8

26 0 0
                                    

"Hanna..." aku takut² untuk jawab ya dan ye aku keliru sebentar. Adakah aku mengambil keputusan yang betul?

"Hanna.. Mama saya tanya tu awak setuju tak kalau kita bertunang 4 tahun?" tanya Syafiq. Mukanya menginginkan aku untuk mengatakan ya.

"Saya setuju."jawabku.

"Alhamdulillah... Abang tengok ni Hanna cakap dia setuju. Abang ni kan.." kata Puan Rozila atau sekarang aku boleh katakan ibu mertuaku?

"Ye.. Ye... Kalau dah Hanna cakap macam tu kan Uncle tak boleh nak kata apa lah ye. Nanti, minggu depan uncle and unty masuk meminang Hanna ye. Satu lagi janganlah panggil uncle panggil papa and aunty panggil mama ye, Hanna." kata uncle.

"Ye betul tu, panggil aunty.. Mama je mulai sekarang". Kata ibu mertuaku dengan lebih lembut dan sopan.

Aku cuma menganggukkan kepala ku sahaja. Keputusan yang aku buat ni mungkin keputusan yang betul dan ada kemungkinan keputusan yang salah.Namun harus ku perbetulkan niat.

Sudah agak lama rasanya aku berada di rumah Syafiq, aku pantas memohon untuk pulang ke rumah. Syafiq memohon dengan ibu bapanya yang dia ingin menghantar aku pulang dan ibu bapanya mengizinkannya dan pesan untuk tidak pulang ke rumah lewat.

Semasa aku menyalami tangan ibu Syafiq, dia membisikkan sesuatu kepadaku.

"Kau jangan ingat yang aku betul² boleh terima kau sebagai menantu aku ye. Aku minta untuk kau bertunang lama sebab aku nak kau sedar diri kau tu siapa. Engkau tak layak walau sebesar zarah pun untuk jadi menantu aku. Faham!".

Kata-kata mama yang dibisikkan di telinga ku menyebabkan aku sedikit kecewa. Namun aku tabahkan diriku ini dari terus rasa dihina.

"Ehh,, apa ni kamu berdua ni pun.. Hanna janganlah menangis.. Kalau nak menangis tunggu masa kamu berdua nikah nanti ye." kata papa.

"Betul tu Hanna." ujar mama.

"hmm.. Baiklah.. Hanna balik dulu ye mama and papa".kataku sambil mengelap air mata yang kian menitis.

"Mama and papa.. Fiq hantar Hanna pulang dulu ye. Nanti kalau fiq tak hantar Hanna balik ke rumah mau  drama air mata pulak dekat sini.. Banjir susah nanti kita pa." syafiq berseloroh dengan papanya.

"Ye lah,, pergilah dulu fiq." kata papanya.

"Baiklah papa". 💕

********

Semasa berada di dalam kereta Syafiq berhenti tersenyum dan memandang aku. Pelik!! Ya, ia terlintas di fikiran ku sekarang ini.

"fiq kenapa pandang Hanna macam tu?? Hanna ada buat silap ke?? Atau Tltudung Hanna senget" tanyaku.

"Takda apa² Hanna saja je pandang awak. Awak ni boleh pulak buat drama air mata masa nak balik tadi. Kalau awak gembira pun.. Janganlah sampai menangis.. Abang pun nangis nanti" katanya sambil tersenyum.

"Ehh,, mana ada mata saya masuk habuk lah... Apa awak tahu ha.. Ehh sekejap.. Bila masa pulak dah tukar jadi abang ni... Ish².." kataku.

"Halah.. Kita nanti kan nak bertunang... Awak ni pun... Saya ni punya lah excuted kalau awak boleh panggil saya abang...bukan Syafiq atau fiq".

"Biarlah.. Kan indah kalau masa kahwin panggil abang... Lagi manja gituww." kataku sambil tersenyum.

"Yelah² sayang abang ni." katanya sambil mencubit hidung ku.

"ishh... Apa ni.. Pandai ² je dia ye cubit hidung Hanna ni dah kenapa?". Marahku. Geram pulak aku bila ada orang pandai² nak cubit hidung aku bila belum kahwin lagi ni.

"maaf sayang... Abang cuma geram je... Pandai dia ye sekarang ni.. Nak marah²".

"Ye lah... Fiq berhenti dekat kedai tu.. Kita masuk sekejap boleh tak? Hanna lapar lah.. Nak tapau je boleh kan??" tanyaku.

