Jungkook tak dapat temankan taehyung saat anak itu baru sahaja ingin sembuh dari demam. Jungkook sebenarnya nak temankan taehyung kalau boleh nak jagakan sekali.Tetapi mengingatkan dia ada presentation dengan eunha pagi ni. Jadinya dia terpaksa kene pergi kalau tidak dia tak akan dapat pointer yang tinggi. Lebih tepatnya markah bagi kumpulan mereka.
Jikalau jungkook tidak datang bagi membuat presentation pagi ni. Satu kumpulan akan ditolak markah. Daripada dia hilang markah lebih baik dia pergi. Mungkin dia akan minta untuk jiran sebelh tengok-tengokan taehyung.
Saat jungkook tiba disana. Nasib baik dia datang dengan begitu cepat sebelum lecturernya sampai.
Disana ada eunha. Gadis yang sama kumpulan dengan jungkook setelah keduanya menghabiskan masa dengan menyiapkan tugasan masing-masing akhirnya tiba masa mereka membuat pembentangan.
"Kang Saem tak sampai lagi ke?" ujar jungkook pada eunha. Gadis itu mengelengkan kepalanya.
"Belum, sekejap lagi sampailah. Kook, kenapa awak macam terburu-buru je datang ke sini."
"Oh, saya ingat lambat tadi. Itu yang nak cepat je."
"..releks kang saem belum sampai lagi." ucap eunha dengan nada yang santai. Jungkook menganggukan kepalanya.
"Ah, kamu berdua dah sampai ye?" ujar lelaki tua itu. Keduanya berdiri dari duduk kemudian memberikan tundukan hormat pada namja tua itu.
"Marilah kita masuk."
"Baik." Jawab keduanya serentak.
Keduanya telah pun selesai membuat pembentangan. Akhirnya semua rasa resah dan gelisah itu hilang serta merta. Yang berada difikiranya itu hanyalah taehyung.
Saat jungkook memasukan laptopnya dalam begnya. Tiba tiba sahaja eunha terjatuh pengsan diatas lantai. Kang Saem terkejut lalu menghampiri eunha. Begitu juga dengan jungkook.
"Eunha!" jungkook menepuk-nepuk pipi gadis itu. Lalu kang saem meletakan jari telunjuknya dibawah hidung eunha.
"Dia pengsan, jungkook bawakan eunha ke hospital!" Meninggalkan semua barang-barangnya. Tanpa segan silu, jungkook mendukung tubuh eunha secara bridal style kemudian menuju ke kereta kang saem.
"Jadi, dokter macam mana dengan student saya?!" ujar kang saem yang begitu risaukan keadaan eunha.
"Dia tak apa apa.. cuma eunha mengalami penyakit anemia. Penyakit dimana dia kekurangan darah. Dia mudah berasa lesu, penat dan letih membuatkan seseorang individu penghidap anemia pengsan secara mendadak dan tiba tiba. Tapi jangan risau, anemia bukanlah suatu penyakit yang merbahaya. Dia boleh dirawat jika pesakit makan ikut aturan yang ditetapkan oleh pihak hospital."
YOU ARE READING
𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]
Fanfiction"𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮." Jeon Jungkook mengutip kucing yang terbiar dijalanan itu. Kucing tu comel sangat, walaupun hakikatnya Jeon Jungkook memang tak suka memelihara binatang dirumahnya. Oleh kerana dia tertarik...