15

1.1K 53 0
                                    

ADA LAGI SETENGAH JAM sebelum waktu berbuka masuk. Setengah jam yang perlu digunakan sepenuhnya untuk mengemas!

Sekarang bilik kecil tu dah tak boleh la nak dibuat sesuka hati macam milik sendiri aje. Ahli masjid lain pun nak pakai juga, tambah-tambah yang datang iktikaf atau qiamullail. Fend mengemas letak beg dan barang-barang harian yang sedikit berterabur. Lagipun kena la mula kemas-kemas barang dah. Khamis ni dah nak balik. Nanti kelam-kabut pulak nak mencari barang-barang yang entah ke mana. Siang tadi lepas zuhur pergi berjalan sekitar Punchbowl. Ada la rasa macam pergi bazar Ramadan sikit, sambil-sambil beli barang berbuka untuk masjid.

Dia mencapai messenger bag. Benda-benda penting memang semua kat dalam tu. Senang nak dibawa ke sana ke mari. Ni nak mencari bekas cermin mata. Hendakkan kain lap cermin tu sebenarnya. Malap semacam aje rasa lense ni. Zip beg tu dibuka. Tangan menggeledah isi dengan mata turut sama mencari.

"Ahh... sudah."

Chad yang tengah menggulung sleepingbag angkat muka. "Kenapa?"

"Pasport aku..." Fend tarik nafas panjang. "... macam hilang." Makin kalut dia menggeledah isi beg. Sah tak ada buku kecil warna merah tu!

"Allah... " Chad terdiam.

"Last nampak masa bila?" Dahi Akmal turut berkerut.

"Masa kat Blue Mountains ada lagi." Fend menggumam sambil menunggang isi beg tu ke lantai. Hilang masa jalan kat Punchbowl tadi ke?

"Jatuh ke?"

"Maybe." Benda tu aje yang hilang. Barang lain semua ada. Kut kalau kena curi, benda-benda lain pun mesti kena sauk sekali.

Hening seketika.

"Macam mana ni? Tak balik aku karang dibuatnya." Terasa dahi dah berpeluh. Fend tarik nafas panjang.

"Kena ke Canberra kita ni." Akmal cepat memutus. "Buat pasport sementara dekat High Commissioner."

Fend tarik nafas panjang.

"Tarbiah, Fend. Tarbiah." Chad memaut bahu.

"Jom pergi balai polis dulu. Buat report." Akmal dah bangun. "Esok Isnin. Lepas subuh esok kita bertolak pergi Canberra."

Katakanlah, "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal." (at- Taubah: 51)

(excerpts from Contengan Jalanan - Fend : 39)

Contengan Jalanan (Ramadhan Excerpts)Where stories live. Discover now