11

1.5K 63 4
                                    

CHAD MEMBETULKAN letak sandarnya pada dinding dewan solat, di bahagian belakang. Solat zuhur berjemaah baru habis. Di sudut-sudut lain ahli jemaah yang baru selesai solat duduk menghabiskan bacaan tilawah, ada yang menghabiskan solat sunat rawatib selepas zuhur, ada yang duduk beriktikaf. Buku Hadith 40 karangan Imam Nawawi yang diambilnya dari rak buku sebentar tadi terbuka di tangan.

Fend datang menghampirinya sambil melipat sejadah di tangan. Sepupunya tu kemudian melabuhkan duduk di sebelah. Sejadah yang dah berlipat menjadi empat segi kecil tu kemudian diletak di atas paha Chad yang sedang berlunjur. Tanpa sepatah kata lain Fend terus melunjurkan kaki dan merebahkan kepala dengan kaki Chad menjadi bantalnya.

"Amboi... banyak cantik kepala hang." Tegur Chad.

"Ngantuk." Fend menggumam dengan mata terpejam.

"Pergi la masuk bilik."

"Nanti tertidur terlajak terus." Fend membetulkan letak kepala. "Ala... tumpang baring kejap je..." Suara dah makin kembang.

"Hang ingat hang kecik lagi ka? Kepala berat macam peluru meriam."

"Bising." Fend menggumam rendah.

Chad geleng kepala. Budak ni la.... Dia kembali menyambung bacaan. Penat sangat la tu agaknya. Pagi tadi Imam Zakariyya bawa mereka ke Auburn, salah satu pekan Muslim di tengah bandar Sydney ni. Ada gotong-royong di Masjid Auburn.

Habis gotong-royong di Auburn, Imam Zakariyya bawa mereka ke kedai Brother Ghandourah di Lakemba. Brother Ghandourah tu asal dari Lebanon. Migrate ke sini dibawa oleh ayahnya 20 tahun lepas. Ayah dia buka kedai daging halal. Brother Ghandourah ni pula buka bakery. Kata Imam Zakariyya tiap-tiap tahun memang Brother Ghandourah dan ayahnya akan buat sumbangan Ramadan ke masjid-masjid dan sekolah-sekolah. Jadi tadi mereka ke bakery Brother Ghandourah untuk tolong bungkus biskut-biskut dan pastri untuk diagihkan ke masjid-masjid sekitar Sydney petang nanti.

"Wah! Kok tidur? Capek ya?"

Chad angkat muka daripada bacaan. Bapak Tono yang menegur baru nak melabuhkan duduk di hadapan mereka. Bapak Tono kerja separuh hari saja hari ni. Jadi katanya nak sambung iktikaf di masjid.

Chad sengih. "Anak kecil manjanya memang begitu, pak."

"Aku dengar la." Fend menyiku paha Chad dengan mata masih tertutup.

Bapak Tono dan Chad ketawa.

"Bapak, sudah mau mula, ya?" Chad mengalih perhatiannya pada Bapak Tono. Tadi sebelum zuhur Bapak Tono kata dia boleh tolong bentangkan syarah hadis dalam Hadith 40 tu kalau mahu. Dah tentu la laju je Chad mengangguk tanda setuju. Nak baca sendiri, jenuh nak menghabiskan dah sefasal, bakal jadi kelam tak faham dah sefasal.

"Semua Muslim patutnya sudah faham isinya buku Hadith 40 itu. Itu basic, yang paling kurang perlu tahu." Kata Bapak Tono tadi.

"Kau nak dengar sekali tak?" tanya Chad pada kepala Fend di ribanya.

"Dengar... dengar...." Fend masih tak buka mata.

"Kita mulain dengan Hadis Satu." Buku Hadith 40 tu bertukar tangan. "Yang pertama ini, patinya berkenaan niat..."

