"Assalamualaikum.. Apa khabar orang di sana." Alahai... Dengar suara pun dah buat jatuh cinta. Inikan pula wajahnya.
"Waalaikumsalam... Cepatnya jawab.. Orang di sini tak kata apa-apa pun lagi.. Khabar baik. Orang di sana menunggu telefon dari orang di sini ke?" tanya fiq.
"Hishh.. Takdelah.. Saya jawab cepat sebab taknak buat awak risau saya tak jawab panggilan awak ni... Mana boleh telefon saya lah awak ni pun fiq". Marahku. Rasanya tak manis kalau bercakap lama-lama.
"Awak risau sebab tak jawab panggilan saya atau risaukan diri saya ha?? Apa pulak tak boleh? Awak kan tunang saya..." jawabnya saskartik.
"Ye lah.. Awak tu kalau saya tak jawab.. Mulalah telefon mak ayah saya tanya saya dekat manalah.. Buat apa lah.. Tunang?? .. Lambat lagi ye.. Lagi pun mama awak tak sarungkan cincin dekat tangan saya ni. Jadi jangan pandai-pandai nak bahasakan saya sebagai tunang awak lagi ye.. Faham Cik Muhammad Syafiq bin Ayob." tegasku.
"Amboii.. Baiklah cik Nur Hanna Warda binti Kamarul.. Saya takkan panggil awak sebagai tunang saya ye tapi bakal tunang" ujar Syafiq sambil menekankan nama aku lagi. Aku hanya ketawa apabila Syafiq berkata macam itu. Nampaknya dia macam marah je bila aku ketawap.
"Fiq... Saya letak telefon dulu ye.. Ibu saya nak cakap dengan saya lah" terangku lagi.
"Yelah.. Kirim salam dekat bakal mak mentua saya tu ye.. Cakap i love you". Syafiq ni ada-ada sahaja perangai dia ni.
"Yelah".
"Hanna" panggil ibuku.
"Kenapa ibu?" tanya aku. Kenapa muka ibu macam terkejut je.
"Betul ke kamu nak bertunang selama 4 tahun?" tanya ibu dengan risau.
"Ye lah ibu.. Kenapa?? Ada apa-apa yang tak kena ke?". Tanya ku dengan pelik. Ibu memandang aku dan rakan ku silih berganti. Mahu diluahkan perkara yang terpendam di hati. Namun jika diluah takut kecewa yang menghampiri.
"Ibu rasa baik kamu jangan bertunang dengan Syafiq. Sebab ibu rasa keluarganya dan Fiq tak layak untuk kamu dan tak setaraf dengan kita." ujar ibu lagi.
"Tapi kenapa bu?? Lebih baik ibu bagi jawapan yang boleh buat Hanna berpatah balik.. Tapi dah terlambat ibu. Hanna dah sayang dekat Fiq ibu. Ibu pun sama kan?? Tolong lah ibu jangan buat Hanna macam ni.. Tolonglah.." pintaku separuh merayu.
"Hanna.. Ibu rasa tak sedap hati. Hanya tuhan yang tahu kenapa dia bagi ibu perasaan ni. Kamu boleh berjumpa dengan yang lebih baik dari Syafiq."terangnya lagi.
"Taknak ibu. Hanna nak Syafiq je ibu. Tolonglah ibu.". Ketika ini air mataku turun mengalir dari tubir mata.
"Baiklah. Kalau Hanna sendiri dah setuju dan nak juga dekat Syafiq. Ibu terima je". Betulkah keputusan yang anak aku dan aku buat ini Ya Allah. Guman Puan Kamariah di dalam hati.
"Terima kasih ibu" luahku gembira.
"Marilah turun semua. Nanti mak Syafiq nak sarungkan cincin dekat tangan kamu. Ibu turun dulu ye" pamit Puan Kamariah. Sebelum dia turun kebawah, dia berpaling untuk melihat wajah anaknya.
Gembira.. Itu sahaja yang tergambar di wajah anaknya itu. Dia kena turun ke bawah untuk memberitahu kepada tetamu yang hadir bahawa anaknya bersetuju untuk menjadi tunan Syafiq.
"Weyh.. Jom turun" Panggil ku.
"Jom". Aku dengan Del, Haifa dan Lila turun ke bawah lalu aku mengambil tempat di sebelah bakal ibu mertuaku.
Riaknya jelas seperti tidak suka aku duduk di sebelahnya. Sabar.. Mungkin nanti aku boleh cuba mengambil hatinya. Mungkin dia tidak dapat menerima aku lagi. Tapi aku akan pastikan dan cuba buat dia terima aku dalam keluarganya.
"Ila.. Ambil cincin tu pastu sarungkan cincin dekat tangan Hanna" suruh Encik Ayob atau lebih tepat bakal ayah mertua.
Puan Rozila hanya menganggukkan kepala tanda mengerti. Diambilnya cincin itu dan di sarungkan di tangan Hanna. Cantik! Tapi sayangnya ia bukan di tangan menantu pilihan aku! Tegas Puan Rozila di dalam hatinya.
"Terima kasih mama" ucapku seraya itu aku terus salam tangannya. Dia hanya diam tidak berkutik.
