Bab 1

768 28 6
                                    

-Fight for our love,and destiny will support us-

       AYRIS Nerisha menilik penampilannya dihadapan cermin meja soleknya. Lipbalm diratakan sedikit dibibirnya yang mungil itu. Okey! Perfect! Beautiful! Pretty! Dan sewaktu dengannya. Terlebih puji diri pulak. Hewhew.

Bila rasa diri dah sempurna,dia segera turun ke tingkat bawah. Pergi kearah dapur. Dimana Tengku Dahlia dan Tengku Muzaffar merangkap papa dan mamanya, turut berada. Tidak lupa juga dengan abang kembarnya,Azfar Amiran. Lahir sepuluh minit awal dari Ayris. Kiranya mereka berdua ni kembar tak seiraslah.

"Morning!" Ucap Ayris.

"Morning too..." Ucap Tengku Dahlia dan Tengku Muzaffar serentak.

"Baru nak turun puteri ulek mayang nih!" Baru saja Ayris hendak duduk,Azfar sudah menyindir. Gadis itu pula buat muka selamba.

"Puteri kan? Mestilah cantik cantik! Itu yang lambat sikit tadi." Dengan selamba,Ayris menyisip sedikit air hot chocolate milik Azfar. Azfar mendengus.

"Kalau dah nama puteri itu... Dia takkan minum air orang sesuka hati!" Bidas Azfar. Geram dia dengan Ayris tuh! Aku sekeh kepala nanti. Biar serabai rambut tu! Padan muka!

Tengku Dahlia dan Tengku Muzaffar menggelengkan kepala. Anak siapalah punya perangai tak senonoh ni!

"Hari ini first day sekolah,jadi belajar rajin rajin! Sudahlah kamu berdua tu nak SPM tahun ni." Tengku Dahlia memberi nasihat. Ayris dan Azfar apalagi. Angguk sahajalah! Lepastu sengih sengih.

"Memandangkan hari ini hari pertama persekolahan kamu berdua,biar papa yang hantarkan." Sudah! Tengku Muzaffar dah keluarkan arahan. Mana ada yang berani nak bantah. Kedua kembar itu pula hanya mampu menurutkan. Baru saja nak plan naik Lamborghini tadi. Dapatlah jugak berlumba. Hohoho.









"BELAJAR rajin rajin..." Pesan Tengku Muzaffar sebaik sahaja sampai dihadapan Diamonic Highschool.

"Jangan risau papa... Ris memang akan belajar rajin rajin. Baik papa amanahkan Ris untuk jaga Azfar ni!" Balas Ayris. Tangan Tengku Muzaffar disalam penuh hormat.

"Eh eh! Aku pulak! Hempuk kau sat gi!" Marah Azfar. Ayris mengajuk. Apa apa jelah abangku sayang oii

Tengku Muzaffar tergelak kecil.

"Azfar,jaga adik kamu. Boleh tahan lasak juga dia ni papa tengok."

"Papa!"

Azfar dan Tengku Muzaffar sama sama ketawa sebelum buat highfive.

Ayris mencebik.

"Dah! Ris masuk kelas dulu. Bye papa! Muah! Love you!" Tengku Muzaffar mengangguk

"Eh! Tunggulah aku!" Jerit Azfar. Laju kakinya mengepung langkah Ayris. Laju jugak si Ayris nih berjalan. Lumba jalan kaki ke apa?

"Itulah... Lambat lagi, kan dah kena tinggal dengan aku." Azfar berdecit.

"Ris..." panggil Azfar meleret. Lengan Ayris sengaja dia cucuk cucuk. Ayris angkat kening.

"Kau dah kenapa siot?" Mendatar suara Ayris. Azfar tarik sengih.

"Nak minta tolong boleh?"

"Tolong apa?"

"Kirim salam cinta sayang rindu aku dekat girlfriend tersayang aku eh?"

"Fitri?" Ayris menyoal blur.

"Ya yalah... Takkan hantu pulak?" Jawab Azfar geram. Kenapa adik aku ni lembab sangat? Haih... Parah betul!

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now