Bab 18 [EDIT]

501 44 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Mata dibuka. Pandangannya masih samar-samar. Aliya cuba untuk bangun daripada perbaringannya. Dalam pada itu, Iman yang tidur di sofa tersedar.

"Eh kakak! Kakak nak buat apa ni? Kakak kena rehat tau."

Kepala dipicit. Sakit lagi mungkin.

"Iman, macam mana kakak boleh ada dekat sini?"

"Tadi Iman balik dari library, Iman tengok kakak dah terbaring atas lantai. Tangan kakak berdarah banyak pula tu. Kakak, boleh cerita dekat Iman apa yang jadi dekat kakak? Papa? Ke abang?"

Aliya hanya membisu. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Iman geram. Badan Aliya ditarik Iman supaya menghadapnya.

"Kakak, tolong jujur dengan Iman. Siapa yang buat kakak macam ni? Kalau kakak tak nak cakap, biar Iman buat report polis."

Tangan Iman ditarik. Sejahat-jahat Jaafar, Aliya tidak sanggup melihat ayahnya itu meringkuk dalam penjara. Walaupun Jaafar itu ayah tirinya.

"Okay, kakak cakap. Tapi Iman kena janji jangan report polis."

"Okay."

"Papa. Papa cuba nak pekak kan telinga kakak dengan serpihan pasu kaca yang papa pecahkan. Kakak melawan, tapi kena tangan kakak."

Iman melopong. Terkedu. Tidak sangka sampai tahap itu sikap keterlaluan papanya.

"Kenapa kakak biar lagi apa yang papa buat kat kakak? Kak, badan kakak dah habis lebam macam ni pun dia tak puas hati lagi? Nak pekak kan telinga anak pula? Kak, kita pergi ya? Iman tak sanggup nak tengok kakak macam ni lagi."

Air mata Iman mengalir. Sebak memikirkan kakaknya yang sering menjadi mangsa pukulan papanya. Aliya pun tidak kurang sebaknya. Sedih memikirkan nasib Iman yang perlu hidup dalam keadaan begini.

"Iman, kan Iman dah janji dengan kakak. Kita takkan tinggalkan papa sendirian. Papa ada kita saja, Iman."

"Dan Iman cuma ada kakak saja. Iman tak boleh maafkan diri Iman kalau apa-apa jadi pada kakak. Kakak fikir, Iman boleh lupa macam tu saja apa yang papa dan abang buat pada kakak, pada Iman? Kak, sampai bila lagi? Kakak tahu kan, bukannya Iman tak mampu nak bina hidup baru untuk kita berdua cuma kakak saja yang degil. Harta ibu yang ibu tinggalkan tu tak luak pun, kak. Nak juga duduk dengan papa."

"Ya Iman. Kakak faham. Kalau betul Iman nak kakak ikut rancangan Iman, kakak ikut cakap Iman."

Aliya hanya mampu menurut untuk ketika ini. Ikutkan hati, Aliya juga tidak mahu pulang ke rumah setelah kejadian tadi. Tapi, papa itu tanggungjawab mereka. Mereka harus pulang juga ke pangkuan Jaafar walau apa pun yang berlaku.

***

Syamim berangkat ke pejabat lebih awal hari ini. Kata Syamim, dia ingin makan tengah hari di rumah. Kebetulan pula, Zara sedang cuti. Zara hanya tersenyum. Zara ingin masak lauk kegemaran Syamim.

Sedang Zara sibuk menghidangkan makanan, loceng berbunyi. Zara membuka pintu tanpa mengintai terlebih dahulu. Zara hanya menyarungkan tudungnya, walaupun senget benget tetap tutup aurat. Syamim selalu mengingatkan dirinya supaya sentiasa bertudung walaupun hendak pergi menjenguk siapa yang datang.

Zara melangkah bahagia kerana dia pasti Syamim yang pulang. Tetapi dia menerima kejutan lain. Terkejut dirinya melihat gerangan itu. Pintu kembali ditutup. Namun, sempat ditahan oleh orang itu.

"Zara, please. Saya perlu cakap dengan awak."

"Tak! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau blah daripada sini!"

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now