Jungkook sejak akhir ini dia sangat sibuk dengan tugasanya. Dan dia akan menghadapi ujian semester. Jadi kerana itu dia sedikit sibuk dan sampaikan tak ada masa nak layan taetae.
Kadang-kadang taetae banyak bawak dirinya kerana jungkook terlalu busy dengan buku buku tebal itu. Walau dia hanyalah seekor kucing.
Dia sangat memahami jungkook. Tapi jungkook sedaya upaya cuba melapangkan waktunya untuk taetae.
Tetap saja, taetae akan buat kerja dia sendiri. Macam tidur sendiri, makan pun sendiri segalanya sendiri. Jungkook berasa tak sampai hati nak biarkan taetae macam tu.
Tapi kucing itu selalu menolak jungkook untuk menperhatikanya. Taetae bahkan tak mengiau denganya. Senang cerita kucing tu tak banyak ragam atau ganggu kerja dia.
"Hhah.." Jungkook menghela nafas yang penuh dengan beban. Dia kembali menoleh ke arah taetae yang sedang tidur itu.
Perlahan lahan jungkook mengusap bulu kucing itu dengan lembut. Tidak mahu menganggu taetae dengn tidurnya.
"Maafkan hyungie.. sebab dah kurang perhatikan taetae." Badan taetae sudah pun berisi. Tak macam dulu yang kurus semasa dia baru sahaja bertemu dengan kucing itu. Bulunya juga semakin tebal. Selera makan kucing tu pun makin bertambah.
Clerk..
Pintu itu dibuka memberikan ruang kepada namja pendek itu untuk masuk ke dalam apartmentnya.
Macam biasa jimin kalau datang memang selalu bawak makananya. Disebabkan tugasan mereka akhir akhir ini sedikit sibuk. Maka jimin dengan rela hati datang belajar bersama sama jungkook di apartment jungkook.
Pada mulanya diorang nak study dekat perpustakaan dekat kampus. Tapi disebabkan jungkook tak nak tinggalkan taetae sendirian diapartment maka dia mengambil keputusan untuk belajar dekat sini.
"Mana taetae." Tanya jimin.
"Ada kat dalam bilik."
"Panggilah dia aku nak cium ni."
"Mana boleh, aku je yang boleh cium dia. Kau siapa?" Ujar jungkook dengan nada yang posesif. Jimin berdecit tak suka.
"Kedekutlah, itu baru kucing belum kekasih kau lagi." Jungkook buat tak tahu tanganya masih lagi pantas menekan nekan pada keyboard laptop itu.
"Kau beli apa?" tanya jungkook sambil menghirup kopi yang masih lagi panas itu.
"Um, macam biasa pizzalah."
"Asyik pizza je, mana aku tak gemuk."
"ck, gemuk apanya! ini kau kata gemuk." Kata jimin sambil mengangkat baju jungkook lalu mengusap perut kotak-kotak jungkook.
"Yak! jangan sentuh." teriak jungkook. Jimin hanya terkekeh.
"Hek eleh, aku pun ada juga. Setekat sentuh kau punya sixpack tu tak luaklah." Jimin menunjuk nunjuk pada jungkook perut miliknya.
Drtt..Drtt..
Telefon jungkook bergetar seperti ada mesej yang masuk. Jungkook melirik ke arah telefonya dan membuka chat dari seseorang.
Jungkook fokus dengan telefonynya sambil menaip-naip. Jimin merasakn bahawa jungkook sedikit aneh."Woi, busy naw! chat siapa?"
"Ini eunha." Jimin membulatkan matanya. Hampir tersembur pizza itu ke wajah jungkook.
"Eunha?!"
jimin terkejut. Jungkook hanya angguk je."Perempuan yang terkenal dekat kampus kita tu?" tanya sekali lagi bagi memastikanya.
"Famous ke dia tu."
"Bodoh."
"Sejak bila kau rapat dengan dia."
"Asal?"
"Kau tak pernah rapat dengan mana mana perempuan. Aku jelah kawan kau. Kau mana ada kawan perempuan. Layan perempuan pun tak." Kata Jimin pelik dengan sahabatnya ini.
"Aku bukan suka-suka rapat dengan dia."
"Pastu kau nak main-main dengan dia ke? ck, dasar lelaki playboy!"
Plak!
Kuat tamparan jungkook mendarat dikepala jimin. Namja pendek itu mendesah kesakitan.
"Yak! sakitlah.."
"Aku tah habis cakap lagi."
"Sorry!"
"Aku satu fakulti photographer dengan dia. Kitaorang ada tugas bersama sebab lecture yang pilihkan aku bukan nak pun. Tapi disebabkan aku nak poin lebih aku kenelah berkerjasama dengan eunha. Dia jadi model aku dan aku jurugambar dia. Faham."
"Setelah selesai kitaorang akan buat presentation."
"Ohhhhhh.."
Panjang ohnya jimin."Aku ingat kau ada relay dengan dia."
"Tck, overthinking."
"Tapi di cantikn. Satu lagi aku lama perhatikan dia yang dia nampak macam sukakan kau je."
"Pandai jelah kau." Jungkook kembali fokus pada laptopnya.
"Yelah, apasalahnya dia jadi kekasih kau. Dia pun perempuan yang baik."
"Aku dah cakap yang aku nak ada relay waktu aku sibuk study."
"Kenapa pulak!"
"Belajar adalah belajar. Aku takut kalau dengan aku ada relay with someone. Aku takut tak boleh fokus belajar. Terlebih lagi dia orang yang cerewet. Aku rimas kau tahu."
"Ohh.. macam tu."
"Dahlah, lebih baik bincangkan pasal ujian semester kita. Dari tadi kau tak gerak-gerak."
"Chill lah makan dulu."
Kucing itu hanya mengintai jungkook dari dalam. Ada raut yang sedih dipasangkan pada kucing cantik itu.
"Siapa Eunha."
Tbc.
Maaf sebab lama menghilang. Maklumlah saya sibuk dengan tugasn dirumah. Terlebih pula dah nak raya. Kepada yang muslim selamat hari raya semuanya. Maaf kalau ada salah dan silap ye. Kita kosong-kosong ye! 💜💜
YOU ARE READING
𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]
Fanfiction"𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮." Jeon Jungkook mengutip kucing yang terbiar dijalanan itu. Kucing tu comel sangat, walaupun hakikatnya Jeon Jungkook memang tak suka memelihara binatang dirumahnya. Oleh kerana dia tertarik...