5

29 1 0
                                    

HANNA P. O. V

"Syafiq.. Awak tak menyesal ke mengenali saya? Ye lah nanti bila dah habis SPM kan awak boleh keluar and cari yang lebih baik dari saya"

"Awak ni.. Mana ada lah.. Saya hanya akan setia dengan awak sorang je ye! Tapi kan awak tak bagitau dekat kawan awak kan yang kita berdua bercinta.. Senyap ² je ye... Nanti dah tiba masanya kita bagitau kawan awak" terang syafiq.

"ok je."

"Hanna..sebenarnya saya nak bagitau awak sesuatu boleh tak?" tanya Syafiq.Takut pulak dia kalau dia terus straight to the point.

"Nak tanya apa? Tanya je lah,,, sejak bila pulak awak ni pandai minta izin dengan saya ni ha?" tanya Hanna. Pelik dengan Syafiq yang tiba-tiba bertanya seperti itu.

"Sebenarnya kan...". Tergagap syafiq untuk berkata-kata.

"Sebenarnya apa fiq? Awak kenapa tergagap ni ye".

"Sebenarnya saya".

"Sebenarnya apa?". Bengang dengan apa syafiq katakan terus hanna berkata dengan nada yang marah dan naik seoktaf. Nasib baik dia bercakap menggunakan telefon. Kalau sudah ada di hadapan mata  mau dia tampar si syafiq ni.

"Sebenarnya saya nak kahwin dengan awak. Awak sudi tak?" tanya syafiq.

"Saya........"

"Awak tak sudi ke? Tak pelah saya faham awak janganlah risau saya tak marah awak pun.. Awak jangan risau ok".

"Saya tak cakap yang saya tolakkan. Saya cuma tak bagi jawapan je lagi" ujar Hanna.

"Ohh..yeke...jadi awak terima ke?".

"Saya terima!".

"Serius lah... Hahaha.. Alright nanti saya suruh mama masuk meminang awak ye. Lepas kita SPM".

"Ok! Awak janji ye!".

"Ye saya janji dan cintakan awak sampai saya mati!".

"Awak... Kalau mama awak tak suka saya nanti macam mana ye? Yelah,, kita pun baru je berumur 17 tahun. Kerja pun takda lagi nanti..".

"Alahh..jangan risau mama saya tu ok je lah... Nanti kalau saya pujuk dia akan ok tau... Awak janganlah risau" pinta Syafiq. Ibunya pasti akan membantah namun jika kena dengan pujukannya.. Insya Allah mama pasti akan terima nanti.



**********

Kini tamat ya peperiksaan SPM seperti yang dijanjikan Syafiq menunaikan janji yang ditepati.

"Good morning mama and papa!" Ucap syafiq.

"Good morning sayang anak mama busukkk macam ni. Mama tengok kamu ni macam aneh sikit macam pelik lah.. Kamu ni macam entah lah mama rasa macam kamu ni ada apa² je.." tanya Puan Rozila.

"Good morning... Papa pun tengok kamu ni macam pelik je. Ada apa² ke yang papa dengan mama kamu ni tak tahu?" tanya Encik Ayob.

"Sebenarnya pa, ma... Fiq nak bagitau sesuatu" terang Syafiq.

"Bagi tahu apa tu macam penting je mama tengok kamu ni".

"Sebenarnya fiq nak kahwin!".

Kata-katanya itu mengejutkan kedua-dua orang tuanya. Mereka berpandangan sesama mereka lalu tersenyum lebar apabila anak mereka menyatakan hasrat mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

"Lah... Mama ingatkan apa tadi... Nak kahwin dengan Aisy ke? Mama setuju sangat kalau kamu berdua mak kahwin. Lagipun mama suka sangat dengan Aisy tu. Betul tak abang? " ujar Puan Rozila.

Menunggu Hari ItuWhere stories live. Discover now