🏷️ ❛ 19 ༉‧˚

88 29 0
                                    

ain memakir keretanya didepan royal hotel. sudah lama rasanya tidak menjejakkan di hotel tersebut. afiq juga memakir keretanya disebelah kereta ain.

"so, sekarang macam mana?" soal haris apabila turun dari kereta.

"jom masuk" ajak ain. dia membawa sekotak kek ditangannya. baru sahaja dia masuk kehotel tersebut, seorang wanita menegur mereka.

"eh, ain dengan afiq datang la. nak jumpa ayah eh?" soal wanita tersebut yang dikenali sebagai kak fiya.

"haah. ayah ada tak kak fiya?" soal ain mesra. kak fiya merupakan setiausaha ayahnya. jadi ain dan afiq memang rapat dengan kak fiya tu.

"ada. masuk la bilik dia" jawab kak fiya sambil tersenyum.

"jom" ajak ain. mereka berenam menggunakan lif untuk naik ke tingkat 5 yang menempatkan bilik ayahnya. mereka berhenti di depan pintu.

"kenapa tak masuk?" soal syasya apabila mereka hanya berdiri dihadapan pintu.

"ni kan suprise, jadi mestilah buat gaya suprise" kata ain lalu mengeluarkan telefonnya.

nombor ayahnya dicari lalu diletakkan di telingganya.

"hello ayah. ayah sibuk?" ain memulakan perbualan.

"nope. kalau untuk ain ayah free. haa kenapa call tiba tiba ni" jawab ayahnya.

"ain ada minta tolong kak fiya hantar sesuatu depan bilik ayah. ayah keluar lah tengok" kata ain. suaranya dibuat comel.

"okay. ayah tengok sekarang" balas encik farhan lalu bergegas ke pintu untuk melihat 'sesuatu' yang dikatakan ain. dia membuka pintu.

"suprise! happy birthday to you. happy birthday to you. happy birthday to encik farhan. happy birthday to you!" nyanyi keenam enam mereka.

encik farhan terus memeluk anaknya. dia terharu. kerana terlalu sibuk, dia sendiri lupa akan hari jadinya.

"thankyou semuanya. dah jom masuk semua" ajak encik farhan.

mereka masuk kebilik kerja encik farhan untuk makan kek bersama sama.

🌼🌼🌼

"so, jom kita makan! aku lapar" ajak ain apabila keluar dari royal hotel.

sepatutnya mereka makan bersama encik farhan. namun, ayahnya perlu menghadiri mesyuarat yang amat penting.

"jom kita pergi kfc. dah lama aku tak pergi" kata khai. jarang jarang khai mengajak. jadi kalau dia dah ajak memang dia dah craving gila la tu.

"boleh. tapi kau belanja" kata haris bergurau.

"hm, yelah" khai menjawab pasrah.

"alhamdullilah. jumpa kat kfc kat depan tu" kata ain lalu segera masuk kekereta diikuti syasya dan mairah. rezeki jangan ditolak.

haris dan afiq juga begitu. laju masuk kereta. niat nak bergurau tapi betul betul pulak dia nak belanja. mereka memecut pergi ke kfc yang dikatakan.

mereka parkir dan bersama sama berjalan kedalam kfc tersebut. meja panjang 6 orang dipilih. syasya dan mairah menawarkan diri untuk mengambil pesanan. afiq segera ketandas kerana perutnya rancak bermain drum.

tinggallah ain, khai dan haris. khai memerah otaknya bermain game brain out manakala ain leka melihat post post baru di akaun instagramnya. haris juga membuka aplikasi instagram. namun matanya memandang ain yang duduk dihadapannya. dirinya takut ain akan menjadi mangsa firdaus.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now