14

1.2K 55 2
                                    

"KAU ORANG BALIK Malaysia bila sebenarnya ni? Ke nak raya kat sini terus?" Akmal mengalih halaman muka surat Apa Ertinya Saya Menganut Islam di tangan.

"Kita raya kat sini ke, Chad?" suara Fend bertanya.

"Terasa nak putus darah dengan Tok?" Chad menjawab.

Fend ketawa. "Mau Tok merajuk tak terpujuk."

"Tau tak pe."

Sepi kembali. Hanya sesekali terdengar bunyi halaman kertas diselak.

"Akmal?"

"Hmm?"

"Kalau balik Malaysia ke raya ni?" Fend membawa tangan ke mulut menahan kuap. Membaca tengah waktu tengah hari ni memang mengantuk.

"Mana ada cuti. Tiga minggu lepas raya aku exam tu."

"Laa... ye ke..."

"A'ah. "

Sunyi kembali.

"Hangpa dua tak rasa ka ada something yang sangat la off." Suara Chad tiba-tiba pecah di antara mereka.

"Hmm?"

"Apanya?"

"Sejak bila aku ambil kontrak jadi bantal terhormat hangpa?"

Haha. Ketawa Fend dan Akmal pecah serentak.

Habis saja solat Subuh dan tazkirah pagi tadi ada gotong-royong kemas masjid besar-besaran sempena sepuluh malam terakhir Ramadan. Bilik-bilik yang banyak tu kena dikemas sebab orang dah mula nak datang beriktikaf. Habis luar dalam kena cuci. Orang pun ramai, sebab kebanyakan jemaah dari qiamullail malam tadi ada lagi. Habis mengemas tu sambung mengaji dengan Tok 'Abdul Qadir dan Imam Zakariyya. Lepas tu sambung sesi hadis dengan Bapak Tono. Pagi dah lanjut, baru habis. Lepas tu baru balik bilik.

Masuk aje bilik tengok Chad dah berbaring dengan sleeping bag yang dah siap bergulung jadi bantal. Tengah membaca The Path to Guidance. Terus aje pergi geledah beg mencari 24 Jam Dalam Kehidupan Seorang Muslim. Lepas tu terus...

Bum.

Perut Chad la jadi bantal.

Akmal yang baru lepas geledah beg cari buku pun, lepas tu cari tempat landing. Kaki Chad pula yang jadi mangsa. Elok aje Fend di kanan Chad, dia di kiri.

"Kut la badan kecik... tahan jugak." Chad menggumam.

"Shush... Shush... hilang pahala karang." Fend membetulkan letak cermin mata sambil meneruskan bacaan.

Akmal masih ketawa. Tapi tak bangun juga.

"Chad?"

"Hmm?"

"Bila kita nak balik Malaysia sebenarnya ni?"

"Aku balik sorang je la. Hang aku tinggal kat sini." Selamba Chad menjawab.

"Buat... buat..." Fend mencebik. "Tok lipat kau jadi ketupat nanti."

Giliran Chad pula ketawa. "Ada ke."

"Kau orang dah ada tiket balik ke tak sebenarnya?" Akmal angkat sikit kepala memandang Chad.

Chad sengih dengan mata masih pada buku di tangan. "Dah. "

Dahi Akmal berkerut merenung siling di atas mereka. "Dah tu takkan kau tak tau kau balik bila, Fend?"

"Chad tu mananya nak bagi tau. Dia jenis main heret je aku ni. Duduk lagi lama-lama kat Texas tu. Biasa sangat jadi cowboy heret lembu." Fend menjawab.

Contengan Jalanan (Ramadhan Excerpts)Where stories live. Discover now