Chapter 5 : Silly

613 60 6
                                    

Harini jungkook tak masuk kelas. Untuk kali pertama jungkook tak masuk kelas. Alasanya sebab taetae kucing kesayangnya tidak mengizinkan dia pergi.

Kucing manis itu kini sedang bermanja dengan jungkook. Entah kenapa sejak kehadiran taetae si kucing manis itu dalam hidupnya dia dapat rasakan sesuatu yang berbeza dalam dirinya.

Drrt..Drrt

Telefon milik jungkook bergetar membuatkan kucing manis itu pun menoleh ke arah bunyi itu.

Jungkook melihat pada layar skrin. Tertera nama jimin disana.

"—Apa?"
Jungkook berasa sedikit terganggu dengan jimin yang menghubunginya kerana dia sedang bermanja dengan taetae si kucing manisnya.

"Apasal kau tak masuk kelas? jarang kau skip kelas kau bangun lambat ke?"
Jungkook menghela nafas panjangnya.

"Takdelah, aku cuma sengaja tak masuk." Balas jungkook matanya menoleh pada taetae yang menatapnya tak henti.

"Kau gila ke? tak pernah skip kelas tibe je kau skip kelas." Jungkook mengosok telinganya rasa berdegung dengar jimin teriak didalam telefon.

"—Taetae tak bagi aku pergi kelas."
Jawab jungkook dengan nada yang santai.

"MWO! hanya sebab tu kau tak masuk harini. Kau memang dah gila." Jungkook hanya memutarkan biji matanya. Bukan selalu diskip kelas. Baru pertama kali dia tak masuk kelas. Lagipun kalau dia tak masuk pun dia memang dah pandai tak macam jimin still benak lagi.

"Aku skip bukan selalu."

"Yelah, cuma aku pelik sebab kau kalau tak masuk kelas satu hari macam nak mati bunuh diri." Jungkook mengelus lembut bulu pada badan kucing manis itu.

"Tak payah nak pelik sangatlah. Bukanya aku mati pun."

"Hebat sangat kucing kau tu. Kan bagus dia tu manusia, boleh kahwin dengan kau."

"Kau pahal ni merepek? dahlah.. malas aku nak layan kau!"

"—Eh,"
Jungkook mematikan panggilan sebelah pihak sahaja lalu melemparkan telefon bimbitnya ke tepi.

Kembali dengan tadi dimana dia bermanja dengan taetae.

Jungkook bermain dengan bulu lembut nan gebu milik taetae. Televisyen yang ditayangkan tidak menarik bagi jungkook berbanding kucing manisnya itu.












"Hyungie.."
Jungkook memperbetulkan netra penglihatanya. Dia nampak sosok cantik berkulit tan. Yang lebih tepatnya manis bagi jungkook.

"—Yak!"
Jungkook terkejut bukan main. Siapa pula didepanya ini. Sudah seperti seekor macan cantik dan manis.

"Siapa kau?"
tanya jungkook yang kini sedikit menjauhkan tubuhnya dari mahkluk cantik ni.

Mahkluk cantik itu menghampirinya dengan sedikig merangkak. Jungkook memundurkan tubuhnya kebelakang sehingga belakangnya bertemu dengan kepala katil.

Wajah manis itu dipejamkan lalu mendekatkan wajahnya pada wajah jungkook.

Entah kenapa bila bibir itu bertemu, Jungkook terkejut kerana yang mengucup bibirnya itu adalah jimin kawan baiknya.

"—SHIAAA!!"
Teriak jungkook.




















"WUAAAHH!"
Jungkook terbangun. Melihat sekelilingnya. Dia masih lagi tertidur disofa dengan televisyen yang masih setia menontonya.

𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]Where stories live. Discover now