🏷️ ❛ 1 ༉‧˚ ·

268 42 13
                                    

ain p.o.v (intro) 

nama aku ain qaisara binti farhan. orang panggil aku ain. umur aku 17 tahun. aku cahaya mata bongsu dari 2 adik beradik. senang nak explain  kitaorang kembar.

afiq rayyan bin farhan, abang kembar aku. kitaorang tak sama sekolah. dia pandai sikit daripada aku. sikit je tak banyak pun. jadi dia dapat masuk diamond high. cemburu? sangat! tapi tu bukan alasan untuk aku giveup.

sudah lah pasal kembar aku. parents kitaorang? dari baby sampai besar panjang kitaorang just tinggal dengan ayah. arwah ibu meningal masa lahirkan aku dengan afiq. cukup dengan pengorbanan ibu, kami tahu yang ibu lebih sayang kami daripada nyawanya sendiri.

ayah cakap perangai aku dengan arwah ibu copy and paste. arwah ibu dulu model tudung. aku? aku selalu habiskan masa aku buat toturial kat youtube. tapi tu dulu. sekarang aku lebih memilih untuk membaca novel daripada buat toturial. dah malas nak cakap sorang sorang depan camera.

ayah awal pagi kerja sampai malam. jadi peneman aku comot jelah. comot ni kucing kesayangan aku. aku sekolah dekat smk mutiara. tapi sejak tingkatan 3 , ayah suruh aku homeschool dekat rumah atas sebab tertentu.

ting , tong

'aih ? ayah balik awal la hari ni' bisik hati ain

"ain. kenapa tak ambil surat ni. dah berzaman dekat peti surat ni" kata encik farhan.

"oh ain tak perasan pulak ada posman hantar" balas ain.

ini ayah aku. nama dia encik farhan. hehe ayah aku ni lah hero aku. ayahlah yang bersusah payah cari duit. jadi, aku la ganti tempat ibu masak. lagipun nenek dah ajar aku masak sikit - sikit. ala asal makan la dikatakan.

ayah aku ceo dekat royal hotel. syarikat atuk. atuk suruh ayah ganti. itu la sebabnya ayah aku selalu sibuk. hm tpi takpa aku faham. dia buat ni sebab dia sayang aku dengan afiq.

"eh, ada surat untuk ain la" kata encik farhan sambil menghulurkan sepucuk surat kepada ain.

ain meneliti surat yang bertulis nama dan alamat ain.

"oh surat dari diamond high" balas ain selamba .

eh.

"ayah surat dari diamond high!" jerit ain lalu belari mendapatkan ayahnya. mahu tidaknya. diamond high merupakan sekolah yang menjadi pilihan ain sejak dia 12 tahun. nasib tidak menyebelahinya, hanya abang kembarnya yang lulus permohonan diamond high.

"tahniah ain! akhirnya anak ayah dapat masuk sekolah impian dia" puji sang ayah kepada sang anak.

"maksudnya, ayah bagi ain masuk sekolah tu?" ain bertanya dengan lembut. takut takut ayahnya mengubah fikiran.

"mestilah. lagipun ada afiq kat sekolah tu. boleh jaga ain" balas encik farhan.

"terima kasih ayah!" ucap ain sambil memeluk ayahnya. setidaknya, ain dapat memiliki teman setelah lama homeschool dirumah.

end ain p.o.v

🌼🌼🌼

ain mengemas barang - barangnya kerana besok merupakan hari dia masuk ke diamond high.

diamond high merupakan sekolah yang tiada dalam map, waze, gps dan seumpama dengannya. pelajar diamond high diberikan kemudahan sebuah rumah yang dihuni oleh 3 orang pelajar dan sebuah kereta yang menjadi kerendaan ke sekolah. oleh sebab itu, diamond high hanya memiliki 500 orang pelajar sahaja.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now