"Wehh.. Korang maaf lah lambat sikit. Aku kena ajar budak baru tu tadi bos aku yang suruh.." kata Delisha.
"It's ok lah... Tak lambat mana pun. Biasalah tu wei". Aku mengambil bungkusan makanan aku dari tangan Delisha.
"So what's up. Aku nampak korang berdua ni mesra semacam je dari tadi. Ada apa² yang aku tak tahu ke ni?". Delisha memandang aku dan Syafiq bersilih ganti meminta jawapan yang dia benar² inginkan. Aku menyiku siku Syafiq supaya dia menjawab soalan Delisha.
"Actually... Kami berdua akan bertunang tak lama lagi" ujarnya sambil berpaling ke wajahku.
"Biar betul korang dua ni ha??Wahh... Ini berita gembira ni.. So bila korang nak langsung kan ya tu??" tanya Delisha dengan penuh excited.
"Lambat lagi del... Mama ngan papa Syafiq tak jumpa ibu ngan ayah aku lagi ni.. Untuk discuss but kami akan bertunang 4 tahun tu permintaan mama fiq.."
"Ouhh... Jadi kau dah jumpa lah mak Syafiq.. Wahhh... Tahniah!! Apa-apa pun aku doakan pertunangan dan perkahwinan korang berdua berjalan lancar." Delisha memberikan aku 'thumbs up' kepadaku.
"Thanks del." kata Syafiq sambil tersenyum. Kemudian diikuti dengan aku.
"Welcome.. Korang berdua ni kan... Diam-diam ubi berisi ye... Tau² dah nak bertunang... Macam mana lah korang berdua boleh bercinta ha??... But.. 4 tahun... Both of u can survive ke?? Kan lama sangat tu.. Aku risau lah..".
"Hahahahaha... Adalah.. Itu kan rahsia kami berdua (fiq berpaling ke wajah Hanna) .. Insya Allah... Boleh lah del.. Kalau dah kami berdua bersetuju...Kalau dah jodoh takkan ke mana lah jawabnya... Mmm....Del... Hanna saya pergi tandas sekejap ye" pintanya sambil membuat isyarat tangan.
Aku dan del hanya menganggukkan kepala tanda membenarkan.
"Wei....Hanna..kau sure ke ni nak kahwin dengan fiq..?? Tak menyesal ke?? Lama gila tu wei 4 tahun tau.. Bukan kaleng-kaleng tau" soal Delisha. Mungkin risau dengan aku. Tapi dah suka kan kena lah terima seadanya.
"Ya... Takpa wei...Aku yakin aku dengan fiq akan bersama."terangku.
"Kalau kau dah cakap macam tu tak pelah.. Takda lah aku risau sangat nanti.. Aku bukan apa.. Kalau kau bahagia... Aku tumpang bahagia juga.. Lagipun....kita baru je habis Spm..Taknak lah masa depan kau hancur macam tu je...". Kata-kata del aku simpan di dalam otakku.
"Ye lah... Aku tahu ko nak yang terbaik buat aku... Tapi yakinlah.. Aku dengan fiq akan bersama. Walaupun masa tu.. Kau faham kan... Takda apa yang tak boleh dalam dunia ni kalau kita semua berusaha kan?" jawab ku sambil memegang tangan Del. Del tersenyum.
Kemudian fiq datang dengan bergegas kepada kami berdua. Aku hanya memandangnya.
"Del..aku terpaksa balik dulu lah dengan Hanna. Aku kena hantar dia ni... Pastu aku kena pergi butik mama aku sekejap.. Minta maaf ye. Urgent!".
"ouhhh... Okk.. Takpe².. Baliklah dulu.. Aku bagitau kawan kita boleh kan pasal korang berdua and kirim salam dekat mak ayah kau ye." tanya del. Mungkin dia fikir kami berdua nak privacy mungkin?
"Boleh je.. Bagitau je lah... Del. Balik dulu ye..." kataku.
"Ye". Sebelum aku dengan syafiq pulang, delisha sempat berikan aku beberapa nasihat.
Maklumlah.. Dia je kawan yang terdekat dengan aku. Kalau ada si Haifa dengan Lila mau berjanggut aku tunggu dekat situ.. Sampai ke besok takkan habis. Rindunya aku dekat mereka berdua. Haifa dengan Lila bekerja Part time dekat negeri masing².
*********
"Okkk.... Dah sampai pun... Nanti kirim salam dekat bakal mak mentua saya ye.. Cakap dekat dia saya tak dapat nak masuk sbb mama suruh pergi butik dia sekejap".
