🏷️ ❛ 20 ༉‧˚ ·

85 27 0
                                    

ain termenung sendirian. sejak dia balik dari hospital, dia banyak termenung dari biasa.

throwback

"so, aku nak kau jadi girlfriend aku"

senyuman ain lama kelamaan hilang. dia mencubit dirinya untuk memastikan sama ada itu mimpi atau tidak.

"bukan mimpi la ain oii" kata haris apabila melihat perlakuan ain.

"er, aku rasa ada something wrong la jadi kat kepala kau lepas terhantuk ni. kejap aku panggil doktor balik" kata ain lalu bangun dan berura ura untuk memanggil doktor.

haris memegang tangan ain yang berlapik dengan baju untuk menahannya.

"duduk balik. aku serius ni" kata haris. ain menelan air liur.

"tapi kenapa tiba tiba?" soal ain kebinggungan.

"sebab itu jer cara untuk aku lari daripada wanie. dah tak larat aku dia terhegeh hegeh kat aku. kau pun nak lepas dari firdaus kan?" haris menyoal ain. ain berfikir. memang dia nak. tapi pasti ke ni cara yang terbaik? macam macam yang bermain dipikiran ain.

"jangan la banyak fikir. kita bukannya betul betul couple. just untuk puaskan hati dorang and stop kacau kita. aku taknak paksa kau. kalau kau taknak aku tak boleh buat apa" kata haris apabila melihat ain kesulitan membuat keputusan.

"tapi, aku harap kau fikirkan la" sambung haris lagi.

end throwback

"ain! kau okay tak? kau sakit eh?" soal mairah apabila melihat ain yang dari tadi termenung.

"haah. kalau kau sakit tidurlah dulu. tak payah la masak. nanti kitaorang belikan makanan dari luar" kata syasya prihatin.

"taklah. aku okey cuma penat je. aku naik dulu eh" kata ain lalu menaiki tangga naik kebiliknya.

syasya dan mairah saling berpandangan. mereka dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh ain.

🌼🌼🌼

ain, mairah dan syasya bercadang untuk kekedai buku selepas kelas untuk membeli buku rujukan yang diminta oleh cikgu kamal. mereka bercadang untuk menaiki kereta mairah ke kedai tersebut.

perjalanan mengambil masa selama 5 minit untuk sampai ketujuan mereka. mairah mula memakir keretanya. semua turun dan masuk kebangunan 3 tingkat tersebut.

"korang selalu beli barang kat sini?" soal ain. ini pertama kali dia datang kekedai tersebut.

"selalu. setiap kali nak cari barang kat kedai ni la" terang mairah.

"kat tingkat satu semua alat tulis. tingkat dua ada buku cerita, novel, komik dengan majalah. tingkat tiga baru ada rujukan sekolah" sambung mairah lagi.

"jom pergi tingkat dua dulu. aku nak cari novel" ajak ain. mairah dan syasya bersetuju mengikut ain. mereka mendaki tangga ketingkat dua.

**sementara itu situasi afiq, haris dan khai.

"kau nak beli buku tu kat mana ni?" soal khai kepada haris. mereka juga mencari bahan rujukan di arahkan oleh cikgu kamal bersama sama menaiki kereta haris.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now