"Ila... Ni kita dah sampai pun rumah bakal besan kita tu..".
Sesampainya mereka di rumah bakal besan mereka terus Puan Rozila menjerit.
"What!! Ini rumah atau apa ni??" dengan riak muka yang tidak percaya Puan Rozila menanggalkan cermin mata hitam.
"Awak ni dah kenapa? Terjerit-jerit.. Tak baik lah..Dah orang tu ada rezeki dia setakat ni yang awak nak terkejut macam beruk tu dah kenapa? " jawab Encik Ayob.
"Saya mengharapkan ia macam rumah yang kita duduk sekarang ni...Ini bukan rumah tau tak!! What the hell huh... Itulah, saya nak Aisy jadi menantu kita awak tak nak... sibuk sangat nak budak miskin tu juga.. Abang je lah yang masuk... Saya tak nak lah.. Geli lah..."ujarnya sambil membuat mimik muka nak muntah.
"Kira baguslah tu.. Rumah teres.. Apa masalah awak?.. Awak ni dah kenapa Ila... Kita dah sampai pun.. Masuklah dulu.. Jangan nak buat perangai ye..Bahasa tu biar baik sikit tak boleh ke? Saya cili mulut awak karang ". Pening Encik Ayob dengan isterinya. Isterinya tak sudah² nak mula buat perangai yang tak senonoh sekarang ni.
"Abang ni dah kenapa ha?" tengkingnya.
"Awak jangan nak mulakan ye.. Turun!! Kalau awak tak nak saya malukan awak baik awak turun pastu senyum... Jangan nak tunjuk muka macam bunga tahi ayam ya..." bebel Encik Ayob. Makin menjadi-jadi pulak perangai isterinya yang sorang ni.
"Ishh... Malasnya aku.. Apa punya rumah macam ni.. Euww... Walaupun rumah teres dua tingkat tapi aku tetap tak suka. Nampak macam tak gah. Malu lah aku nanti kalau Datin dan Dato yang lain tanya pasal menantu aku. Takkan aku nak cakap perkara yang sebenarnya. " Bebel puan Rozila dengan senyap. Kalau suaminya tahu nanti mau dia kena tinggal dekat sini nanti.
"Cepat sikit Ila... Kita dah lambat ni..semua disebabkan awak ye.. Ingat tu.."
"Ye..Kita lambat semua salah saya kan and kalau yang jahat atau buruk pun semua salah saya... Dahlah abang jangan nak ungkit sangat boleh tak?? Naik menyampah lah..." Benci! Benci! Benci! Apalah yang perempuan tu dah buat sampai suami aku pun suka dia sangat ni.
"Awak ni pun..ke situ pulak dia ya?..Dengar ye.. Jaga perangai.. Jangan tunjuk sangat yang awak tu tak suka. Please!" Sebelum keluar dari kereta, Encik Ayob berpesan dengan isterinya supaya tidak membuat onar dan fikirkan tentang keadaan fiq jika dia tidak diterima sebagai tunang Hanna.
Puan Rozila hanya memandang wajah suaminya dengan riak yang tidak puas hati.
Dari dalam kereta, Syafiq kelihatan tersenyum lebar dan gementar. Tidak sabar untuk menjadikan Hanna sebagai tunangnya. Dia tidak akan membiarkan mana-mana lelaki untuk mendekatinya sebab Hanna hanyalah untuk dia seorang.
********
Perkhabaran tentang pertunangan aku di dalam group menyebabkan aku sedikit sedih dan ye terus terang aku katakan aku sangat terharu dengan kehadiran mereka bertiga. Ye lah...dah nak jadi tunang orang. Lagipun kami tak selalu berjumpa. Jadi di group WhatsApp sahaja yang menjadi ikatan buat kami terus bersama.
Tetamu yang hadir cuma lah rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja.
Kedatangan pihak syafiq dengan ibu bapanya dengan beberapa buah kenderaan membuatkan aku sedikit gemuruh. Ramai rupanya ahli keluarga fiq. Ibu menyuruh aku dan rakan ku untuk menunggu di dalam bilik sementara mereka bercakap nanti.
"Assalamualaikum.."laung suara yang di luar dengan kuat.
"Waalaikumsalam.."
"Ni Rumah Encik Kamarul ye?" tanyanya untuk kepastian.
"Ye saya.. Ni Encik.." tanya Encik Kamarul sambil mengecilkan matanya sedikit.
"Encik Ayob.. Ayah Syafiq.. yang sebelah saya ni pulak isteri saya Puan Rozila dan yang lain ni sepupu dengan sedara saya je..." jawab Encik Ayob.