Seterusnya, tetamu yang hadir dijemput untuk makan setelah acara merisik dan bertunang selesai. Kami mengambil gambar dan tidak lupa juga fiq yang dijemput untuk masuk ke dalam rumah dan mengambil tempat di sebelah sisiku untuk mengambil gambar kenang-kenangan aku bersama dengan aku. Tidak lupa juga rakan-rakan karib yang hadir.
"Tahniah ya fiq.. Hanna.. Korang berdua dah bertunang.." ujar Lila gembira.
"Ye..korang thank u tau datang.. Aku tau korang takda masa but korang datang juga.. Terima kasih sangat²" ujar ku sambil memegang tangan mereka bertiga.
"Takda hal lah... Kau fiq jaga Hanna baik² tau.. Kalau aku dengar benda something yang tak kena dari dia.. Siap kau kami bertiga kerjakan... Waca..wacca.." Del memberi amaran sambil tangannya membuat aksi seperti petinju.
"Hahahahahhahaah" Kami semua tergelak. Lucu dengan perlakuannya itu.
"Ye lah del,Haifa and Lila.. Aku akan jaga kawan korang ni baik².. Ok.." Balas Syafiq sambil tangganya membuat bentuk 👌.
"Wei Fiq.. Hanna.. Kami balik dulu ye.. Aku ada hal lah..". Pinta mereka bertiga.
"Ye lah.. Terima kasih tau.. Lauk tu korang jangan lupa ambil.. Mak aku dah bungkus untuk korang bertiga" beritahuku.
"Jangan risau.. Del dah ambik kan pun.." del senyum lebar menampakkan giginya yang tersusun cantik. Setelah mereka beransur pergi. Aku memandang fiq.
"Why? Ada apa² yang tak kena ke dengan muka saya? " tanyanya.
"Nothing.. I Just happy with u" jawab ku. Syafiq hanya pamerkan riak muka yang tidak percaya. Mesti ada sesuatu. Belum sempat Syafiq menjawab. Ayahnya pantas berkata.
"Fiq.. Papa kena balik ni.. Kita semua gerak ye.. Dah lama sangat ni..papa ada meeting dengan client... Hanna papa balik dulu ye..Jangan lama sangat bercakap tu.. Tak baik.. " ujar papa. Aku hanya menangguk tanda faham.
"Baik papa..Hanna saya balik dulu ye. Bye sayang.. Muahh" Syafiq meminta izin untuk pulang dahulu. Fiq bersalaman dengan ibu bapaku dahulu sebelum bergerak pulang. Namun sempat lagi dia mengerdipkan mata kanannya dan melambai.
Aduhh.. Dia ni kan.. Selalu lah buat aku rasa tak tentu arah. Tak malu ke.. Depan orang lain perangai buat macam tu.
Aku bersalaman dengan Puan Rozila sebelum dia pulang. Namun dia tetap dengan pendiriannya yang satu itu.
"Hanna..sini mama nak cakap sikit ye"
"Ada apa ma?" tanya ku takut-takut.
"Masa kamu bertunang dengan Fiq ni ye.. Mama nak bagitau dengan kamu jangan nak ada masa sangat ye dengan Syafiq. Mama tak suka! Kalau Fiq cakap nak ajak kamu keluar.. I means keluar makan ke or whatever lah u kena cakap yang kamu ada hal. Faham! " tegas Puan Rozila.
"Tapi kenapa saya kena cakap macam tu dekat Syafiq ma. Itu kan dah macam berbohong. Tak baik lah ma" jawab ku lagi. Mama ni dah kenapa? Pelik aku.
"Ehh.. Kau ni kan.. Tak dengar ke apa yang aku cakap? Ke kau ni tak faham bahasa. Ehh..dosa tu kau yang tanggung takkan aku tanggung pulak dosa kau tu.. Kau nak menipu ke ada aku kisah.. Sekarang ni aku nak kau buat macam tu...Faham tak ni! Kau ni tak sedar diri lagi ke?? Ishh... Susah lah cakap dengan orang yang tak faham cakap aku ni!" marah Puan Rozila.
Budak depan aku ni kan.. Kalau dia ada dekat rumah aku sekarang ni kan dah lama aku tarik² rambut dia ni.. Pastu aku pukul² dia ni.. Tak faham bahasa ke!! Buang masa aku je bercakap dengan budak ni.
"Mm. Ahh... Baiklah ma.. Hanna akan buat apa yang mana suruh". Jawab ku takut².
"Ok..sekarang ni kau pergi ke tepi sikit boleh tak?? .. Aku nak balik.. Panas tau duduk dekat rumah kau ni.. Lauk tu pun tak selera aku nak makan... Lauk kampung betul ye kau ni.. Ye lah... Kau kan macam budak kampung pluss dengan budak miskin.. Mana lah nak sediakan lauk yang mewah² macam yang aku selalu makan dekat rumah tu... " jawabnya lagi. Aku terdiam. Namun terasa macam sakit dan dihina dengan cara percakapannya itu. Mampu ke aku jadi sebahagian keluarga Syafiq.
Bersambung

YOU ARE READING
Menunggu Hari Itu
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang mencari sinar bahagia bersama seorang lelaki yang dianggap penyelamat ya. Namun kehidupan itu telah membinasakan kehidupannya itu. Kehidupan yang penuh kepuraan tidak akan kekal lama tapi kehidupan yang bahagia sen...