🏷️ ❛ 4 ༉‧˚ ·

154 37 6
                                    

"binti what!?" jerit wanie memotong percakapan ain.

"binti farhan" afiq menjawab.

"ada apa apa masalah wanie?" soal cikgu kamal. selain guru matematik, cikgu kamal juga merupakan guru kelas 5 star.

"twin?! omg!" kata wanie tidak puas hati. aduh terimalah takdir cik adik oi.

"kau lambat la wanie. satu kelas dah tahu" sindir haris. tulah datang lambat lagi.

"but, why?" soal wanie tidak percaya.

"tanya encik farhan ya wanie. sekarang kelas matematik bukan sejarah encik farhan. nak tahu lebih boleh berhubung dengan ain dan afiq atau direct tanya encik farhan" balas cikgu kamal pedas. huh tembus.

"apa tadi.. oh, ain qaisara. awak boleh duduk sebelah haris memandangkan memang situ sahaja yang kosong" sambung cikgu kamal. ain menelan air liur.

'aduh. mati la aku' bisik hati ain.

"ain? ada masalah?" tanya cikgu kamal apabila ain tidak memperlihatkan pergerakan untuk duduk.

"what!? its okay cikgu. biar saya je yang duduk sebelah haris. ain bleh duduk tempat saya" tawar wanie. sesungguhnya, dia tidak boleh membiarkan sesiapa duduk disebelah lelaki idamannya.

"wanie. duduk tempat awak. saya sengaja letak awak kat situ supaya awak tak ganggu pelajar lain" balas cikgu kamal. seisi kelas menggelakkan wanie. wanie hanya menjeling dan menahan malu.

"kita akan sambung pelajaran semalam pada hari ini" sambung cikgu kamal apabila ain mulai bergerak ke tempat duduknya.

'aduh minah ni lagi. tak hidup la aku' bisik haris.

posisi meja kelas 5 star membentuk pasangan. disebablan bilangan pelajar yang ganjil sebelum ini, akan ada seorang pelajar yang bersendirian tanpa tablemate dan org tersebut ialah haris.

haris memang tidak suka berpasangan. dia lebih memilih duduk sendirian di meja belakang. pasangan depan haris merupakan rakannya sendiri iaitu afiq dan khai. jadi takdelah alone sangat.

setibanya ain di mejanya, dia duduk dan automatik memandang kearah cikgu tanpa menghiraukan manusia yang dianggap gangguan di sebelahnya. mereka belajar sehingga waktu rehat.

🌼🌼🌼

"untung la kau ain dapat duduk dengan budak hot" kata mairah sambil memuncungkan mulutnya

"betul. bukan sorang tapi tiga orang beb! plus duduk belakang twin. pergh!" sambung syasya. aik, dia pulak yang happy.

"tapi asal kau tak happy?" kata mairah apabila menyedari ain kekal menunduk.

"aku tak nak duduk sebelah haris" balas ain meluahkan ketidakpuasan hatinya.

"kenapa ain taknak duduk sebelah haris?" tanya afiq yang sedari tadi mendengarkan perbualan mereka.

ain hanya mendiamkan diri. dia tahu haris tahu jawapan pada soalannya.

"ain, haris memang macam tu. tak perlu la merajuk lama lama. cuba ain maafkan dia. nanti hati ain sendiri yang tenang. kalau ego jumpa ego siapa nak menang?" pujuk afiq.

dia tidak suka melihat adiknya bermusuh dengan kawan baiknya. ain mencerna kata kata afiq. ada betulnya juga kata abangnya.

"pasal tu je kau taknak nampak muka aku?" sergah haris yang sedari tadi mendiamkan diri. aduh hormat la privasi orang. kenapa nak dengar hendap hendap guys. waduh.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now