Aku Jeon Jungkook. Aku lahir di busan dan kini menetap diseoul. Aku seorang mahasiswa universiti international seoul. Mengambil jurusan photographer dan Bussines Managment.
Sebab aku ambil dua jurusan ini adalah..
Aku ambil bidang fotograper sebab aku minat bidang tu. Kedua sebab aku ambil bahagian bisnes sebab ayah aku akan wariskan syarikat keluarga kami pada aku.
Aku mempunyai dua orang adik beradik. Jeon Wonwo dan aku Jeon Jungkook. Aku anak bongsu. Abang aku tak nak ambil akuh syarikat ayah aku sebab dia tak minat bahagian tu. Oleh kerana itu, ayah aku desak aku ambil bahagian bisnes untuk ambil alih syarikat dia. Kerana aku satu-satunya yang boleh pegang syarikat dia.
Abang aku belajar dekat UK. Sudah 5 tahun dia tak balik ke korea. Katanya sebab masih menuntut ilmu disana. Mahu tak mahu aku terpaksa ikutkan kata ayah aku.
Aku tak tinggal dengan keluarga aku. Aku tinggal sendiri kat apartment. Walaupun aku kaya tapi aku tak pernah mengaku yang diri aku adalah kaya.
Sebab aku tahu orang nak rapat dengan aku hanya nak manfaatkan harta yang aku ada.
Jadi aku lebih suka hidup berdirikari tak harapkan duit mak dengan ayah aku. Aku kumpul duit untuk bayar yuran pengajian dan duit sewa apartment. Lagipun aku cari rumah yang dekat dengan tempat aku belajar.
Lagi senang.. dekat pun dekat.
Aku jenis yang tak harapkan duit mak ayah aku. Tapi mak ayah aku desak aku untuk terima duit dari dia even aku berkerja sambilan. Aku bukanya tak mampu cuma pura-pura tak mampu.
Ayah aku hadiahkan aku motor dan dia berharap sangat yang aku akan terima hadiah tu. Kegunaan motor tu aku pergi kampus balik kampus sahaja.
Supaya dapat memudahkan aku pergi kampus. Tak payah pakai bas atau teksi. Serasa macam membazir sahaja. Oleh sebab itu aku menerima hadiah pertama dari mak dengan ayah aku.
Soal kekasih?
Aku tak ada kekasih. Setakat ni tak ada yang buat aku tertarik untuk menjalani hubungan percintaan. Sebab aku janji pada diri aku yang aku nak fokus pada pelajaran aku sahaja. Soal cinta itu, lain kali pun boleh..
Usia aki sekarang 25 tahun. Aku belajar dah masuk semester yang ke 5. Maksudnya aku ada lagi setahun untuk aku tamatkan pengajian aku sebagai seorang mahasiswa.
Itulah serba sedikit tentang pengenalan tentang diri aku.
Aku baru sahaja selesai class dan aku ingat nak balik awal sikit. Sebab biasa aku akan stayback dekat perpustakaan. Tapi rasa macam cukuplah harini. Aku rasa letih sangat..
Kini aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba tiba je telefon aku berbunyi membuatkan aku berhenti ditepi jalan. Tak akan nak bawak motor sambil menelefon. Kan bahaya.. aku masih sayang nyawa lagi..
"Yobuseyo.."
"Kook? weyh malam ni free? lepak jom kat cafe biasa.."
"Hm, tak naklah.. aku penat."
"Alah, jomlah.."
"Mingyu, kau pergi jelah aku nak berehat kat rumah."
"Sudahlah kau..aku ajak hoseok lagi bagus."
Dengan cepat aku putuskan panggilan. Aku jenis tak suka nak buang masa dengan pekara-pekara yang membazirkan masa.
Tengah aku nak nakk moto.. Tiba tiba aku ada nampak satu kucing ini. Kurus je.. Tak bermaya je aku tengok. Rasa kesian pun ada bila dia tengok aku macam tu.
Bulu dekat badan dia tu sedikit berbeza dari kucing-kucing lain. Hanya sahaja kucing tu sedikit kotor.
Macam yang aku cakap. Aku mana suka binatang untuk dipelihara. Tapi aku rasa tertarik dengan kucing ni. Aku kesian gila bila dia menempelkan tubuh dia pada kaki aku.
