6

24 1 0
                                    

"Hello Hanna sayangku." ucap Syafiq.

"Ye syafiq. Ada apa ye call saya ni?." ujar Hanna. Telefonnya tidak berhenti dari tadi lagi. Asyik berbunyi je. Risau pulak dia bila bos masuk nanti. Mau dia kena buang kerja.

"Mama saya suruh awak datang ke rumah ni. Mama saya dah bersetuju nak jumpa awak sayang."

"Serius lah??" terkejut dia apabila ibu syafiq nak jumpa dengan nya. Puas Syafiq meminta kebenaran ibunya untuk membawa aku ke rumah mereka. Namun ibunya tetap me olah namun pada hari ini aku bersyukur kerana ibunya memberi aku peluang. Terima Kasih Ya Allah.

"Ye!! Besok pukul 10 datang rumah tau jangan lambat! Mama saya tak suka. Ni first empression dia pada awak tau." terang Syafiq.

"Ok.. Saya datang nanti ok!."

**********

"Assalamualaikum... Assalamualaikum....". Salam diberi, namun gementar itu ada dan wujud.
Pertama kali, aku menjejakkan kaki di rumah yang besar ini. Tidak pernah ku bayangkan aku akan menemui bakal ibu mertua ku.

Kelihatan wajah perempuan tua keluar dari rumah. Seperti orang gaji di rumah ini sahaja.

"Waalaikumsalam...cari siapa ye cik".

"Maaf ye Puan Rozila ada tak sebab dia nak berjumpa dengan saya harini. Saya Hanna" ujar Hanna.

"Ouhh.. Maaf ya non ini teman wanita cik syafiq ye. Maaf ibu ngak tau sih. Jemput masuk ya. Sila duduk dahulu. Ibu pamit dulu ya, mahu manggil ibu rozila di atas. Kamu tunggu di sofa ini aja ya."

Aku hanya menuruti pembantu di rumah Syafiq ini. Dia menyuruh aku untuk duduk di sofa sementara dia memanggil puan rozila. Aku melihat rumah Syafiq ini besar. Biasalah rumah banglo kan. Dekat luar ada kolam renang dan pondok pokok bunga. Nampaknya Puan Rozila ni sukakan pokok bunga nampaknya.

Di rumah fiq, aq nampak banyak perhiasan dan pasu bunga yang cantik. Rasanya itu dari luar negara sebab ia tersimpan dengan cermat di dalam almari. Kemudian, Aku melihat dinding yang penuh dengan gambar. Nampaknya Syafiq mempunyai seorang abang, namun aku tidak melihatnya di rumah ini. Rupanya ada seiras dengan muka fiq.

Kelihatan susuk tubuh wanita turun ke bawah untuk bertemu denganku ini pastinya ibu Syafiq. Aku senyum namun senyumanku tidak dibalas. Apa yang aku perlu lakukan ini? Mana Fiq ni.. Aduhhh dia ni... Takut aku dengan mak dia ni. Aku rasa antara Horor story dengan mak fiq ni, mak fiq ni lagi seram weiii...

"kamu! Perkenalkan diri kamu!".

"Assalamualaikum puan, nama saya Hanna." aku hulurkan tangan untuk bersalam dia berikan tangannya namun selepas itu ditarik ya cepat².

"Ouh.. Inilah Hanna itu ye. Syafiq menolak untuk saya jodohkan nya dengan menantu pilihan saya demi kamu? Huhh. Bangun sekarang!" ujar ya.

Terkejut aku. Aku pantas bangun. Mak aihhh garang gila mak mentua aku ni. Macam mana lah fiq hidup denn mak dia ni. Kataku di dalam hati. Dia melihat-lihat aku dengan pelik.

"Kamu ni Takda taste ke ha? Pakai baju kurung. Ni baju kurung lusuh ni kalau aku tunjuk dekat kawan aku mahu dia ketawa. Pastu kau ingat laku ke kalau jual ha!". Tanya ya kepadaku. Aku dah nampak masa depan ku dengannya bagaimana.

