🏷️ ❛ 18 ༉‧˚ ·

93 24 0
                                    

media 🎥 : marilah bersendu hehe. gurau gurau.


"apa kau buat semalam!? nasib baik budak afiq tu cover dia. kalau tak dah lama boyfriend aku hilang kaki!" marah wanie kepada firdaus.

"rilek ah. aku pun nak menang game semalam. boleh pulak kalah dengan team dorang semalam. habis kitaorang kena denda dengan coach" firdaus membalas.

"kau dah jumpa kan betina ain tu? make sure dia milik kau" kata wanie memperingatkan firdaus. dia terpaksa mengunakan firdaus untuk mendapatkan haris.

"sedap kau je panggil dia betina. untuk pengetahuan kau, dia tu 10 kali ganda lagi cantik dari kau tau" kata firdaus jujur.

"euww. what ever. kau buat kerja kau. kalau tak aku tarik balik duit aku" ugut wanie.

"dont worry la. she will be mine"

🌼🌼🌼

ain bermain dengan jarinya. dia gementar. sudah lama dia tak mengikuti pertandingan sejak dia keluar dari team lamanya.

"kau okey lah ain. dengan tangan magnet kau tu, aku yakin kau boleh buat punya" syasya cuba mengembalikan semangat ain.

"haah. afiq tahu ain boleh punyalah" kata afiq menyokong adiknya.

disebabkan ain, mairah dan syasya datang ke perlawanan bola semalam, afiq, haris dan khai juga memutuskan untuk datang dan melihat pertandingan bola jaring mereka. kaki afiq takdelah teruk mana. dia masih boleh berjalan walaupun lebam.

"peserta diminta untuk bersedia kerana perlawanan akan berlangsung 3 minit dari sekarang" kata juruacara majlis tersebut.

ain, mairah dan syasya menyertai pasukan mereka untuk memanaskan badan. tak lama selepas itu, perlawanan pun bermula.

tidak seperti perlawanan bola semalam, golden team kini mendahului dengan 3-0. wisel ditiup untuk kali kedua menandakan mereka sudah bermain separuh masa. semua permain keluar dari gelanggang untuk berehat.

"ain, are you okay? kenapa main macam tak sarapan ni?" soal cikgu zila prihatin apabila melihat prestasi buruk ain.

ain mengangkat bahunya tanda tidak tahu. dia sendiri tidak tahu kenapa dia bermain seperti itu. tangkap bola tak dapat. pass bola dekat pihak lawan dan yang paling teruk, ain masuk ke kawasan D.

haris, afiq dan khai datang menghampiri diamond team.

"cikgu, izinkan kami jumpa ain, mairah dan syasya?" tanya afiq lembut. sengaja dibawa sekali kawan kawan ain supaya dapat tolong memujuk ain.

"jangan lama. lepas ni dorang nak main tu" kata cikgu zila mengizinkan. dia tahu hanya afiq yang dapat membantu menyelesaikan masalah kembarnya.

mereka berenam berjalan kearah sebuah sudut gelanggang tersebut. afiq bercadang nak bawak hirup udara segar memandangkan gelanggang tersebut indoor. tapi dibatalkan niatnya kerana kesuntukkan waktu.

"ain, what happen? ain okay tak? ke ain sakit?" afiq mulai bertanya. ain menggeleng lama kelamaan ain merasakan kelopak matanya membahang. butiran air jernih jatuh membasahi pipinya.

"ain takut. ain rasa down sangat. nak pegang bola pun tak boleh" luah ain sambil menangis. afiq memeluk adiknya memberi kekuatan.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now