🏷️ ❛ 10 ༉‧˚ ·

113 31 2
                                    

warning ⚠ : jangan ditiru tutorial dalam bab ni.


"kau makan apa sebelum tidur semalam" soal haris pula. afiq menepuk dahinya.

'aduh ni mesti sebab aku lupa minum air lepas makan gula gula' bisik hati afiq.

"g,,ul,a ggg-----" afiq tidak dapat menghabiskan ayatnya. apa yang dia cuba sampaikan langsung tidak difahami oleh haris dan khai. afiq mengeluarkan telefonnya dan menaip sesuatu

semalam lepas aku makan gula gula aku lupa minum air sebelum tidur.

haris dan khai membaca dengan teliti.

"oh. biasanya 3,4 hari hilang lah tu. banyakkan minum air suam" balas khai.

"jap. 3,4 hari. macam mana afiq nak nyanyi malam esok!" sambung khai selepas mengingati bahawa besok merupakan hari dimana diamond star berlangsung. afiq menunjukkan gaya yang bermaksud 'haa itu la masalahnya'.

"adududu dorang yang lain dah tau belum" soal haris cemas. afiq menggeleng.

"jom!" sarapan pagi ditinggalkan. wei! penyanyi utama hilang suara dah kes masalah negara.

dikelas 5 star

ain dan mairah bertugas menyapu sampah manakala syasya fokus membuat kerja sekolah yang belum disiapkan semalam.

bunyi hentakan kaki yang seperti belari menuju kearah kelas kedengaran. terpapar la wajah 3 sekawan didepan pintu kelas.

"eh, awal korang pagi ni" sapa ain. selalunya, 10 minit lagi kelas nak mula baru datang. harini 30 minit lagi baru kelas mula dah depan pintu. ajaib bin pelik.

"cuba tanya abang kau sebab kitaorang tak sarapan lagi dah masuk kelas" kata haris sambil tercungap cungap.

"haa, kenapa afiq?" tanya ain tidak berlapik.

"a,,,ku ta,,,,,,k--------"

"haa? apa afiq cakap ni. ain tak dengar lah" potong ain. jangan nak kata perkataan, satu huruf pun tak mampu disuarakan.

"itulah masalahnya. suara abang engko ni dah sampai jepun. entah bila nak balik" sindir haris.

"haa? tak faham" jawab ain. dahinya berkerut untuk memahami sindiran haris.

"suara abang kau dah takde. malam tadi dia makan gula gula tak ingat nak minum" terang khai ringkas dan padat.

"oh.. bila dia dapat suara dia balik? malam ni?" soal ain membuatkan semua yang berada disitu menepuk dahi. kritikal sangat kebodohan ain ni.

"tak semudah itu. paling cepat suara yang serak baik 3,4 hari gitu" khai dengan sabar menjawab soalan ain.

"oh. eh, jap. bukan diamond star tu malam besok ke?" soal ain tidak menunjukkan reaksi cemas.

"ITU LAH SEBABNYA KAMI TINGGALKAN SARAPAN AIN QAISARA BINTI FARHAN.NAK BINCANG PASAL BENDA NI LA. MACAM MANA NAK PULIHKAN SUARA AFIQ SEBELUM DIAMOND STAR?" haris tidak dapat menahan sabarnya. mungkin ain masih belum sedar sepenuhnya dari mimpinya.

"okay, faham faham. nanti lepas kelas kita bincang cara nak perbaiki suara afiq eh. sekarang ni, aku nak menyapu. jadi tolong tepi sikit" kata ain lalu kembali fokus pada kerjanya.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now