3

47 2 0
                                    

Syafiq P. O. V

"Assalamualaikum pa". Syafiq salam tangan ayahnya.

"Anak papa ni ok tak? Masam je mukanya. Maaflah papa lambat ambik kamu. Papa ingatkan mama kamu yang ambik tadi. Tu yang papa solat zohor sekejap" kata ayahnya.

"Takpe papa. Lagipun Syafiq lapar ni and Syafiq faham".

"So..... How your school. Ok tak?" tanya ayahnya. Maklumlah sekolah di luar negara dan dalam negara tak sama. Berbeza.

"Ok je pa. Hari pertama biasalah. Tapi Syafiq rasa dekat sini syafiq  boleh buat kawan dah. Diorang semua baik²  and cikgu yang sporting" terang syafiq.

"Ok lah kalau macam tu papa pun tenang lah sikit. Kamu tak kena buli dekat sekolah kan??"

"Takpun, kenapa papa cakap macam tu?" tanya syafiq. Pelik dengan pertanyaan ayahnya. Macam ada sesuatu pulak. Tiba-tiba tanya macam tu. Kalau dekat Ausie of course lah aku lah ketua buli but now aku rasa aku kena bertaubat dulu.

"Saja tanya. Jangan jadi pembuli ye! Cukup dekat sana je yer. Malu papa nanti. Semua orang dekat sini semua kenal papa. Awas kamu kalau kamu buat hal dekat sekolah nanti" Encik ayob memberi peringatan kepada anaknya ini. Kalau di luar negara pasti boleh mengaburi mata² manusia yang lain. Apabila tiba di Malaysia buat sahaja masalah terus viral.. Semua negara boleh tahu!

"Ok... Syafiq janji yang fiq tak buat hal ok papa"ujar syafiq sambil membuat muka comel. Jika ayahnya tahu dia buat hal lagi mau ayahnya tarik terus kad kreditnya itu.

**********


"Ibu.... Ouhh.. Ibu.... Hanna dah balik nie..." laung Hanna.

"Astagfirullahallazim... Hanna! Tak reti ke dah balik sekolah bagi salam dulu sebelum masuk rumah?" marah ibunya.

"Aduhh... Ibu jangan lah marah² nanti cepat tua lah ibu... Hanna minta maaf ok( sambil mengelipkan matanya)... Assalamualaikum ibu... Hanna dah balik ni..." jawab Hanna. Dia bukan tidak sengaja untuk tak memberi salam. Sebenarnya dari tadi dia sudah lapar sebenarnya. Biasalah balik dari sekolahkan.

"Waalaikumussalam... Macam tu lah anak ibu.... Kamu ni pun aduhh...lain kali sebelum masuk rumah bagi salam dulu ye" nasihat ibunya. Tidak baik kalau tidak memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Kitakan orang islam kenalah macam tu.

"yelah ibu... Ibu masak ape tu??" tanya Hanna.

"ibu masak ikan patin masak tempoyak dengan sayur campur ni ha" jawab ibunya.

"wahhhhh..... Sedapnya ibu... Ibu ni favourite Hanna ni!!" ucap Hanna. Tidak mahu tunggu lagi, dia cepat² masukkan nasi ke dalam pinggan namun ditegah oleh ibunya.

"Ehhh... Sedap² ye nak makan dulu. Kalau dah makan alamatnya lambat lah tu nak solatnya. Pergi mandi pastu pergi solat dulu. Jangan nak pandai ² nak makan dulu ye..nanti ibu tak bagi kamu makan ha padan muka kamu nanti" ujar ibunya.

"ibu ni.... Aduhhh... Hanna baru je nak makan tadi... Ye lah,, Hanna pergi solat dulu... Pastu baru Hanna makan balik" kata Hanna ada seperti nada merajuk di situ. Biasalah bila ibu suruh buat sesuatu mulalah macam nak marah. Tapi kita kena dahulukan yang sepatutnya.

*********

Jam di dinding pantas bergerak dan menunjukkan jam sudah pukul 9:00 malam.

Ting!... Ting!... Ting!...

Bunyi mesej masuk di WhatsApp seperti peluru. Apabila dia melihat di terkejut apa bila mesej di groupnya sampai 200 mesej. Apalah yang mereka bualkan sangat ni. Nasib sahaja dia sudah siap membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru kelasnya.

CHIPSMUNK🌸

kerja kalau tak buat kena denda ke?

HANNA💕

Sapa pulak chips munk ni adoii

DELISHA🌈

Kau ni lambat lah Hanna... Baca lah dari mula tu...

LILA💐

Hahahahhaha... Lambat kau buat pe ha?? Makan ke tidur???

HAIFA🌾

Hahahahhaha... Adoii... Orang dah sampai ke bulan kau baru nak start enjin ke😂😂😂

CHIPSMUNK🌸

Ni saya lah Syafiq. Pelajar baru baru tu Hanna! Lila yang masukkan no telefon saya dalam group ni. Hehehheeh

HANNA💕

Ouh,, yeke... Tak pelah kalau macam tu... Saya save chips munk je lah,,, lagi pun muka awak tu macam chips munk.

HAIFA🌾

Adoiii.. Kau ni pun agak-agak lah... Tak baik buat orang tu macam tu.. Mengutuk ciptaan Allah tau...

DELISHA🌈

Betul tu wei.. Hahahahhaha jangan lupa semua siapkan kerja sekolah tu tau nanti apa hal Roger je.. Okk

LILA💐

Ye lah weii... Aq rasa aq mengantuklah.. Tidur semuanya....

Setelah berwhatsapp,, maka mereka semua pun tidur demi esok hari yang menanti.. Perbualan pada malam itu diteruskan oleh seorang perempuan dan seorang lelaki. Adakah sudah jatuh cinta?? Saksikan lah okkk....

Bersambung



Menunggu Hari ItuWhere stories live. Discover now