***

SEKARANG RASANYA baru faham maksud Akmal apabila cakap kat sini tak banyak distractions untuk betul-betul fully utilizedRamadan. Dan sekarang juga baru betul-betul nampak kenapa Chad nak duduk masjid dan bukan duduk di rumah Akmal atau tempat penginapan lain. Nak memotivasikan diri buat benda baik buka mudah sebenarnya. Dan persekitaran tu memang sangat-sangat penting nak membentuk driving force tu.

"Kau orang buat apa hari ni?"

Fend pandang Akmal yang bertanya. Mereka sedang sama-sama duduk bersila menghabiskan nasi lebihan berbuka puasa tadi. Kira moreh la. Tarawih baru saja selesai.

"Pagi pergi Auburn, ada gotong-royong. Lepas tu tolong packing biskut dekat kedai Brother Ghandourah." Fend menggaul nasi dengan kuah dalca. "Lepas tu balik sini Bapak Tono buat syarah hadis empat puluh lepas zuhur. Dapat la cover sampai hadis lima sebelum masuk asar. Lepas tu sambung tilawah."

"Jealousnya aku..." Akmal dah tarik muncung. Macam hari sebelumnya.

Fend ketawa. "Kau duduk sini kan lama lagi. Bila-bila je kau boleh cekup Bapak, Imam Zakariyya dengan Tok 'Abdul Qadir tu. "

"Still.... aku jealous de..." Akmal sengih. "Pulun buat amal macam tu.... Tak aci."

"Amende.... " Fend geleng. "Kau belajar tu pun kira amal ibadat apa. Bapak cakap segala benda bergantung dengan niat. Tak ada benda yang kita buat ni sia-sia de kalau semua benda niat kerana Allah. Tak ke?" Dia sedikit mengerut dahi. "Ceh... apa kes. Patut kau la lagi expert daripada aku bab benda-benda ni."

Akmal ketawa. "Banyak la kau punya expert. Aku pun tengah belajar la." Suapan nasi dibawa ke mulut.

Fend diam seketika merenung nasi di dalam dulang. "Aku baru tau rupanya kalimah syahadah tu besar tanggungjawab nak kena pegang. "

Akmal memandang Fend, kemudian mengangguk. "Ingat yang kita solat kat Botanical Garden tu? Tu pun namanya menunaikan salah satu tanggungjawab la tu. Kita kena educate orang non-Muslim fasal Islam. "

"Apabila aku dengar Bapak cakap macam tu, sekarang ni apabila aku lafaz syahadah dalam solat, rasa macam lafaz akad nikah pulak." Fend mengulum bibir.

Ketawa Akmal pecah. "Macam mana pulak sampai boleh terlepas ke situ?"

"Dah tanggung kena la jawab. Tu baru namanya tanggungjawab. Tanggungjawab syahadatul haq. Tanggung Allah punya amanat, nanti jawab sendiri kat akhirat." Nasi di dulang dipandang.

"Hmm... "

"Kalimah syahadah yang kita lafaz tiap-tiap hari tu pun ada tanggungjawab kita ke atasnya. Nak menegakkan kebenaran syahadah." Fend pandang Akmal. "Macam orang kahwin la. Habis je lafaz nikah, gedebuk tanggungjawab kat bahu. "

Akmal angguk. "Betul jugak."

Fend mencapai botol jus yang baru dikeluarkan dari peti ais sebelum mula makan tadi. Dituang ke dalam gelas. Satu je cukup. Boleh kongsi.

"Semua benda tu ibadat kalau betul niat dan ikut syariat. Bunyi macam senang je nak buat pahala." Fend merenung gelas di tangan.

Akmal angguk lagi. "Mudah kalau hati nak. Susah kalau memang tak nak."

Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam ~ (al-An'aam: 162)

(excerpts from Contengan Jalanan - Fend : 35)

Contengan Jalanan (Ramadhan Excerpts)Where stories live. Discover now