"Ouhh.. Yeke..Saya Encik Kamarul..Yang ini isteri saya Puan Kamariah..." Puan Kamariah dan Puan Rozila bersalaman sesama mereka namun Puan Rozila pantas menarik tangannya dari isteri Encik Kamarul. Encik Ayob terus memberikan jelingan tajam kepada isterinya.
"Jemputlah masuk dan duduk ye Encik Ayob dan semuanya... Minta maaflah.. Rumah kami ni kecil je"
"Takpe².. Bagi saya ok je. Baiklah... " Encik Ayob senyum memandang Encik Kamarul sambil menyuruh keluarganya yang lain untuk duduk.
"Euwww.. Kenapa lah rumah orang ni teruk sangat ha.. Macam rumah apa je. Takda perabot lain ke? Macam murah je perabot tu... Entah² tak ori.. Tak macam dekat rumah aku pun! Ishh... Menyesalnya aku pergi! " Puan Rozila berbicara di dalam hatinya sambil melihat-lihat dalam rumah tersebut.
"Ila awak ni dah kenapa tengok macam nak tersembul biji mata awak tu?" Tegur suaminya.
"Taklah abang.. Saya cuma pelik je tengok dalam rumah ni and satu lagi bang tak da pelamin pun.. Macam yang kita pergi rumah Dato² and Datin² tu.. Tak grand langsung.. Apa ni.. Ish²" omel isterinya. Suaminya hanya menggelengkan kepala sahaja. Ada sahaja yang nak diperkatakan oleh isterinya itu. Malas nak ambil pusing dia terus memandang Encik Kamarul yang ingin duduk.
Maka... Majlis pun bermula dengan iringan doa. Hanya bunyi suara kedua-dua belah pihak yang bercakap.
"Hanna.. Hanna.. Majlis dah bermula.. Terujanya aku!" kata Delisha. Aku hanya memandang wajah Del dengan tidak percaya. Aku yang nak bertunang atau dia yang nak bertunang?
"Kau ni pun.. Agak-agak lah nak bergembira pun!" marah Lila.
"Hahahahhaha"...
"Kau gelak apa kes Haifa.. Teruk lah kau ni... Aku teruja sebab kawan aku dah nak bertunang.. Kamu bila lagi Haifa.. Lila?" tanyanya.
"Halah... Sibuk lah kau.. Ko tu bila lagi Del.. Cakap dekat orang je.. Kalau dah ada eloklah teruskan.. Macam Hanna ni.. Diam² ye dengan fiq." ada nada macam perli dari Lila je dekat situ.
"Halah.. Korang ni kan.. Takyah lah gaduh².. Aku biasa-biasa je lah". Jawab Hanna dengan malu-malu.
"Heleh.. Malu-malu pulak". Kata-kata Haifa telah menyebabkan ketawa Delisha dan Lila meletus.
Bay.. Aku sayang kamu bay. Jangan mainin-mainin aku ( lebih kurang macam tu lah lagu tu dalam cerita aishiteru tak silap lah.. Mikha tambayong yang berlakon)
"Bunyi apa tu?" Tanya Del.
"Bunyi telefon aku lah.. Dekat mana ye aku letak tadi.. Lupa lah"
"Aduh.. Itulah.. Merata-rata kau letak telefon. Nak guna mulalah tercari-cari" adu Haifa.
"Halah...kau ni pun..dah Hanna macam tu.. Takkan lah tak tahu.. Dia kan tengah happy berangan kan Prince charming dia sampaikan telefon pun boleh hilang ". Hilaian ketawa meletus antara kami berempat. Kalau dah kami semua bersemuka memang lah..Macam-macam hal boleh terjadi.
"Wei...ni Hanna telefon kau.. Aku jumpa dekat bawah bantal". Laung Lila.
"Sapa call weyh?" tanya Del dan Haifa sambil mendekatkan diri mereka dengan aku. Ouuhhh.. Nak cuba korek rahsia ye.. Aku menjarakkan diri dengan mereka dengan menggunakan pembaris besi.
"Kekalkan jarak yang selamat. Ini arahan" kataku dengan tegas.
"Ye lah.. Baik bos..."jawab mereka bertiga.
"Kami kan single lagi" ujar Del dan Haifa manakala Lila hanya ketawa kecil. Aku menjawab panggilan telefon tersebut dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirku.
Bersambung
YOU ARE READING
Menunggu Hari Itu
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang mencari sinar bahagia bersama seorang lelaki yang dianggap penyelamat ya. Namun kehidupan itu telah membinasakan kehidupannya itu. Kehidupan yang penuh kepuraan tidak akan kekal lama tapi kehidupan yang bahagia sen...