"AND INVOKE not any other ilah (God) along with Allah, La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshippedbut He). Everything will perish save His Face. His is the Decision, and to Him you (all) shall be returned." Chad membacakan tafsir maksud ayat terakhir surah al-Qasas yang ayatnya baru dibacakan Fend tadi.
"Alhamdulillah." Tok 'Abdul Qadir mengangguk-anggukkan kepalanya.
Fend bangun meletakkan tafsir Quran yang dibacanya tadi ke atas rak tinggi di belakangnya. Chad menghulurkan tafsirnya pula. Diletak Fend di sebelah tafsirnya sebelum dia kembali duduk bersila di sebelah Chad.
Habis solat Jumaat tadi mereka terus sambung bacaan tilawah dengan Tok 'Abdul Qadir. Tapi buat di bilik sebab dewan solat ramai orang. Baca bergilir. Chad baca ayat, Fend baca tafsir. Habis satu hizib, swap pulak. Tok 'Abdul Qadir jadi tukang pemantau bacaan. Imam Zakariyya tak join hari ni. Sibuk dia. Ada orang ajak bincang hal apa entah habis solat Jumaat tadi.
Fend membetulkan letak sandar pada dinding di belakangnya. Tengah-tengah hari macam ni memang la memberatkan mata. Kepala ditongkat ke bahu Chad di sebelah.
"You two, very close." Tok 'Abdul Qadir mendekatkan jari telunjuk dan jari hantu tangan kanannya. "Good... good... masya-Allah." Ujarnya pada mereka berdua. "Very good brothers."
Chad dan Fend berpandangan. Kemudian ketawa mereka pecah.
"Oh, yes..." Chad angguk. "We, very close. Like this." Leher Fend dipautnya dengan tangan kanan, terus buat headlock.
"Weh!!!" Fend menyiku rusuk Chad. "Ingat kau Hulk Hogan ke apa?"
"Allah... Allah... stop!" Tok 'Abdul Qadir dah angkat kedua-dua belah tangan.
Pintu bilik kecil tu terkuak dari luar. "Assalamualaikum." Bapak Tono melangkah masuk. Matanya jatuh pada scene ala-ala WWE tu. "Waduh! Kok main gusti?"
Brother Ade yang mengikut di belakangnya turut sama terhenti melangkah. "Whoa! No violence in the mosque!"
Imam Zakariyya yang di belakang sekali menjengahkan kepala di atas bahu Brother Ade yang tegap tinggi tu. "Are we having a Badar War simulation?"
Ketawa pecah di dalam bilik kecil tu.
"Brothers, what happened?" Imam Zakariyya memegang dahi.
"Uh... loving?" Chad sengih. Kepala Fend ditegakkan. Bahu sepupunya tu diraih. "Very loving." Ujarnya lagi sambil menganggukkan kepala.
"Gone nuts." Fend menjulingkan mata ke langit sambil memusingkan hujung telunjuk kanannya di pelipis nak menunjukkan yang kepala Chad dah tak betul.
Ketawa pecah lagi. Tok 'Abdul Qadir menggelengkan kepala.
"You youngsters should get some nap." Brother Ade melangkah ke arah Chad dan Fend. Dia kemudian melabuhkan duduk di sebelah Chad.
Huh? Daytime napping? Tiba-tiba terasa macam masuk tadika la pulak. Chad dan Fend berpandangan.
"Sleep... sleep...." Tok 'Abdul Qadir menepuk-nepuk kepala Fend.
Imam Zakariyya dan Bapak Tono ketawa melihat muka kelam budak berdua tu.
"Malam ini masjidnya mau mula solat malam. Mau ikut?"
"Brother, you want to join our qiamullail?"
Ooo....
Nak...! Nak...! "Yes...! Yes...!" Laju aje Chad dan Fend mengangguk menjawab soalan Imam Zakariyya dan Bapak Tono tu. Kalau sendiri nak mula sorang-sorang memang tak semangat de.... Dan kalau nak start sendiri pun, macam la reti sangat!
"Sleep... sleep...." Tok 'Abdul Qadir masih menepuk-nepuk kepala Fend.
Laju aje Fend merebahkan kepala ke atas riba Chad, dibuat bantal.
"Weh!!!"
Ketawa pecah lagi.
***
"KAU PATUT RASA bersyukur kerana ada negara yang aman." Kotak fikiran Fend kembali memainkan maksud kata-kata Brother Ade ketika sebelum tidur malam tadi. "Tak perlu risau tentang perang saudara, tak perlu risau tentang keselamatan nyawa dan keluarga."
