"Assalamualaikum, Hanna kan?" tanya Encik Ayob.
"Ye saya" jawab ku.
"Minta maaflah lambat sikit. Tadi isteri saya minta saya beli barang dapur. Katanya ada benda yang dia nak lakukan".
"Ouhh....yeke...takpe². Saya baru je sampai tadi".
"Maaf nak tanya, isteri saya ok tak? Ye lah takut juga saya kalau kamu tak berapa nak selesa. Saya dengan fiq tak da dekat rumah jadi tak tahu apa yang berlaku" tanyanya.
"Ok je lah uncle. Aunty layan ni Hanna dengan baik je". Andai sahaja ku dapat memberitahu apa yang berlaku. Jika aku bagitau apa ng aku akan dapat. Mungkin aku dihalau terus dari sini dan tak dapat jumpa dengan fiq lagi.
Perbualan itu diteruskan dan berubah menjadi rancak. Dari dapur kelihatan seorang wanita memerhatikan peri laku suaminya dan budak perempuan itu. Apa yang mereka bicarakan itu. Hishh. Pandai betul budak tu berborak dengan suaminya.
"Mama buat apa tu?" teguran anaknya itu membuatkan dia terus mematikan niatnya untuk melihat apa yang berlaku seterusnya.
"Mama tak buat fiq. Cuma tengok Hanna dengan papa kamu tu berbual. Rancak betul ye." tegur Puan Rozila.
"Alah Mama ni pun... Cemburu ke? Papa kan nak kenal dengan Hanna tu. Kenapa Mama macam tak suka je." tanya Syafiq.
"Yelah, mana ada Mama cemburu lah. Mama bukan tak suka lah. Cuma takkan tak reti nak tolong Mama masak dekat dapur ni ha. Itu je. Kalau nak berbual boleh je sekejap lagi." perli Mamanya.
"Mama.... Tadi kan Hanna nak tolong Mama masak.. Pastu Mama cakap tak da apa nak tolong and mama suruh dia duduk dekat ruang tamu je. Mama suruh fiq masuk dapur tolong Mama.."
"Yeke mama cakap macam tu?" tanyanya. Bukan tak suka kalau budak tu masuk dapur. Aku kalau dah tak suka tak suka lah. Yang si fiq ni.. Ikut je budak tu dah kenapa? Menyusahkan betullah. Kalau tak fiq berbual dengannya pasti suaminya pulak yang melayan.
"Ye lah mama. Fiq tolong mama ok.. Mama jangan marah ye. Nanti mama tak cantik"
"Yeke..ok lah.. Fiq tolong mama masak ye."
"ye ma."ucapnya.
*******
"Fiq.. Tolong letak pinggan atas meja boleh tak pastu bawak lauk sekali. Mama nak letak nasi dalam mangkuk ni sekejap."pinta Puan Rozila.
"Baik ma.... Fiq buat ni dulu ye".
" Abang... Ni saya dah siap masak" panggil Puan Rozila. Dia memanggil suaminya untuk ke meja makan.
"Ye,baiklah. Hanna jom ke meja makan. Isteri saya dah siap masak tu nampaknya."
"Ok uncle.Marilah."
"Mmmm,,,sedapnya...ada lauk tomyam kegemaran abang lah" lauk kegemarannya ada di atas meja. Laparnya ucap Encik Ayob di dalam hati.
"Hanna marilah duduk makan. Ni mama saya yang masak lauk tomyam saya cuma masak telur dadar and potong tembikai ni je" kata Syafiq sambil tersenyum simpul. Malu agaknya.
Aku hanya mampu tersenyum lebar. Aku rasa makanan ni dah cukup rasanya. Tak perlu lagi tambah lauk lain. Kami semua mengambil tempat masing-masing di meja makan. Aku duduk di sebelah Syafiq manakala ayah syafiq duduk di sebelah ibunya. Doa makan dibaca oleh ayah Syafiq. Setelah itu kami semua makanlah.
Semasa di meja makan, Puan Rozila memandang Hanna seperti mahu telannya sahaja. Nampak sangat seperti tidak suka.
"Hanna makan ye... Jangan malu-malu. Kalau malu² nanti teringat lauk ni. Bukan senang isteri saya nak masak. Dia selalu ke butik dia je. Saya pulak ke pejabat jadi masa tu tak da" luah encik Ayob.
YOU ARE READING
Menunggu Hari Itu
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang mencari sinar bahagia bersama seorang lelaki yang dianggap penyelamat ya. Namun kehidupan itu telah membinasakan kehidupannya itu. Kehidupan yang penuh kepuraan tidak akan kekal lama tapi kehidupan yang bahagia sen...