"Sayang... Besok mama ngan papa akan jumpa ibu ngan ayah tau" pesan Syafiq melalui video call.
"Ya.. Baiklah fiq."ujarku.
"Hanna tak rindu dekat saya ke? Saya rindu dengan awak"
"Rindu?? Takdelah.. Baru je berapa hari kita tak jumpa takkan dah rindu kut.. Lainlah kalau setahun.. Dua tahun.."Omel ku.
"Hishh.. Awak ni kan... Sampai hati awak tak rindu dekat saya.. Awak tak suka dekat saya lah kan.. Nak merajuk lah" Syafiq membuat muka 'duck face' dengan aku. Comel !!
"Fiq... Janganlah macam ni... Jangan merajuk ye abang fiq yang hensem.." maaflah aku tak pandai nak pujuk orang yang merajuk. Selalunya fiq yang akan pujuk aku kalau aku merajuk. Hehehe he.....
"Tak naklah.. Awak tak sayang dekat saya pun.. Siapalah saya ni dekat hati awak kann...."
"Kalau macam tu.. Kita tak payah kahwin lah... Saya cari yang lain.. Awak cari yang lain.. Boleh kan Fiq! " kataku sambil ugut dia.
"Janganlah... Ye..ye...fiq tak merajuk.. Please sayang..." pujuknya.
"Ok..." Aku tersenyum girang..
"Sayang... Janji tau dengan abang walau apa pun yang terjadi awak akan tetap percaya pada saya dan saya akan tetap percayakan awak"
"Kenapa ni fiq" tanyaku
"Janji lah..."
"Ok.. Ok.. Saya janji dengan awak. Walau apa yang berlaku saya akan tetap berada di samping awak selalu..." Entah kenapa fiq minta aku berjanji dengan dia. Tak mengapalah.. Bukan selalu nak berjanji-janji bagai ni.
"Baiklah...Awak jangan lupa tau.. Pakai cantik-cantik besok..Besok kita tangkap gambar banyak-banyak ye.." ujar Syafiq lagi.
"Ye lah..Awak jangan lupa tutup telefon ni cepat sikit. Saya nak tidur dah ni.." ujarku.
"Hisshhhh.. Dianikan...saja je ye... Yelah... Bye sayangku.. I love you". Ucapnya.
"I love u too". Rasa malu pulak bila kata-kata itu aku ucapkan kepadanya. Entah.. Mungkin perasaan sayang sudah ada terpahat di hati..
Bila teringat masa di sekolah dulu. Rasa macam semalam aku mengenali Syafiq. Besok... Aku masih menanti...
Aku bangun dari katil dan menuju ke tingkap. Aku bukak sedikit tingkap dan melihat awan yang gelap dengan bintang-bintang yang bergelipan. Cantik... Itu sahaja ungkapan yang aku boleh berikan dan indahnya malam ni....Indah jika namanya yang sentiasa bertakhta berada di hatiku...
*********
"Ila.. Awak tak bersiap lagi ke? Kita nak pergi rumah bakal besan kita tu" tanya Encik Ayob. Dari tadi dia suruh isterinya bersiap namun masih di atas katil lagi. Asyik dengan telefon je.
"Abang ni kan.. Buat apa nak pergi awal-awal sangat ha? Saya ni penat. Baru balik dari Itali lepas tu awak sibuk pulak suruh saya pergi bersiap."
"Apa kena dengan awak ni Ila? Macam tak suka je. Kalau tak suka boleh tak jangan tunjuk sangat. Pergilah ye, ila". Pujuknya.
"Saya tak nak pergi! Kalau awak nak pergi meminang dia.. Pergilah!"
"Ila tak baik tau..Awak tak kesian ke dekat fiq? Kalau awak tak pergi apa pulak bakal besan kita tu cakap nanti? Awak nak saya cakap yang awak penat baru balik dari Itali ha? Kerja untuk projek berjuta-jutaan ringgit tu.. Come on Ila.. Please jangan malukan abang.. Ye sayang..." mohonnya.
"Abang ni kan dah kenapa cakap macam tu??? Nanti kalau diorang tau.. Habis duit kita diorang kikis nanti!" marah Puan Rozila.
"Astaghfirullahalazim ila.. Sampai ke situ ye awak fikir...Apalah dosa saya yang saya buat dulu.. Sampaikan isteri saya sanggup cakap macam tu?? Kalau orang lain dengar.. Mesti mereka cakap saya tak pandai didik isteri."
"Abang ni kan!! Yelah.. Yelah.. Saya bersiap sekarang!". Puan Rozila terus bangun dan pergi ke bilik air sambil menghentakkan kakinya.
"Marah.. Marah.. Buat lah lagi.. Kaki tu sakit nanti.. Jangan suruh abang yang tolong picitkan nanti ye.." tegur Encik Ayob. Perangai tak berubah dari zaman muda. Macam tu lah perangainya bila kena paksa buat sesuatu... Ila.. Ila...
********
"Abang... Bila nak sampai ni.. Panaslah.." bising Puan Rozila di tempat duduk sebelah pemandu sambil mengipas mukanya menggunakan kipas (alah yang kipas nyonya-nyonya tu.. Kipas lah kan?? 😅😅😅 Korang bayangkan je lah) .
"Awak ni pun.. Sabarlah.. Kita dalam kereta.. Ada aircond.. Apa yang panasnya?? Ke panas sebab hati awak tu yang tak nak pergi?" pintas Encik Ayob. Dah tau dah perangai Puan Rozila macam mana. Kalau putih dia cakap putih lah jawabnya.
"Ehhh...cakap baik sikit ye.. Saya ni dah tolak tawaran besar dari Datin Fatihah tu tau tak... Disebabkan siapa.. Tau sendiri lah..Dahlah berjuta² juga tu projek yang nak dibuat. Nasib baik dia bagi peluang dekat saya.. Kalau tidak melepas.. Tau tak!" marah Puan Rozila.
"Halah awak ni pun.. Kalau si Datin Fatihah tu tolak awak.. Awak takkan jadi miskin lah.. Saya kan ada.. Berapa awak nak saya boleh bagi.. Ingat sikit butik tu guna duit siapa."
"Ish.. Nak ungkit je kerja abang ni kan? Menyampah betul ila tau tak dengan abang ni. Sibuk sangat dengan bakal menantu yang miskin tu dah kenapa ha???" tanyanya dengan marah
"Kalau awak menyampah sangat lebih baik awak diam ye!! Nasib baik dalam kereta kita ni ada kita berdua je. Kalau ada anak kita tu si Syafiq awak cakap macam ni terasa hati dia tau tak. Saya penat lah Ila dengan perangai awak ni.."
"Halah abang ni kan.. Saya nak terbaik untuk fiq.. Bukannya nak yang buruk". Puan Rozila terus memandang keluar tingkap. Encik Ayob hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai isterinya itu.
Bersambung
YOU ARE READING
Menunggu Hari Itu
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang mencari sinar bahagia bersama seorang lelaki yang dianggap penyelamat ya. Namun kehidupan itu telah membinasakan kehidupannya itu. Kehidupan yang penuh kepuraan tidak akan kekal lama tapi kehidupan yang bahagia sen...