🏷️ ❛ 11 ༉‧˚ ·

120 29 2
                                    

media 🎥 : song yang ain nyanyi.

hari ini, afiq bangun seperti biasa. tapi keadaan tekaknya luar biasa. dia tidak merasa sakit yang mencucuk cucuk seperti semalam malah terasa amat segar. kerana perasaan ingin tahu, dia mencuba suaranya.

"test suara 1,2,3"

"jap. ini suara aku ke!? dah macam suara doraemon dowh!" jerit afiq. memang ubat tradisi ain tu berkesan. tapi memang tekak afiq yang kritikal. tapi better la dari semalam. sekarang dah upgrade ada suara. cuma persis doraemon.

"macam mana aku nak nyanyi malam ni" kata afiq sendiri. dia pantas mencapai telefonnya dan mencari contact haris.

"haris. fikri ada rumah?" tanya afiq tanpa memberi salam.

"doraemon mana curi telefon afiq ni? macam mana kau kenal kawan aku" haris membalas.

"doraemon lutut kau. ni aku lah" panas afiq. hatinya bertambah panas apabila mendengar haris bergelak ketawa dari corong telefon. nasib telefon tu afiq punya. kalau tak dah lama jadi arwah.

"aku tanya jawab la. sibuk ketawa"

"okay okay. fikri takde. esok baru dia balik. apahal?" jawab haris dengan tawanya yang masih tersisa.

"okay. cun. 10 minit aku sampai" afiq terus meletak panggilan. dia mengelak daripada mendengar alasan hampeh haris.

afiq segera mencapai tuala dan masuk kebilik air. sehelai hoodie dan seluar track digunakan. dilengkapkan dengan cap memandangkan matahari pagi sudah menyinari bumi. kunci kereta diambil dan segera kerumah haris dan khai yang tidak jauh dari rumahnya. kan satu taman.

lebih kurang 5 minit dia sampai didepan rumah yang dituju. loceng ditekan dan pintu terbuka. afiq memberi salam lalu masuk kerumah tersebut. kedengaran suara khai dan haris mengekek ngekek ketawa.

baru beri salam dah ketawa. ada hati nak nyanyi untuk diamond star. hmph. nanti tak pasal pasal jadi maharaja lawak mega dibuatnya.

"haa duduk duduk. aku tau kau belum sarapan. ni aku buat roti bakar" pelawa khai. ketawanya cuba dikawal. kang nanti penumbuk naik singgah kat muka kang.

"mimpi apa kau malam tadi datang sini pagi pagi?" tanya haris apabila dia yakin tawanya sudah berakhir.

"kau ni betul nak suruh aku menyanyi malam ni dengan suara doraemon ala ala nobita ni?" sindir afiq sambil menguyah roti yang disediakan khai. dari malam tadi perutnya hanya kenyang disebabkan air yang diminum petang semalam. terkencing kencing dibuatnya.

"betul jugak kau dah cakap dengan ain pasal benda ni?" tanya haris sambil menyapu jam strawberry di permukaan rotinya.

"eh, jangan jangan. nanti dia seksanya aku dengan ubat tradisi dia yang pelik tu" terang afiq.

"habis apa aku boleh tolong?"

"kau... yang nyanyi boleh?" tanya afiq berhati hati.

"jangan buat lawak wei. kau pun tau kan ak--"

"glossophobia? itu sebabnya? bro, kau pun tau kan benda tu boleh hilang kalau kau lawan?" afiq laju memotong. haris melarikan padangan matanya. sungguh dia belum sedia untuk menangani fobianya.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now