Setelah tamat perhimpunan, semua pelajar dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas dan pmp berjalan seperti biasa. Di dalam kelas Delisha melihat wajah kawannya iaitu Hanna seperti bercahaya. Macam ada sesuatu je..
"Weyh Hanna asal muka kau tu,,nampak ceria je,, cerita lah apa yang berlaku" Delisha cuba untuk mengetahui apa yang berlaku.
"Takdalah wei,,, aku cuma gembira tengok Lee jong suk aku je.. Semalam aku tengok cerita 'Two Worlds" dalam viu" ujar Hanna ceria.
"Ye ke ni..?? Ke kau tipu kami ha?? Orang lain boleh lah kau tipu tapi aku janganlah.. Kau ada simpan rahsia ke??" tanya Delisha.
"Lila.. Kau kan pakar sikit cuba kau tilik wajah kawan kita yang sorang ni.." ujar Haifa yang tidak puas hati dengan jawapan dari Hanna. Mungkin Delisha rasa begitu juga. Masih tertanya-tanya apakah yang berlaku. Lain macam sahaja riak wajah kawannya yang sorang ini.
"Dari firasat aku lah....dan pengalaman aku juga kan.. Aku rasa kau ni dilamun cinta kan!" teka Lila dengan kuat sehinggakan rakan yang di dalam kelas semua memandang mereka berempat.
"Weyh,, agak-agak lah nak cakap macam tu dekat kau ni kan... Hisshhh geram betul aku... Gaiss tak da apa².. Biasalah drama Korea.. Hahaha". Kata - katanya mendapat gelakkan dari rakan di dalam kelas.
"Abistu.."
"Takda apa-apalah wei.. Fokus please.."pinta Hanna. Dia tidak mahu ambil kesah dengan apa yang berlaku sekarang ni. Tambah pula, tidak lama sahaja lagi mereka akan menjawab soalan peperiksaan. Perkara ini tidak boleh dimain-mainkan. Jika tidak berusaha sekarang susah di kemudian hari.
Mereka semua berhempas pulas menghabiskan topik² dan subjek spm. Kelas tambahan yang semakin banyak membuatkan mereka sedikit sebanyak merasakan ilmu yang diturunkan oleh guru membolehkan mereka untuk menjawab soalan spm dengan tenang.
KINI TIBALAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH PELAJAR SPM. PEPERIKSAAN YANG SEBENAR YANG AKAN MEREKA HADAPI TIDAK LAMA LAGI. SEMOGA BERJAYA!
"Weyh korang semua good luck tau. Aku doakan korang semua berjaya jawab exam and tenang" ujar Delisha.
"Korang juga ye!!" kata Syafiq.
"Wehh,, aku rasa gementar sangat lah ni.." ujar Hanna kepada rakannya
"Don't worry ok. Takda apa yang akan terjadi.. Because kita semua dah belajar kan dan akan ingat apa yang guru kita tu ajarkan" tenang Haifa berkata. Walhal dalam hati jangan cakaplah rasa nak meletup pun dah ada dah ni.
Di sebalik wajah yang muram ada sesuatu yang cuba memberikan tenaga dan kekuatan agar terus sentiasa cekal. Kekuatan yang diberikan disalurkan melalui mata oleh kekasih hati. Tampak mudah untuk menyembunyikan hal yang serius namun perjanjian telah dibuat antara dua hati.
Namun! Masa yang ditunggu telah tiba apabila ketua peperiksaan memberikan ucapan kepada pelajar. Jadi semua pelajar dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Guru memberikan senyuman dan kekuatan supaya anak murid tidak rasa takut mahupun susah semasa menjawab.
"Hanna.. Ingatkan kata-kata saya semalamkan" ujar Syafiq.
"Ingat dan saya akan selalu ingat kata-kata awak Syafiq. Don't worry. I'll stay by your side whatever comes to stop us" ujar Hanna.
Senyuman terbit di antara mereka berdua namun tidaklah terlalu jelas sehinggakan disedari oleh orang lain.
**********
Pejam celik,, pejam celik.. Sudah tamatlah peperiksaan SPM. Kini semuanya sudah tamat persekolahan dan menunggu keputusan.
Mereka semua akan melalui hidup masing-masing tidak lama lagi.
Bersambung
YOU ARE READING
Menunggu Hari Itu
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang mencari sinar bahagia bersama seorang lelaki yang dianggap penyelamat ya. Namun kehidupan itu telah membinasakan kehidupannya itu. Kehidupan yang penuh kepuraan tidak akan kekal lama tapi kehidupan yang bahagia sen...