"𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮."
Jeon Jungkook mengutip kucing yang terbiar dijalanan itu. Kucing tu comel sangat, walaupun hakikatnya Jeon Jungkook memang tak suka memelihara binatang dirumahnya.
Oleh kerana dia tertarik...
Seperti yang jungkook janjikan dia akan bawa taehyung untuk pergi membeli belah baju taehyung. Jungkook berniat nak bawa taehyung naik motornya. Tapi disebabkan barang barang taehyung nak letak mana. Jadi dia fikir dia tak payah bawak moto.
Dia hanya naik teksi sahaja. Lagipun bukan selalu jungkook naik teksi. Jadi tak ada masalah.
"Hyungie kita nak pergi mana?"
"Shopping mall tae!"
"Shopping mall tu apa?" Jungkook menghela nafas berat. Ini yang susah kalau bercakap dengan taehyung. Ada je benda yang dia nak tanya.. Kadang-kadang jungkook sampai tak tahu nak jawab apa.
Maklumlah taehyung baru lagi dengan menjadi manusia di dunia ini. Biasa dia jadi kucing je.
"Shopping mall tu tempat orang nak beli belah." Taehyung mengeryit aneh. Memiringkan kepalanya sedikit membuatkan jungkook sedikit gemas dengan kepolosan taehyung.
"Belah apa?"
Plak!
Dahi luas milik namja dingin itu ditepuk dengan sangat kuat.
"Haish, nanti tae tahulah.." ucap jungkook yang sudah tidak kuasa nak melayan taehyung. Namja manis itu mengiyakan kata kata jungkook.
Lelaki paruh baya itu hanya tertawa melihat keduanya. Sesekali lelaki itu menyapa jungkook.
"Kekasih encik ke?" tanya lelaki tua itu. Jungkook terkejut. Bagaimana lelaki tua ini boleh mengirakan keduanya adalah pasangan kekasih.
"Kekasih itu apa?" tanya taehyung dengan wajah polosnya. Jungkook terkekeh canggung.
"Tak ada apa!" jawab jungkook akhirnya perhatian taehyung teralih pada luar jendela. Sibuk mengkagumi kota-kotar dan juga bandar-bandar yang tinggi dikota seoul.
"Dia bukan kekasih saya.."
"Oh yeke, maaflah.. ajusshi ingat dia kekasih encik."
"Tapi dia cantik." ucap lelaki tua itu yang tak berhenti memandang pada taehyung. Entah kenapa jungkook rasa lain macam dengan lelaki tua itu.
Perasaan jungkook tiba tiba sahaja berubah menjadi tak suka. Setiap kali lelaki tua itu menatap taehyung membuatkan dia semakin ingin merapatkan tubuh taehyung didalam dakapanya.
Tiba sahaja mereka dihadapan bangunan itu. Jungkook pun keluar dari teksi itu sambil mengenggam tangan taehyung yang terasa dingin itu.
"Tae, sejuk ke?" Namja manis itu menganggukan kepalanya. Memandangkan cuaca sekarang memang tengah musim salju jadi dia lupaa memakaikan taehyung sarung tangan.
"Aish, hyung lupa nak pakaikan sarung tangan untuk tae. Tak pe nanti kita beli dekat dalam."
"Tapi taetae sejuk!" ucapnya dengan nada yang merengek. Jungkook pun menarik kedua tangan taehyung lalu diletakan pada dadanya yang diselindungkan dengan coat tebal itu.
Untuk kali pertama jungkook terasa sangat janggal. Dia tak pernah berkelakuan seperti itu dengan sesiapa. Tetapi melihat wajah polos taehyung membuatkan dia semakin ini menjaga dan mengenggamnya dengan erat. Kerana dia dapat rasakan yang taehyung seorang rapuh.
"Mari, kita masuk." Keduanya pun berjalan masuk ke dalam bangunan besar itu. Taehyung tak berhenti mengomel tentang kebesaran shopping mall itu. Bahkan dia sempat jakun dengan apa yang dia lihat.
"Hyungie, kenapa ramai orang."
"Memanglah inikan tempat pusat membeli belah."
"Ohh." Taehyung hanya mengohkan sahaja. Walau sebenarnya dia tak tahu apa yang dikatakan oleh hyungie kesayanganya.
Jungkook tiba tiba sahaja menjadi posesif bila masuk ke pintu shopping mall. Dia lagi tadi asyik memerhatikan orang sekeliling yang banyak memandang pada taehyung. Dia rasa macam tak suka walau dia telah pun mengenakan mask pada wajah taehyung.
"Hyungie.. taetae panas!" Namja manis itu lagi tadi asyik merengek dengan mask yang dikenakan itu. Dia rasa sedikit rimas dengan mask yang ada pada wajahnya itu.
"Jangan tanggalkan!" perintah jungkook. Dengan tak sengaja nada suara jungkook sedikit ditinggikan membuatkan taehyung tersenyum kecut. Berasa aura yang dikeluarkan oleh jungkook sangat tajam dan dominan. Bahkan tubuh taehyung tak boleh dijauhkan walau hanya satu inchi.
"Hyungie.." rengek taehyung.
"Jom!" Jungkook menarik namja cantik itu berjalan masuk ke dalam kedai pakaian. Namja dingin itu rasa tak selesa dengan pandangan orang lain terhadap taehyung.
Kalau boleh kurung, jungkook rasa nak kurung taehyung dalam almari. Tak payah keluar, biar cantik taehyung hanya jungkook yang dapat.
"Hyungie baju ni cantik!" ucap taehyung dengan nada yang gembira. Jungkook yang melihat itu pun mengiyakan sahaja. Membiarkan taehyung mengambil baju baju itu. Demi taehyung jungkook sanggup.
Eh, sejak bila pulak?
Entah sejak taehyung ada dalam hidupnya. Jungkook tak pernah mengistimewakan orang lain selain taehyung.
Ada sebuah perasaan yang meletup-letup didada jungkook saat memerhatikan tawa manis taehyung.
"Hyungie.. taetae ambil semua ye!"
"Ambilah.."
Untuk kali ini biarkan jungkook menghabiskan blackcard yang dihadiahkan oleh sang ayah dan ibu.
Others side..
"Chagi.." itu suara sang suami yang menegur isterinya yang asyik menonton drama kesukaanya.
"Kenapa abang?"
"Duit dekat blackcard jungkook dah susut." Ucap sang suami membuatkan isterinya terkejut bukan main. Sedangkan blackcard tu memang tak pernah jungkook gunakan.
"Mungkin, jungkook gunakan duit itu untuk pelajaranya kot!" balas sang isteri kerana dia tahu anaknya itu akan menyibukan dirinya dengan belajar belajar dan belajar. Buku adalah kawan baik jungkook. Tak lain tak bukan, jungkook akan beli buku.
"Tapi dekat sini ada tunjuk list barang yang jungkook beli.." Sang isteri cuba melihat pada layar skrin yang ada pada tablet mahal suaminya itu.
"Haahlah, abang tak mungkinlah jungkook habiskan duit ni sebab nak beli baju.."
"Itu yang abang pelik tu.. kenapa anak kita tiba tiba je dah berubah." Wanita bermarga jeon itu berasa sangat aneh dengan anak bongsunya itu. Jungkook tidak pernah menerima apa apa wang dari sang ibu mahupun ayah. Kerana itu mereka kelihatan sangat aneh jika jungkook membelanjakan wang dengan lumayan sangat tinggi kerana jungkook sifatnya tidak membazir.
Tbc.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.