"Meow.."
Aku pun mengangkat tubuhnya tapi sebelum itu aku keluarkan kain lap biasa aku gunakan tu untuk balut tubuh badan dia. Mesti dia sejukkan."Siapa Tuan kau?"
tanya aku. Eceh, macamlah kucing ni faham aku cakap. Kucing itu memandang aku dengan wajah yang kesian."Lapar ke?"
"Meow..Meow.."
Ngiaunya lagi. Aku pun mengangkat dia masuk ke dalam beg aku. Tak sepenuhnya tertutup. Silap-silap mati dia lemas kat dalam tu. Beg yang kini berada dibelakangku aku kedepankan. Senang aku nak perhatikan kucing ni."Marilah.. ikut aku balik.."
Aku pun menghidupkan motor. Dengan cepat aku membawanya. Taklah laju sangat sebab sekarang ni kucing tu tengah keluarkan kepala dia dari beg aku. Hanya separuh je. Itu dah mampu buatkan aku tersenyum.Sampai sahaja aku di apartment. Aku pun memakirkan motor aku. Aku turun dan kucing tu tak berhenti menatap aku.
"Kenapa pandang aku macam tu?"
Kata aku seolah aku dengan dia boleh bercakap antara satu sama lain. Paling tidak pun dia akan mengiau je dengan aku. Bukanya aku faham pun.Aku berjalan masuk dan mua meletakan dia diatas lantai. Disebabkan dia masih kotor aku nak mandikan dia. Tapi setahu akulah kucing tak suka mandi..
Aku bukak jacket dan ambil kucing tu masuk ke dalam bilik mandi. Aku letak dia perlahan-lahan aku cuma takut dia melenting je.
iyalah kucing kalau kene siram je mesti melenting. Aku dahlah takut kene cakar.
"Kita mandi.."
Aku mula menyiramkan air itu pada tubuhnya. Aku terkejut sebab kucing tu tak melenting pun malah dia suka bila mandi.
Aku pun okay jelah.. Terus je mandikan dia. Sambil sabun pada bulu dia itu. Kemudian aku bilas sehingga bersih. Setelah siap mandi aku memakaikan tuala dan meletakan kucing tu dekat atas sofa.
Aku berjalan masuk ke dalam bilik ambilkan pengering rambut untuk keringkan bulu dia. Aku dapat lihat kalau kucing tu suka bila aku keringkan tubuhnya.
"Ha, comel pun.. kalau dah mandi macam tu. Barulah nampak bersih sikit. Kalau tidak coreng je muka tu." Aku meletakan kucing itu diatas pangkuanku. Bukak tv untuk lihat siaran apa yang best.
Kucing tu diam je duduk kat pangkuangku. Perlahan tangan kucingnya menarik tangan aku untuk membelai kepalanya.
Aku tersenyum dan terus membelai bulunya membuatkan kucing itu memejamkan matanya.
'Comelnya..'
"Ah, aku lupa nak namakan kau.. Apa agak agak nama yang sesuai dengan dia."
"Hm nak panggil comel? tapi macam biasa sangat kalau comel tu."
"Ha, beauty!"
"Alah, kalau beauty untuk manusia diakan kucing." Aku masih memikirkan nama apa yanh sesuai untuk kucing ni.
"Kau suka nama apa?"
Aku tanya kepada kucing. Ish, macamlah dia faham aku cakap apa dekat dia."Ha, aku panggil kau Taetae!"
Kucing itu memekik girang. Ha aku dah agak mesti dia suka dengan nama itu."Mulai sekarang kau milik aku. Dan nama kau adalah Taetae!"
"Meow!!"
"Kacaknya dia.."
Tbc.
untuk kali pertama saya buat cerita fantasi. Masih berminat cerita ini? Kalau berminat saya akan teruskan.. 🥰🥰
YOU ARE READING
𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]
Fanfic"𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮." Jeon Jungkook mengutip kucing yang terbiar dijalanan itu. Kucing tu comel sangat, walaupun hakikatnya Jeon Jungkook memang tak suka memelihara binatang dirumahnya. Oleh kerana dia tertarik...