Malam tadi bilik kecil mereka menerima tetamu. Ramai ahli jemaah masjid yang terus duduk beriktikaf selepas habis tarawih tadi. Bilik-bilik yang kosong hampir semuanya dipenuhi. Ada juga yang tidur di dewan solat. Esok hari Sabtu. Pastinya ramai yang tak nak lepaskan peluang berbuat amal tanpa kekangan kerja. Yang tidur di bilik kecil tu Akmal, Tok 'Abdul Qadir, Brother Ade dan Bapak Tono.
Selepas habis tarawih, sambung lagi sikit bacaan Quran. Lepas tu Bapak Tono sambung syarah Hadith 40 untuk hadis 26 dan 27. Habis sesi hadis, semua dah berbaring mencari bantal. Tapi tak terus tidur. Sambung dengar cerita. Cerita Brother Ade. Cerita Bapak Tono. Cerita Tok 'Abdul Qadir pun ada dengan Bapak Tono jadi jurubahasa tak bertauliah.
Bapak kongsi cerita bagaimana masa dia kecil-kecil dulu kerjanya bantu keluarga berjualan mi bakso di tengah kota Jakarta. Bagaimana ketika itu berjualan dengan hanya berkaki ayam baik ketika dingin hujan atau ketika terik matahari. Setiap malam takkan tidur selagi belum habis menggentel bebola daging untuk jualan esoknya. Hijrahnya ke sini dua puluh tahun dulu kerana mahu mencari sumber rezeki yang lebih baik.
Tok 'Abdul Qadir pula rupanya saudagar kain waktu zaman muda dulu. Berniaga dengan import-eksport ke sana sini. Perniagaan tu dah menjadi warisan turun-temurun keluarga tu. Kini diterajui anak lelakinya yang sulung. Dia pula berubah angin datang duduk dengan anak lelaki bongsunya; Imam Zakariyya di sini sejak dua tahun lepas. Rindu cucu katanya.
Fend sejenak memejamkan mata. Cerita Brother Ade pula hampir buat dia mengigau dalam tidur malam tadi. Betul, dia sendiri tak pernah rasa macam mana jadi pelarian. Tak pernah rasa macam mana nyawa tu macam telur di hujung tanduk. Tak pernah ada parut kena tembak dengan submachine gun. Tak pernah rasa terpaksa terpisah daripada keluarga. Tak pernah rasa tengok kaum keluarga terdekat kena bunuh. Tak pernah rasa tengok kampung halaman sendiri dibakar sampai tinggal abu macam kena langgar geroda. Tak pernah rasa berlapar berhari-hari dengan makanan dicatu. Tak pernah rasa susah mencari rezeki untuk isi perut hingga hanya terpaksa minum air hujan. Tapi Brother Ade dah pernah rasa semua tu.
Dia lelaki sejati, tapi malam tadi air matanya tumpah juga. Mujur tak ada yang perasan. Kecuali Chad. Sebab terasa Chad gosok kepala dalam gelap tu.
Selama ni tak pernah terasa sangat kut segala nikmat yang ada yang Allah bagi ni. Take it for granted, maybe. Sebab semua benda mudah dan memang dah ada. Mana pernah dia merasa pengalaman perang kat Malaysia, perang dalam Warcraft tu lain cerita la. Tapi ada orang yang di sudut dunia yang lain dah melalui azab tu.
Fend menebar pandangan ke seluruh isi dewan solat tu. Mereka semua baru saja selesai qiamullail berjemaah. Tadi dimulakan dengan solat sunat tahajud dan solat sunat taubat. Kemudian solat sunat tasbih. Selesai semuanya, masing-masing menyambung amal sendiri. Ada yang meneruskan solat sunat. Ada yang menyambung bacaan Quran yang belum habis. Ada yang lelap mata sebentar sebelum bersahur.
"Allah sudah bilang, Allah suka hamba-Nya bangun malam. Mohon ampun, mohon doa, mohon segala." Kata Bapak Tono malam tadi. "Segalanya telah Dia beri pada kita tanpa kikir. Bersyukurlah."
Teringat semula masa baca buku Johnny Got His Gun dulu. Sungguhlah... nikmat yang Allah bagi tu sangat banyak. Allah dah sebut pun dalam surah ar-Rahman berulang kali. 'Nikmat Aku yang manakah yang kamu nak dustakan?'
Fend berdiri menegakkan badan. Sejenak mata dipejamkan. Sahaja aku solat sunat sujud syukur....
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. ~ (al-Muzzammil: 6-8)
(excerpts from Contengan Jalanan - Fend : 37)
YOU ARE READING
Contengan Jalanan (Ramadhan Excerpts)
General FictionThe Ramadhan excerpts from Contengan Jalanan (published May 2011, ISBN ISBN: 978-967-5118-53-1) Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/11194664-contengan-jalanan