🏷️ ❛ 15 ༉‧˚ ·

100 30 0
                                    

media 🎥 : lagu yang takde kena mengena dengan story 👻.


ain menguap seluas lautan pasifik. bukan sebab kurang tidur. sebab mendengar ucapan pengetua yang panjang lagikan lebar.

"inikah yang dicakap sepatah dua kata" kata mairah tidak puas hati. memang dah jadi kebiasaan pengacara majlis akan cakap 'dijemput tuan pengetua bagi menyampaikan SEPATAH DUA KATA'. tapi hakikatnya berkata kata.

sekali lagi ain menguap besar. bezanya, kali ini dia menutup mulutnya tidak membenarkan syaitan masuk kedalam mulutnya. bila dipikirkan lagi kelas tahanan cikgu fiza, makin mengantuk dibuatnya. ini semua sebab haris. kalau mamat tu ada kesabaran, takdenya dia kena menghadiri kelas tahanan tersebut. apakah nasib.

lebih kurang sepuluh minit juga baru perhimpunan tamat.

"ain, kiraorang balik dulu eh. good luck!" kata mairah sempat diselitkan kata kata semangat untuk menyokong sahabatnya yang tidak bersalah tersebut.

ain berjalan ke bilik guru dengan longlai. dapat dia bayangkan katilnya yang menunggunya dirumah.

"aku benci kau" kata ain sendirian.

"kau benci siapa lagi" soal haris yang berjalan di sebelah ain.

"haris izairie" jawab ain. dia belum menyedari bahawa individu yang berjalan disebelahnya adalah orang yang dia umpatkan. haa tulah mengumpat lagi.

"kenapa benci aku?"

"sebab kau..." ayat ain terhenti apabila mendengar perkataan 'aku'. dia menoleh kesebelah dan melihat haris yang berjalan bersamanya.

"kenapa kau dekat sini?" soalan yang kurang pintar diajukan.

"kau ni mabuk ke apa? kita sama sama kena denda. kalau kau nak ganti tempat aku boleh jugak. lagi senang kerja aku" kata haris dengan ura ura ingin balik.

"jangan nak mengada. kau punca kita kena stay kat sekolah" marah ain. entah sampai bila la dia nak berdendam dengan haris.

"hm, yalah aku mintak maaf. senyum la sikit. takkan sebab tu jer kau marah macam aku buat kau kena buang sekolah" pujuk haris.

"aku lagi kesian tau. lepas kelas ni, aku kena stay lagi untuk latihan bola sepak tau. kau untung terus balik" sambung haris. nada suaranya sengaja disedihkan.

"kenapa ada latihan?" soal ain ingin tahu. melihat ain sudah menunjukkan minat, haris tersenyum. senang jer nak pujuk ain. memang ain tak sama dengan perempuan lain. dia lebih matang dalam bidang emosi walaupun berperangai seperti kanak kanak 7 tahun.

"sebab 3 minggu dari sekarang ada perlawanan persahabatan dengan golden high. musuh kitaorang. jadi mestilah mulakan latihan dari sekarang" terang haris dengan lembut. jarang jarang haris jadi lembut. mungkin sebab dia rasa selesa bercakap dengan ain. mungkin.

"oh" jawab ain pendek. mereka berdua telah sampai dihadapan bilik guru. bilik guru diamond high amat besar biarpun memiliki guru sebanyak 13 orang dan 2 staf. keselesaan guru mesti menjadi keutamaan. gurukan pemberi ilmu.

ain dan haris masuk serentak. leher dipanjangkan untuk mencari kelibat cikgu fiza.

"ni meja cikgu fiza. tapi dia takde" kata haris yang lebih tahu selok belok di bilik guru itu berbanding ain. memanglah ini baru first year ain kot.

"cikgu ada tinggal kan note" kata ain sambil mengambil sticky note yang tertampal dimeja guru tersebut.

ain dan haris boleh ambil kertas dalam laci cikgu. tulis surat mintak maaf atas kesalahan kamu dalam 200 patah perkataan. boleh lebih jangan kurang. kalau dah siap, salin balik surat kamu tu 10 kali. hantar SATU dahulu sebelum pulang. lagi sembilan cikgu nak esok sebelum kelas mula. -salam sayang, cikgu fiza.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now