Jungkook bawa kucing peliharaanya itu pergi ke supermarket. Sebenarnya haiwan tidak dibenarkan untuk bawa masuk ke dalam.
Oleh kerana taetae si kucing peliharaan jungkook itu nak ikut juga, mahu tak mahu jungkook harus bawa dia.
Sampai sahaja di supermarket, jungkook cuba mencari tempat khas makanan kucing.
Perlahan kepala kucing itu keluar dari beg jungkook. Jungkook perasaan akan itu, tetapi dia cuba menekan kepala kucing itu untuk kekal didalam beg
"Meow!!"
Jungkook berhenti."Yak, taetae senyap boleh tak! Tak pasal-pasal nanti security tangkap kita."
Kepala kucing yang terkeluar itu memandangnya dengan tatapan manisnya.
"Haih, kenapa dia comel sangat! tak jadi nak marah tau.."
"Stop, doing that! taetae.."
Kucing itu tetap menampilkan wajah kasihanya pada jungkook. Kalau kucing dah buat muka macam tu, dia tak sanggup nak marah."Okay fine! hyung tak marah pun."
Akhirnya kucing itu pun tersenyum sampai matanya tertutup. Haih, pandai dia pujuk bila aku marah."Now, kita kene cari makanan taetae okay!"
Jungkook menyelusuri kawasan makanan kucing. Dia ingat apa yang jimin cakap. Makanan kucing yang nama dia tu.. Apa! Whiskas ha lebih kurang macam tulah aku dengar.
Mata aku masih lagi mencari jenama makanan kucing yang tertulis whiskas. Tak lama aku terjumpa bungkusan berwarna ungu dengan berlambangkan gambar kucing.
"Cih, kucing tu tak lah comel mana. Macam mana boleh jadi duta kucing! comel lagi taetae aku!" Bisik jungkook.
Yelah, taetae kau je
yang comel - Author.Jungkook pun ambil bungkusan yang paling besar. Alang alang dah beli tu baik ambil yang besar. Tak adalah cepat habiskan.
"Taetae nak ini?"
Ujar jungkook sambil menunjukan bungkusan makanan kucing itu pada kucing peliharaanya.Brak!
Bungkusan itu ditolak mentah-mentah oleh taetae. Jungkook terkejut bukan main. Dia baru sahaja mencerna apa yang dibuat oleh taetae.
Nasib baik bungkusan yang jatuh kat lantai tu tak pecah. Kalau tidak mamps dia nak kene ganti rugi. Akhirnya jungkook pun menghela nafas lalu mengangkat bungkusan itu diletakkan semula.
"Habistu, taetae nak apa?"
Kata jungkook dengan nada yang separuh bersabar dengan kucing ini. Jungkook jenis yang tak boleh pelihara apa apa. Mudah sangat baran dengan sesuatu benda baik binatang juga.Cepat sangat hilang sabar.
Taetae menatap wajah jungkook dengan jurusan terhandalnya. Aegyo yang mampu buatkan jungkook cair. Melting gitu.
Matanya dibulatkan dengan besar. Kepala yang sedikit dimiringkan. Telinganya menurun layu. Jungkook dapat lihat taetae sedang memasang wajah kesian padanya.
"Haih, inilah yang buatkan hyung ta boleh nak marah." Gumam jungkook. Kemudian berjalan pergi. Puas dia mencari makanan yang taetae suka. Semuanya dia lepar macam tu je. Geram pulak rasanya.
Apa yang dia makan sebenarnya.
"Taetae makan apa sebenarnya.. Cuba bagitahu hyung!" Jungkook tidak sadar yang dia sebenarnya telah pun membentak kucing kesayanganya itu.
Telinga kucing itu melayu. Memasang wajah yang takut menatap jungkook.
"Hyungie marah taetae!"
YOU ARE READING
𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]
Fanfic"𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮." Jeon Jungkook mengutip kucing yang terbiar dijalanan itu. Kucing tu comel sangat, walaupun hakikatnya Jeon Jungkook memang tak suka memelihara binatang dirumahnya. Oleh kerana dia tertarik...