"Puan.. Baju ni sahaja yang lawa. Saya sebenarnya baru beli baju ni semalam. Jadi baju ni tak lusuh lagi Puan." tuturku. Ada ke patut cakap lusuh aku beli nak dekat rm100 tau.. Abis duit aku.

"hei..kau ni menjawab ye cakap aku. Kau tau ke lusuh tak lusuh kau tak tahu. Aku yang melihatnya sakit mata aku. Kau ni dari ceruk mana ha. Ada hati nak jadi menantu aku. Macam ni nak jadi menantu aku. Hei pergi cermin lah muka kau tu. Kau ingat lawa sangat ke ha! Aku nak menantu kan Aisy tu tapi anak aku ni sebokkk sangat nak dekat engkau. Ehh perempuan pandang sini bila aku  bercakap jangan asyik pandang bawah. Kau bercakap dengan lantai ke? " marahnya kasar

"Baik puan" jujur aku kata aku terasa depan apa yang ibunya kata kepada ku. Tidak pernah seumur hidup aku diperlakukan seperti ini.

"kau ni anak orang kaya ke? Ibu bapa kau kerja apa. Apa kau buat sekarang ni?" tanyanya.

"Maaf puan saya bukan anak orang berada macam puan. Mak saya kerja dia cuma menjahit sahaja. Ayah saya bekerja di Alam Flora. Saya sekarang ni bekerja dekat restoran KFC je puan sementara tunggu result keluar." bagitau ku.

"Tengok tu! Bagai langit dan bumi kan. Nampak tak keluarga kau dengan aku berbeza! Kenapalah si fiq ni bawak menantu yang asal usulnya tak boleh ditulis dalam resume!" marahnya.

Ibunya menunjal kepala ku berkali-kali dan mengatakan yang aku tidak layak untuk anaknya itu. Aku hanya mampu mengalirkan air mata. Ibu i need u here!

Tanggapannya kepada keluargaku sungguh berbeza. Aku rasa aku tidak layak untuk keluarganya namun perjanjian yang aku telah buat dengan fiq perlu aku kotakan. Namun bunyi kereta yang masuk ke dalam rumah telah menyelamatkan aku.

"Dengar sini ye! Aku kalau boleh nak halau je kau ni pastu aku nak suruh maid bersihkan lantai ni dengan clorox. Kau ni kan perempuan yang aku takkan anggap dan benarkan untuk jadi ahli keluarga aku. Sekarang ni aku nak kau pergi lap air mata kau. Jangan nak nampak sangat yang kau tu baru lepas kena marah dengan aku ye! Kalau kau mengadu dengannya siap kau aku kerjakan nanti." katanya dalam separuh berbisik.

Aku pantas mengelap air mataku yang jatuh dari tubir Mataku. Aku tidak mahu kalau Syafiq nampak yang aku sedang menangis. Aku ingin pulang!!

Kata-katanya itu kembali memerah ke dalam fikiranku ini dan menusuk ke dalam hatiku. Adakah aku masih layak untuk meniti kebahagiaan dengan fiq jika ibunya tidak sudi menerima aku sebagai menantunya?

*********

"Assalamualaikum mama! Fiq dengan papa dah balik ni." ujar syafiq.

Kelihatan mamanya keluar dari pintu rumah dengan gembira. Adakah ibunya gembira sekarang ini?

"Waalaikumussalam anak mama ni... Dah balik.. Beli tak barang yang mama suruh belikan tu?" tanyanya.

"fiq je ke tanya. Abang tak yah tanya ke sayang". Ada nada merajuk di situ.

"alah abang ni kacau lah".

"Mestilah beli mama.. Ma dah jumpa ke dengan Hanna.. Macam mana ok tak?"

"Sabarlah dulu.. Kot ye pun kamu ni mama always dah ada sesuatu untuk dilakukan. Mama nak yang terbaik untuk anak mama ni" ujarnya. Tak habis ² dengan Hanna.. Hanna... Hanna... Hanna..

"Marilah kita semua masuk. Kesian Hanna tunggu kita semua ni." Suaminya pantas menghabiskan percakapan mereka berdua.

Bersambung

Menunggu Hari ItuWhere stories live. Discover now