🏷️ ❛ 28 ༉‧˚ ·

94 28 3
                                    

"ain nak pergi mana lagi?" soal afiq kepada ain yang leka menggosok tudung. hari hari berjalan homework tak reti buat.


eleh, macam korang buat homework pulakkan?

"nak pergi funfair malam ni. mairah dengan syasya yang ajak" jawab ain. siap ditambah lagi nama yang menganjurkan aktiviti hari ni.

"oh.. nak ikut?"

"boleh. tapi afiq bawaklah khai. kalau tak nanti afiq sorang je boy" jawab ain lagi. tangannya masih fokus mengosok tudungnya.

"okayy. afiq ajak khai dengan haris sekali" kata haris lalu keluar dari bilik ain. ain terdiam mendengar nama yang keluar dari mulut afiq.

siapa lagi kalau bukan haris. otaknya memutarkan semula ayat yang terakhir disebut oleh haris.

'thankyou ajar aku harini. kalau tak sampai bila bila aku tak pandai main. once again, thankyou ain'

ain tersenyum sendiri. entah apa istimewanya ayat tu yang dapat buat ain tersenyum. mungkin sebab cara haris berterima kasih?

mungkin.

"astagfirullah ain! kenapa kau semakkan otak kau dengan mamat haris tu?" ain menyalahkan dirinya.

"cukuplah minah wanie tu je yang sibuk fikir pasal dia" kata ain lagi.

auch.

sedar dirinya sedang mengumpat, ain terus menyambung mengiron tudungnya. nasib baik dia guna iron steam. kalau tak dah lama hangus tudung.

🌼🌼🌼

"ain! afiq!" jerit mairah memanggil nama kedua kembar itu. memang ain ada melaporkan yang mereka bakal mendapat beberapa peserta baru untuk mengikuti aktiviti mereka hari ini.

"haii! dah lama ke korang sampai?" soal ain apabila melihat tangan syasya yang dipenuhi dengan macam macam makanan. nasib takde jual power cat.

"baru je sampai. tapi tadi aku belum parking lagi syasya dah sibuk turun beli makanan. sekali pandang dah macam ikan pirana tak makan setahun" kata mairah. apa dia ingat syasya pekak ke? sedap je dia mengutuk.

"khai dengan haris mana? tadi masa kitaorang on the way pergi sini dia ada call cakap dah sampai" soal afiq pula.

"oh, tadi diorang cakap nak tukar token" jawab syasya sambil menyuap sebatang keropok lekor yang dibelinya tadi. dia ni memang tak makan kutukan orang ke atau pekak?

"hah tu dorang panjang umur" mairah menunjukkan kearah 2 sosok tubuh yang berjalan kearah mereka.

"eh, tetamu VIP kita dah sampai" kata khai seakan menyindir. kalau lambat 5 minit tu dia boleh terima jugalah. ni lambat 30 minit dah. memang tak boleh jadi askar dorang ni.

"ceh, bukan VIP. VLP. very late person" kata haris membetulkan fakta khai.

"sorrylah bro. ain ni sibuk nak mandikan kucing dia lah, nak bagi makan lah. bermisai aku tunggu" kata afiq lalu menunjukkan jarinya kearah ain.

"siapa cakap? kalau afiq tak sibuk push rank tadi, takdenya kita lambat eh" kata ain tidak puas hati. memanglah dia ada mandikan comot. tapi itu bukan menjadi punca utama mereka lambat.

"hah dua dua sama. so, first game apa kita nak main apa?" soal syasya apabila semua makanannya habis masuk keperut. kuat makan tapi kurus. hmph.

"aku cadangkan pembukaan ni kita masuk rumah hantu" soal mairah tanpa sedikit rasa takut.

"aku setuju" kata khai.

"lelaki sejati pantang menyerah" kata afiq dengan poyonya.

"aku ikut jer" kata ain bersetuju. tapi sebenarnya dalam hati berdoa berbakul bakul supaya ada yang membantah. sungguh dia tak bawak seluar lebih kalau terkencing dalam seluar. huhu

 Ain Izairie Where stories live. Discover now