"Aikkk??!" pelik aku dengan dia ni. Bukan tadi dah makan ke? Ni nak suruh berhenti pulak.? Gumam stafi di dalam hati.

"Bolehlah,, please... Tadi kena kawal kalau nak makan... Kalau tak kawal malu lah nanti." kataku sambil memujuknya untuk berhenti di restoran KFC.

"Ye... Boleh je... Hanna.. Hanna...".

*******

Semasa beratur untuk giliran aku.. Aku berbual dengan Syafiq dan bergurau dengannya. Dan tidak semena-mena aku ternampak kelibat kawan aku yang bekerja di KFC.

"Fiq... I think tak payah lah kita nak order makan dekat sini. Kita pergi tempat lain boleh tak Fiq... Please..." rayuku.

"Kenapa?? Takpayalah Hanna... Dah nak sampai giliran kita dah ni... Tak baik lah.."pujuknya.

"Ye encik nak makan or bungkus?" tanya pekerja lelaki KFC itu.

" Saya nak order.. Mmmm... Sayang awak nak order apa ya?" tanyanya.

Aku nak buat apa ni sambil halang muka dengan tangan...Aku menggumam..Aduhhh... Dah lah Delisha ada dekat situ...Bantai je lah..

"Saya nak cheesy wedges tu 2 yang besar and boxes yang 8.90 ringgit tu 1 ye.."

"Itu sahaja" tanyanya...

"Yup" ujarku. Akhirnya seseorang pusing ke belakang dan menegur ku.

"Ehhh.... Hanna!! Kau dengan.. Syafiq??"tanyanya dengan terkejut. Terkejut?? ya mungkin terkejut dengan aku.

" Ya.. Aku dengan syafiq" aku menjawab perlahan.

"hai del.. Kau kerja sini ke??" tanyanya.

" Ya... Weyh.. Korang ni dah 3 bulan aku tak jumpa dengan korang berdua. Macam hilang dari bumi je.. WhatsApp baca tapi tak balas pun. Korang berdua apa khabar? " katanya dengan nada merajuk.

"Weyh.. Maaf lah.. Aku dan Hanna sebenarnya kerja.. Kiteorang macam yang ko tengok lah ok je..Kami berdua khabar baik...." jawab Fiq. Aku hanya tersenyum memandang Delisha.

"Alang² korang berdua datang ni kan.. Korang duduk lah dulu dekat meja tu... Aku belanja korang hari ni boleh kan. Lagipun sekejap lagi shif aku dah nak habis ni... Bolehlah ya..."pinta Delisha.

"Sekejap aku tanya Hanna... Darling macam mana nak stay tak?". Aduhhh syafiq ni boleh pulak dia panggil aku 'Darling' depan Delisha. Hiisshh memang nak kena dia nie.

"Wuuuu... Ada apa² ke yang aku tak tahu pasal korang berdua ni?"tanyanya dengan curiga.

"Ehhh.. Mana ada lah... Aku...". Namun Syafiq pantas memotong percakapan ku.

"Kami cerita sekejap lagi lah ye. Lepas del habis kerja ya."Balasnya.

"Alright!" sambil buat tabik hormat.



**********

"Hishh awak ni pandai² je panggil saya Darling ye.. Mama ngan papa awak tak jumpa ibu dengan ayah saya lagi. Ingat tu!". Marahku dengan perbuatannya yang seperti itu.

"Alah.. Dah marah dah kesayangan saya yang sorang ni... Awak kalau marah macam mama saya ye.. Jangan marah ok.. Nanti tak cantik sayang saya ni..."pujuk nya dan membuatkan aku rasa nak marah lagi sebenarnya. Pandai² je panggil aku 'Darling' depan kawan aku ni. Memang nak kena luku ke ha??

"Ye lah... Lain kali jangan buat macam tu please fiq. Saya bukan tak suka cuma tak selesa lah".

"Awak sebenarnya malu kan???". Tanyanya. Actually. Aku memang malu diperlakukan seperti itu. Rasa macam muka aku panas kena bakar je.

"Dah²...tu Del dah datang. Jangan buat perangai ya."pesanku. Fiq hanya angguk kan kepalanya sahaja. Aku memandang Del dengan tersenyum... Rindunya aku dengan kawan aku sorang ni.

Bersambung

Menunggu Hari ItuWhere stories live. Discover now