Bab 17 [EDIT]

506 50 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Zara melemparkan pandangannya ke luar jendela kereta yang dipandu Asyraf. Fikiran melayang kepada peristiwa semalam. Tiba-tiba, air matanya mengalir. Asyraf menyedari keadaan majikannya itu berhenti di sebuah masjid.

"Kenapa awak berhenti kat sini?"

Asyraf hanya tersenyum.

"Saya faham apa yang ada dalam fikiran cik puan. Jadi, apa kata sekarang ni kita solat sunat dulu ke? Lagipun sekarang ini kan waktu dhuha. Waktu sunat yang nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan untuk solat sunat. Lagipun, solat dhuha kan bagus untuk menambahkan rezeki kita. Flight kita pada tengah hari. Jadi, ada masa lagi ni."

"Terima kasih, Asyraf."

Kaki diatur ke arah tempat wuduk.

Zara menunaikan solat sunat tahyattul masjid dilakukan terlebih dahulu bagi menghormati masjid seperti yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad SAW. Setelah itu, barulah dia melakukan solat sunat dhuha yang jarang sekali ditinggalnya. Nabi pernah berpesan, jika kita amalkan solat sunat dhuha, in sha allah kita akan dimurahkan rezeki.

"Ya Allah. Kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Aku tidak tahu apa perancangan yang telah Engkau tetapkan kepadaku dan suamiku, tetapi Engkau kuatkanlah kepercayaan diantara aku dan suamiku agar kami tidak dilanda musibah."

**

Syamim baru sahaja selesai mesyuarat tentang RZTV yang masih belum stabil. Entah di mana lagi silapnya dalam menguruskan anak syarikat itu.

Telefon dicapai dan dia berjalan menuju ke arah kereta. Syamim menghumbankan dirinya ke dalam perut kereta. Dia mengeluh kuat sebelum menghidupkan enjin kereta untuk pulang ke rumah.

Bukan dia tidak perasan akan perubahan Zara sejak akhir-akhir ini. Sejak kepulangan Zara daripada Pulau Pinang, Zara seakan-akan cuba menjauh daripada dirinya tanpa sebab. Syamim juga manusia biasa. Tipulah kalau dirinya tidak terasa atas sikap isterinya itu. Syamim juga tidak tahu apa kesalahan dirinya sehingga Zara melayannya dingin. Mungkin kesalahan itu dia lakukan tanpa sedar dan itu telah melukakan sekeping hati tulus Zara. Bermacam-macam perkara yang bermain-main di dalam fikirannya saat ini.

***

"Abang, Zara nak cakap dengan abang kejap boleh tak?"

Tanya Zara yang masuk ke dalam bilik dan melihat Syamim sedang sibuk membaca buku agama kegemarannya.

Syamim menutup buku itu lalu diletakkan di atas meja yang bersebelahan dengan katil mereka. Syamim membetulkan kedudukannya.

"Ada apa sayang? Macam serius je abang dengar."

Zara menarik nafas lalu menghembusnya. Tangan Syamim dicapai lalu diciumnya. Syamim yang melihat tingkah Zara berasa aneh dengan sikap Zara pada malam ini.

"Abang, Zara nak cakap yang walau apa pun yang terjadi nanti dalam hubungan kita, Zara harap sangat yang abang akan sentiasa percaya dekat Zara, bukan orang luar yang tiada kaitan dengan diri kita. Abang boleh janji dengan Zara?"

Walaupun pemikirannya masih tidak faham apa maksud kata-kata Zara, namun dia tetap anggukkan kepalanya.

"Sayang, abang selalu percaya dekat sayang. Sentiasa. Abang janji dengan sayang yang abang akan selalu percayakan sayang, ada untuk sayang bila-bila masa."

Dahi Zara dikucup bertalu-talu kemudian Syamim menarik Zara ke dalam pelukannya. Zara membalas erat.

"Terima kasih abang sebab percayakan Zara."

Seminit. Dua minit. Suasana masih sunyi. Hampir lima minit mereka berdiam diri.

"Sayang, jom balik rumah abang esok!"

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now