"Ye lah... Tak care.. Bawak kereta tu hati-hati.. Dah malam ni..". Risau dengan Fiq. Sepatutnya tadi aku tak payah singgah dekat KFC. Aduhh... Kesian Fiq.
"Alright sayang... Love uu... Jaga mata untuk saya seorang je ya.. Hati tu untuk saya je ya..."
"Yelah.. Love u too.. Bawak kereta tu hati-hati". Aku melambai Syafiq sehingga dia hilang dari pandanganku.
"Amboi-amboi...kemain ye lagi i love u.. You love me...". Entah bila masa ibu ada dekat pintu ni.. Tadi masa aku balik pintu tu tertutup.. Malunya aku!
Aku rasa sekarang ni pipi aku mesti dah merah..dah boleh bakar udang dah ni..."Ibu...ibu ni kan... Mana ada lah" aku merengek di bahu ibu.
"Mana ada.. Mana ada..ingat ibu tak nampak.. Si Fiq tu siap kelip mata dekat kamu lagi tadi.." soal ibu sambil tersenyum.
"Alah.. Ibu ni kan... Ibu ayah mana..?? Dah balik ke?? Ni tadi Fiq ngan Hanna singgah KFC.. Pasti beli lah makanan ni sikit"
"Baru je balik tadi.. Ouhh....yeke..Kamu ni asyik KFC je ya" omel ibu Hanna.
"Halah.. Ibu ni pun... Bukan selalu beli..." Omelku.
"Ye lah.. Mari masuk.. Dah malam ni kamu baru balik.. Dah solat ke belum ni.." tanya ibuku. Ibu kalau aku tak solat mau dia bebel sampai besok pun tak habis.
"Dahlah ibu."
*********
"Ibu... Hanna nak cakap sikit dengan ibu ngan ayah nanti boleh tak.. Malam nanti lah.. Boleh kan?" tanyaku berhati-hati.
"Benda apa ye.. Boleh je.. Nanti ibu cakap dengan ayah ye...". Pelik dengan perangai anaknya yang sorang ini.. Tiba-tiba sahaja nak minta izin kalau nak bercakap.
Tibalah waktu yang ditunggu-tunggu.....
"Hanna.. Ada apa kamu nak cakap ni.. Sampai ayah dengar dari ibu kamu yang kamu minta izin nak cakap dengan kami berdua."soal ayahnya.
"Ha.. Hanna... Cakaplah.. Kenapa diam tu..".
"Hanna.. Sebenarnya kan ibu.."aku memandang wajah kedua orang tuaku silih berganti.
"Apa dia... Hanna.. Jangan segan².. Cakaplah"ujar ayahku Encik Kamarul.
"Hanna nak kahwin boleh tak??"
"Ha?? Nak kahwin.. Tapi dengan siapa?" ujar ibuku dengan riak terkejut lalu memandang wajah ayah dengan tidak percaya. Ya.. Lahh.. Tiba² anak perempuan dia yang sorang ni nak kahwin mau tak terkejut.
"Dengan Syafiq...haritu Fiq bawak Hanna ke rumah mak ayah dia.. Jadi mak ayah dia dah bagi keizinan.. Nanti dia hantar rombongan meminang." sambungku lagi sambil tersenyum.
"Kalau dah macam tu.. Ayah ok je.. Cuba tanya ibu kamu ni pulak.. Ayah rasa si Syafiq tu takda masalah."
"Hanna.. Kalau kamu dah setuju..ibu pun tak boleh nak buat apa.. Itu keputusan kamu." Puan Kamariah hanya memandang anaknya sambil tersenyum. Sudah besar anaknya ini. Rasa macam baru semalam anaknya itu baru lahir.
"Bila si Syafiq tu nak masuk meminang kamu Hanna.?" tanya Encik Kamarul.
"Minggu depan ayah.. Ibu.."Aku senyum di hadapan ayah adan ibuku.
Aku mengharapkan ibu dan ayah bersetuju dan memberikan restu mereka denganku. Tak naklah kahwin lari kan.?? Nanti susah pulak.... 😂😂😂🤭🤭🤭🤭🤭
YOU ARE READING
Menunggu Hari Itu
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang mencari sinar bahagia bersama seorang lelaki yang dianggap penyelamat ya. Namun kehidupan itu telah membinasakan kehidupannya itu. Kehidupan yang penuh kepuraan tidak akan kekal lama tapi kehidupan yang bahagia sen...