🏷️ ❛ 8 ༉‧˚ ·

111 35 0
                                    

"ain!" jerit afiq memanggil adiknya. mereka berlima belari kearah ain. yang pertama menghampiri ain ialah afiq.

afiq masih mendengar suara tangisan ain walaupun perlahan. perasaannya bercampur campur. perasaan sedih melihat adiknya dan menyesal kerana tidak bersama adiknya saat dibuli duli.

"ain.. ni afiq. ain okay tak?" soal afiq prihatin. ain menggeleng tanda tidak.

"kenapa, cuba cerita" sambung afiq bila ain menunjukkan respon. ain memeluk afiq. afiq menepuk belakang ain untuk memujuknya. twin goal.

"ain tak patut cakap macam tu dekat perempuan tu" luah ain sambil menangis. tangisannya tidak dapat ditahan. mairah dan syasya semakin rapat.

"bukan salah ain. memang wanie macam tu. bagus jugak la ain cakap macam tu" pujuk syasya dengan berhati hati.

mairah disebelah syasya mengangguk tanda setuju. ain menghentikan tangisannya dan melepaskan pelukannya.

"a-aku yang salah" potong haris. semua memandang ke arah haris termasuk ain.

"kalau aku ajar je wanie soalan fizik tu mesti dia tak cakap kat ain macam tu" sambung haris. matanya yang sedari tadi memandang tanah dialihkan memandang ain.

"sorry ain, afiq" kata haris ikhlas. afiq terdiam. pertama kali dalam sejarah haris meminta maaf tanpa paksaan.

"takpelah haris. bukan salah kau. lepas ni aku kena belajar untuk lawan trauma aku" baru sahaja afiq ingin menjawab, ain lebih pantas untuk membalas haris.

bagi ain, hanya dirinya yang salah kerana tidak berjaya melawan traumanya. afiq tersenyum. dia bersyukur ain menjadi dirinya semula.

"dah, jom masuk kelas" kata ain sambil berdiri dan menarik tangan mairah dan syasya.

"eh, kelas ditunda. cikgu azman ada hal" kata khai yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

khai memang pendiam. hanya bercakap dengan orang tertentu. beberapa orang selalu menjadi mangsa bluetick khai.

"ain. aku dengan syasya dah lama tak makan ais krim. jom lah ikut kitaorang" ajak mairah. ain meletakkan tangannya didagu tanda berfikir.

"aku ikut kalau syasya bawak kereta" kata ain tersenyum jahat memandang syasya. syasya membulatkan matanya.

"hm. aku jadi mangsa. okaylah. demi ain aku bawak kereta" balas syasya. mahu tidak mahu memang syasya la kena bawak kereta.

"korang macam mana?" tanya ain kepada afiq, haris dan khai. sibuk merancang, tidak sedar ada 3 patung yang mendengar perancangan mereka.

"er, kitaorang pun ada rancangan jugak. haa jangan lupa turun latihan. bye" kata afiq sambil melambai tangannya dan terus menarik haris dan khai.

ain melambai lalu menarik syasya dan mairah ketempat parkir kereta.

situasi afiq, haris dan khai.

"woi woi apa tarik tarik ni. dah macam gegirl la" kata haris lalu melepaskan pegangan afiq.

"hehe. kita nak pergi mana ni?" kata afiq lalu melepaskan tangan khai yang masih dipegangnya.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now