Awal pagi taehyung sudah terbangun. Dia sudah terbiasa bangun seperti kucing. Maka dia agak kekok sedikit mengunakan tanganya untuk menggosok-gosok matanya.
Taehyung tidur jauh dari jungkook. Jungkook mengalah untuk tidur dibawah manakala taehyung dia berikan keselesaan untuk dirinya tidur diatas katil.
Sebenarnya katil kat bilik jungkook tu bersaiz queen. Cuma dia tak nak mengusik taehyung lebih tepatnya tidur bersama taehyung.
Dia masih menganggap taehyung orang asing. Kerana dia tak pernah bawa sesiap didalam apartment. Terlebih sekali mahkluk itu cantik dan manis.
Taehyung menatap jungkook yang tidur nyenyak dibawah. Tubuhnya hanya dikenakan kain tipis sahaja untuk menyelimuti tubuhnya.
Taehyung tersenyum kemudian berjaln turun sambil melihat pada kakinya. Membelai-belai kakinya dengan perlahan.
"Macam tak percaya je? aku ni manusia.." ujar taehyung perlahan. Namja manis itu membelek-belek pada jari jemarinya yang halus dan runcing.
"Jadi macam ni rasanya ada tangan?" Gumamnya lagi. Dia bangkit lalu mengambil selimut tebal itu kemudian menyelimutkan tubuh jungkook yang sedikit mengigil.
Dia berjalan tertatih-tatih untuk biasakan berjalan menggunakan kaki manusia ini. Cermin besar itu memantulkan tubuh taehyung.
"Wuah, jadi manusia memang sempurna." Pakaianya yang dikenakan hanya kemeja kebesaran jungkook. Dia ingin memaki seluar jungkook tetapi bila dia pakai mesti longgar. Pinggangnya dengn pinggang jungkook tak sama.
"Ehem.." Suara serak serak basah itu bersuara. Taehyung menoleh ke arah jungkook yang sudah terbangun. Namja manis itu tersenyum cantik ke arah jungkook lalu berjalan dekat dengan jungkook.
Jungkook terkejut lalu memundurkan taehyung jauh darinya.
"Err, jauhkan tubuh kau dari aku." Ujar jungkook. Lagi-lagi senyuman pada bibir taehyung melentur. Dia berasa sangat sedih.. Seperti semalam, dia harus jaga jarak dengan jungkook.
Dan dia cuma rindukan belaian dan ciuman dari jungkook seperti sebelumnya dia menjadi seekor kucing.
"Hyungie.. masih takut lagi dengan taetae ke?" ujar taehyung pelan. Bermain dengan jari jemarinya yang halus. Bukan kerana jungkook takut, hanya sahaja taehyung terlalu cantik untuk dekat denganya. Bahkan jantung jungkook berdetak dua kali lebih cepat bila taehyung menatapnya dengan tatapan yang memuja.
"T-tak, aku cuma rasa yang kau masih orang asing bagi aku." Dengn cepat jungkook menyelak selimut itu kemudian melipatnya dan susun diatas katil. Begitu juga dengan alas yang dia bentangkan untuk tidur itu.
"Aku nak mandi." Ucapnya kemudian berjalan masuk dalam bilik mandi. Taehyung terdiam duduk diatas katil itu. Mengeluh berat.
Kenapa dia rasa macam jungkook dah tak suka denganya. Salah ke dia jadi manusia kembali. Salah ke? adakah dia patut jadi kucing semula supaya hyungienya sayang kepadanya seperti dahulu.
"Hiks.. hyungie.. dah tak sayangkan taetae lagi." Taehyung menangis pelan. Hidungnya merah sedikit hingus terkeluar. Tetapi masih tetap nampak cantik.
Jungkook selesai mandi. Dia menghampiri taehyung yang menangis terisak-isak itu. Dia terkejut kenapa namja manis itu menangis.
"Kenapa nangis?" tanya jungkook santai.
"Hyungie.. hiks.. tak sayangkan taetae lagi ke?" Ujar taehyung dengan hidungnya yang merah itu. Air mata masih meleleh-leleh lagi.
"S-sayang.." Ujar jungkook dengan terbata-bata. Pandangnya dibuang jauh, kerana semakin taehyung menangis dia semakin cantik.
YOU ARE READING
𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]
Fanfiction"𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮." Jeon Jungkook mengutip kucing yang terbiar dijalanan itu. Kucing tu comel sangat, walaupun hakikatnya Jeon Jungkook memang tak suka memelihara binatang dirumahnya. Oleh kerana dia tertarik...