PUAN ROZILA P. O. V
"Hishh.. Menyampah betul aku lah. Dahlah nak kena menghadap budak perempuan tu lagi. Aku kena berlakon yang aku dah terima dia ke? Aku tak nak dia.. Aku tetap nak aisy jadi menantu aku!!" Gumam Puan Rozila.
"Apa yang awak cakap tu..?? Berbisik- bisik pulak.. Ada benda yang awak nak share dengan saya ke?" tanya Encik Ayob..
"Malas lah saya nak share dengan awak.. Nanti kalau saya cakap awak mengungkit lagi" omel Puan Rozila.
"Lah...Awak tak cakap pun lagi ni...tiba-tiba nak naik angin ni dah kenapa.. Cubalah cerita sayang.. Meh sayang duduk sebelah saya ni.. Saya dengar apa awak nak cakap".
"Betul awak nak dengan apa yang saya nak cakap.?? Bila saya cakap nanti jangan nak bising ² pulak ye".
"Betul... Apa dia?"
"Saya tak suka budak Hanna tu! Awak tak perasan ke waktu dia datang rumah kita ha?? Pakaian dia tu.. Euww.... Ketinggalan zaman betullah. Naik menyampah pulak saya tengok."
"Awak ni... Tak habis² lagi ke pasal tu... Dah lebih 3 hari pun awak masih lagi tak puas hati dengan dia tu kenapa?? Saya tengok ok je budaknya. Baik lagi... Pasal pakaian dia tu kan.. Abang tengok ok je... Tak da masalah.. Tak da pulak abang tengok koyak.. " terang Encik Ayob.
Patutlah dia tengok isterinya tak nak bercakap pun. Rupanya kisah tu tak habis-habis lagi.. Aduhhaii..
"Awak ni kan.. Yang bela dia sangat tu dah kenapa?? Kalau pakaian tu please lah up to date sikit.. Ini.. Baju kurung?? Apa kes?? Tak da baju lain ke yang dia nak pakai pun.. Macam tak da baju lain.."
"Abistu awak nak pakaian yang macam mana ye?? Macam si Aisy tu?? Anak Dato Ramlah tu ke.. Eiii.. Abang tak berkenan betullah.. Skirt atas lutut pastu baju macam pakai singlet... Terdedah sana.. Terdedah sini... Baik lah yang tutup... Tak berkenan lah abang dengan si Aisy tu... " sebelum kahwin memang baik dah kahwin tau lah.. Tak berkenan betul aku dengan anak Dato Ramlah.
Kalaulah si Rozila ni tau perangai dia macam mana yang sebenarnya. Tak mungkin dia nak si Aisy tu jadi menantu dia.
"Abang ni.. Ishh...biasalah tu anak muda zaman sekarang.. .. Nanti kalau dah kahwin tu.. Takdelah skirt pendek dengan baju singlet macam yang abang cakap tu..." marahnya. Mau tak marah.. Dah bercakap tentang menantu kesayangan.
"Ye lah ila... Abang cakap je.. Kalau kamu dah suka ikut kamu lah.. Kalau abang tetap NO.. No.. And no..Jangan kalau dah kahwin nanti kamu menyesal seumur hidup kamu ila." Encik Ayob memberi nasihat.
"Suka hati abang lah nak menang budak kampung tu... Saya tetap dengan pendirian saya untuk jadikan Aisy sebagai menantu saya!" luan Puan Rozila.
*******
Trowback Encik Ayob
"Tan Sri.. Saya akan pastikan kita berjaya dapatkan tender tu ye."
"Ya...Encik Ayob..Good job.. Setiausaha saya akan telefon untuk meting kita yang seterusnya." Setelah bersalaman Encik Ayob meminta izin untuk pulang ke rumah.
Nampaknya...usaha Encik Ayob menjadi kenyataan.. Tak lama lagi dia akan dapat tender Syarikat yang besar. Namun kegembiraan itu tidak lama apabila dia melihat Aisy.. Anak Dato Ramlah??
"Assalamualaikum Aisy.."
