🏷️ ❛ 22 ༉‧˚ ·

113 27 8
                                    

[dah berapa hari tak update sebab banyak homework. sowiyy😔]
p/s : chappter ni dah mula merapu macam ikan kerapu 🐟
media 🎥 : sad song // online class hm ;)

ain, syasya dan mairah berjalan kearah dewan kerana perhimpunan bulanan akan berlangsung. diamond high mempunyai 2 jenis perhimpunan rasmi. mingguan dan bulanan. kebiasaanya, perhimpunan bulanan akan membincangkan laporan bulanan, info terkini dan ucapan pengetua sahaja.

"hadirin yang dihormati sekalian. majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput cikgu Z untuk menyampaikan ucapannya. majlis dengan segala hormatnya mempersilakan" kata juruacara majlis tersebut. cikgu Z naik kepentas apabila mendengar namanya disebut.

"cikgu malas nak cakap banyak. just nak umumkan yang Kejohanan Liga Sukan tahun ini akan ditunda selepas cuti pertengahan bulan mac ini. selain itu, pihak atasan juga menambah beberapa sekolah tambahan untuk menyertai kejohanan tahun ini. itu sahaja daripada saya. sekian terima kasih" terang cikgu Z ringkas.

"apa tu Kejohanan Liga Sukan?" soal ain dalam nada berbisik. tipulah kalau tak pernah berbual masa perhimpunan.

"kejohanan sukan yang melibatkan setiap team dari setiap sekolah under high community. antara sukan sukannya macam net ball, bola sepak, bola keranjang dengan hoki" terang syasya panjang lebar.

"high community tu apa pulak?" soal ain lagi. tak boleh ke tunggu perhimpunan habis baru tanya?

"pusat yang menubuhkan sekolah sekolah macam diamond high, golden high, crystal high and ruby high. semua tu high community yang tubuhkan" jelas mairah pula. suaranya dikecilkan takut menggangu orang disitar mereka.

"oh, nama pusat. aku ingat komuniti tinggi tadi. tu yang aku pelik tadi" kata ain sambil tersengeh. penat je translate. rupanya nama pusat.

mereka bersurai apabila perhipunan bulanan berakhir.

🌼🌼🌼

ain khusyuk membaca novelnya sementara menunggu kelas dipenenuhi pelajar. dia hanya mengenakan baju sukan memandangkan hari ni merupakan aktiviti gotong royong diamond high. esok, mereka akan pulang kerumah kerana cuti pertengahan bulan mac akan bermula.

haris memandang ain. dia memandang wajah yang sedang fokus itu. fokus sangat ni sampai kalau ada gempa bumi pun dia tak sedar ni.

tit tit.

telefon ain berdering menandakan mesej masuk. ain menutup bukunya dan melihat notification yang masuk ditelefonnya. nombor yang tidak dikenali.

unknown :
perampas boyfriend orang! what you give you'll get back!

ain menghela nafasnya. masuk kali ni dah 7 kali nombor yang sama menghantar pesanan yang berunsurkan 'perampas'. dari mana orang tu dapat nombornya dia pun dia tak tahu.

haris yang perasan dengan perubahan wajah ain terus merampas telefon ain. dia melihat nombor tersebut dan membaca pesanan yang dihantar.

"kau ni. hormat la privasi orang. jangan la main rampas je telefon orang" marah ain lalu mengambil kembali telefonnya.

"asal kau tak block je nombor tu" tanya haris dingin. dia tahu pemilik nombor telefon tersebut. sengaja dirahsiakan pemilik nombor tersebut daripada ain.

"malas. manatau nanti dia mintak maaf dengan aku time raya? hehe everyone ada peluang kedua untuk berubah" balas ain lalu sambung membaca bukunya.

haris memandang ain penuh tanda tanya.

 Ain Izairie Where stories live. Discover now