🏷️ ❛ 14 ༉‧˚ ·

104 29 0
                                    

[double update sebab rajin 🐣]
media 🎥 : lagu yang huda dengar masa tulis chapter ni. hah sambung la bacaaa hiks.


bup!

nombor yang awalnya 0 bertukar menjadi 16229! kini, semua yang disitu terlopong kecuali ain. ain mengipas tangannya yang kebas. kuat sangat dia tumbuk sampai kebas tangan.

"er, hehe mesin ni rosak kot" kata ain apabila melihat nombor 5 digit tersebut.

"dah jom habiskan token ni. lepas tu kita balik. dah lewat ni" ain mendapatkan kawannya dan berlalu meninggalkan afiq dan kawannya.

"kuat gila adik kau afiq" puji khai mengakhiri situasi janggal itu.

"nasib je tu" kata haris tidak puas hati. rekodnya dah dipotong huhu. dengan perempuan lagi tu. hah, jangan pandang rendah dengan kaum wanita hihi.

ain berjalan kearah sebuah claw machine. seekor patung beruang menarik minatnya.

"ain. token tu tinggal 9 kan? kau kasi habis la. aku dengan syasya tunggu kat luar" kata mairah.

"okeyy" jawab ain. dia tersenyum dan mula memasukkan 1 token kedalam claw machine tersebut. setiap percubaan sentiasa gagal.

"alahhh terlepas!"

"tidakk"

"aduii tangkap angin"

"aaaaaaaaa!"

"please please please"

"okay fine!"

ain melihat baki token ditangannya. hanya bersisakan 2 keping token. uish, banyak juga ain main.

"kalau aku dapat kau aku peluk peluk kau!" kata ain sendirian yang mungkin ditujukan kepada patung tersebut.

"jika kau fikirkan kau boleh! kau boleh melakukan!" sempat ain menyanyi sebelum memasukkan kepingan token kedalam mesin tersebut. ditutup matanya dan ditekan butang merah yang bertulis 'go'.

ain membuka matanya. matanya masih dapat menangkap patung beruang idamannya.

"gagal lagi" kata ain sendirian. dia menunduk kerana mendengar sesuatu yang jatuh.

"eh, ni patung arnab. hm, aku nak beruang tu jugak" tekad ain. patung arnab itu diletakkan di bangku yang kebetulan ada disebelahnya. dengan bersisakan satu token, ain akan berusaha sedaya umpayanya demi mendapatkan patung impiannya.

token dimasukkan dan permainan pun bermula. apabila puas dengan sudut yang menempatkan patung beruang tersebut, ain sekali lagi menutup matanya dan menekan butang merah tersebut. ain segera menunduk. dia mendengarkan bunyi patung jatuh.

"alamak" ain kecewa melihat patung yang jatuh merupakan patung animasi iron man.

ain ingin keluar dan mencari syasya dan mairah. niatnya terbatal apabila mendengarkan bunyi tangisan anak kecil yang tak jauh darinya. ain berpusing 180 darjah mencari arah datang suara tersebut. matanya menangkap seorang ibu mengendong seorang anak perempuan dalam linkungan 2 ke 3 tahun. ain menyapa gadis kecil itu.

"alalalala kenapa awak nangis ni" sapa ain dengan mesra.

"dia nak anak patung tu. tapi aunty dah main banyak kali. tak dapat dapat" ibu kepada gadis tersebut membalas pertanyaan ain setelah pasti ain merupakan orang baik.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now