"Hi uncle!"
Salam aku pun tak dijawabnya ye.. Husnuzon.. Mungkin jawab dalam hati..
"Aisy buat apa dekat sini..and sape pulak dekat sebelah tu. Tak nak kenal kan dekat uncle ke?"
"Ouhh.. Ni Hans..kawan Aisy.." Terang Aisy.
"Kawan atau boyfriend ha.. Hahahaha?" Encik Ayob cuba serkap jarang dengan Aisy.
"Kawan i je lah... uncle ni pun... "
"Hi uncle.. I'm Hans Stople from America" jawab Hans dan bersalaman dengan Encik Ayob.
"I'm Encik Ayob".
"Uncle buat apa dekat sini?" tanya Aisy.
"Uncle baru lepas habis meting ni tadi. Ayah kamu dah balik dari Sepanyol ke?".
"Dah uncle..takpelah..kami pergi dulu lah ye... I ada kerja lagi nak buat ni... Bye uncle..."ujar Aisy manakala Hans hanya menganggukkan kepala.
"Baiklah".
*********
"Ehhh... Tu macam Aisy je.. Dia buat apa dekat Hotel ni? Tak mungkinlah... silap orang rasanya aku ni."Gumam Encik Ayob.
"Kenapa Encik Ayob.. Ada apa-apa yang tak kena ke??" tanya Encik Chong.
"Takda apa Encik Chong.. Saya cuma tengok pasangan tu je..Mesra semacam je... Macam anak Dato Ramlah je... Hahah.. Mungkin silap orang rasanya saya ni...". Encik Ayob tersenyum memandang Encik Chong.
"Ouhh yeke... Mmmm... Kalau dilihat kan.. Macam anak Dato Ramlah je..Aisy yang baru balik dari Korea tu kan... Setahu saya dia memang selalu book in dekat Hotel ni.. Saya tahu pun sebab anak perempuan saya berkawan dengan Aisy tu and selalu jugaklah mereka berdua keluar bersama..."terang Encik Chong.
"Ouhh yeke... Tak tahulah pulak saya..."
"Encik Chong saya pergi daftarkan lah dulu Hotel untuk kita berdua ye."
"Baiklah..saya tunggu di sini sahaja lah ye.." ujar Encik Chong.
"Maaf cik"
"Ya Encik.. Ada apa-apa yang saya boleh bantu.?" tanya receptionist tu.
"Saya nak tanya sikit boleh tak? Pasangan yang book in hotel ni tadi siapa ye?" tanya ku. Aku cuba mencungkil Rahsia tersebut.
"Maaf Encik saya tak boleh bagitau. Ini adalah prosedur Hotel. Kami tak dibenarkan untuk memberitahu apa² butiran kepada orang lain." tegas pekerja Hotel itu.
"Tolonglah.. Sebenarnya dia tu anak... Anak saya..." tipu Encik Ayob.
"Ouhh yeke... Sekejap ye..Nama Hotel tu didaftarkan atas nama Aisy Lee bin Dato Ramlah Lee." ujar pekerja tersebut.
"Dia daftarkan bilik untuk dua orang ke?" tanya Encik Ayob.
"Tidak..Cik Aisy daftar untuk satu bilik sahaja" terangnya lagi.
"Ouhh.. Yeke.. Tak pelah... Cik.. Boleh tak saya nak daftarkan bilik untuk dua orang?"
Satu bilik sahaja? Buat apa lah mereka berdua ni ya. Ni yang ila nak sangat bermenantu kan tu. Tak kuasa aku dengan orang yang macam ni. Belum kahwin lagi dah buat perangai tak senonoh.
"Boleh... Encik Tunggu sekejap ye"
Bersambung
YOU ARE READING
Menunggu Hari Itu
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang mencari sinar bahagia bersama seorang lelaki yang dianggap penyelamat ya. Namun kehidupan itu telah membinasakan kehidupannya itu. Kehidupan yang penuh kepuraan tidak akan kekal lama tapi kehidupan yang bahagia sen...