariff fikir perasaan Zara? Zara pasti sedih kalau tahu sahabat baik dia tak datang hari pernikahan dia."

Ariff hanya menundukkan kepalanya.

"Ariff cuma dianggap kawan je atuk sepanjang perkenalan kami. Lambat-laun, Zara dah tak perlukan Ariff."

"Ariff, sahabat dan pasangan berbeza nilai bermaknanya. Kenapa Ariff kena fikir yang Zara akan buang Ariff dari hidup dia? Ariff sepatutnya kenal Zara lebih dari atuk. Betul?"

Ariff mengiyakan kata-kata Raja Zulkarnain. Tiada yang salah dalam bicaranya. Benar. Walau apa pun yang terjadi, Zara memerlukannya sebagai seorang sahabat.

"Terima kasih, tuk. Ariff sedar hal tu. Tapi, Ariff tak mampu nak melihat majlis tu nanti. Sekurang-kurangnya, Ariff pergi dengan pengetahuan atuk."

Raja Zulkarnain mengeluh. Dia faham bahawa rasa suka yang dipendam itu bukan mudah untuk dilupakan.

"Kalau itu yang Ariff nak, atuk izinkan. Tapi, Ariff bagitahu Zara sendiri ya."

"Baik, tuk."

Raja Zulkarnain menepuk bahu Ariff.

"Ariff, bunga bukan sekuntum. Kalau bukan Zara yang Allah tetapkan untuk Ariff, maknanya Zara bukanlah yang terbaik untuk Ariff. Mungkin sebab tu Allah tak mengizinkan Ariff untuk meluahkan rasa cinta tu pada Zara. Cinta yang Ariff rasa itu patut diluahkan kepada orang yang lebih berhak. Cari dan dapatkan bunga tu."

Ariff tersedar dari lamunannya. Itulah nasihat Raja Zulkarnain yang terakhir untuknya. Tanpa sedar, air matanya jatuh kerana merindui lelaki tua itu. Terasa seperti baru semalam dia duduk berdua bersama Raja Zulkarnain. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan rindu yang ditanggung.

Surah al-fatihah dibaca. Jika kita merindui seseorang yang sudah tiada, elok untuk kita sedekahkan mereka al-fatihah bagi mengelakkan mereka daripada azab kubur.

XXX

"Suka, sayang dan cinta adalah tiga tahap yang berbeza. Kadang, daripada suka terbitlah rasa sayang dan mekarnya bunga bernama cinta. Kadang juga, rasa suka itu sekadar suka. Rasa sayang itu sekadar sayang. Tapi, kalau ada rasa cinta, itu adalah maksimumnya."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now