Hujung minggu ini seperti yang dijanjikan. Eunha datang ke apartment jungkook untuk menbincangkan tentang tugasan mereka.
Ting..Tong..
Loceng apartmentnya berbunyi menandakan ada yang menekan. Jungkook yang tadi sibuk bermanja dengan taetae segera berinjak bangun dan menghampiri pintu.
Melihat melalui interform ternyata eunha iaitu rakan tugasanya datang. Jungkook pun menbukakan pintu untuk yeoja itu.
"Ahh..Jungkook!"
Yeoja itu terkejut dengan pintu yang langsung dibuka."Masuklah." Kucing kecil yang melihat itu pun berasa sedikit tidak suka. Terlebih pula yeoja itu lebih cantik berbandingnya.
"Ah, terima kasih." balas eunha sambil tersipu-sipu malu. Jungkook hanya memberikan reaksi yang biasa. Dia hanya berasa sedikit aneh kenapa eunha berpakaian cantik sedangkan gadis ini hanya datang apartment sahaja.
"Aigoo.. comelnya kucing ni.." Kata eunha sambil mengangkat tubuh taetae. Kucing itu meronta tidak suka dengan eunha. Sehinggakan taetae berasa geram lalu mengeluarkan kukunya dan mencakar tangan eunha membuatkan kulitnya yang putih itu berdarah.
"Akh!"
Jungkook yang tadi sedang mengeluarkan kertas kerjanya menangkap suara eunha yang menjerit."Eunha?!"
Jungkook menghampiri gadis itu lalu melihat taetae yang memasang wajah yang tidak suka."Kenapa ni?"
Tanya jungkook."Sakit, kene cakar." ujar eunha yang menahan pedih pada tanganya. Jungkook menatap kucing itu dengan tatapan marahnya.
"Kucing nakal!" Jungkook ingin memukul taetae dengan cepat taetae lari masuk ke dalam bilik.
"Yak, taetae!" Jungkook memanggil nama kucing itu. Dia tak tahu kenapa kucing itu tiba tiba sahaja mencakar eunha. Dia rasa malu kerana kucing peliharaanya itu menyakiti rakan tugasanya.
"Kejap, saya amikkan kotak first aid dulu." Eunha mengangguk lalu jungkook berjalan ke arah kabinet tv. Menarik laci itu dan mengekuarkan kotak first aid itu dan menghampiri eunha.
"Sakit?" tanya jungkook dengan nada yang risau. Jungkook menyapukan ubat antiseptik itu pada luka yang masih terbuka itu. Gadis itu mendesah sakit.
"Maaf," kata jungkook. Gadis itu tersenyum lalu mengelengkan kepalanya. Eunha menatap jungkook yang masih memegang pada pergelangan tanganya dengan lembut.
"Okay dah." Tanya jungkook. Eunha mengangguk tersenyum.
"Terima kasih." katanya.
"Maaf ye tentang taetae. Dia nakal sedikit hari ini."
"Ah, biasalah tu.. dia mungkin tak suka dengan orang asing." Kata eunha. Jungkook hanya mengiyakan sahaja.
Kucing itu menatap keduanya. Cecair jernih itu mengalir jatuh. Kucing itu menangis melihat jungkook bersama eunha.
"Tidak, Jungkookie hyung taetae punya!"
Jungkook sedang tertidur di atas laptopnya. Mereka menyiapkan tugasanya mereka sehingga lewat malam. Eunha masih berkeras untuk menyiapkan malam ini. Kerana dia ingin lama disini melihat jungkook.
Tubuh jungkook diselimutkan dengan kain. Kerana dia tahu jungkook pasti kesejukan.
Perlahan-lahan eunha menghampiri jungkook dengan lebih dekat.
"Jungkook.." bisik eunha perlahan menatap jungkook yang masih nyenyak tidur.
"Aku suka kau.. boleh tak anggap aku lebih dari seorang kawan." Katanya lagi. Taetae yang dari jauh menahan geram. Dia ingin mencakar-cakar wajah eunha.
Perlahan bibir eunha maju untuk mencium bibir jungkook. Dengan cepat kucing itu meneriak diwajah eunha lalu mencakar-cakar baju eunha.
"Yak! Jungkook!!" Teriak eunha kepda jungkook seakan sedang meminta tolong. Kucing itu menyerabaikan rambut eunha.
Jungkook yang sadar itu cepat menangkap tubuh kucing kecil itu.
"Taetae!" Marah jungkook.
"hyungie tak pernah ajar taetae macam ni. Kenapa ni.. Ini kawan hyungie!" Jungkook memarah kucing itu dengan suara nada yang tinggi. Kucing itu memasang wajah terluka. Dia berasa sedikit kecewa dengan jungkook hyungnya itu.
Kucing itu belari masuk ke dalam bilik. Sekali lagi eunha diserang dengan kucing itu.
"Awak tak apa apa eunha."
"Tidak,"
Jawabnya pelan. Jungkook mengalihkan pada luar tingkap. Dalam tak sadar hari sudah pun gelap."Baliklah.. dah lewat ni." Kata jungkook.
"Tapi saya takut nak balik sendiri, awak hantarkan saya boleh?"
"Maaf, saya tak boleh hantar awak. Saya hantarkan awak sampai taksi datang ye." Eunha mendesah kecewa. Dia ingin jungkook yang menghantarnya pulang kerana itu dia sengaja tidak membawa kereta.
"B-baiklah." Jungkook menghantar eunha sampai bawah.
Setelah menghantar eunha sampai ke hadapan. Jungkook kembali ke apartment dia ingin bersua muka dengan kucing nakal itu.
"Taetae!"
Panggil jungkook yang kini berjalan ke arah taetae yang duduk berselubung ditempat tidurnya."Hey, kucing nakal!" Panggil jungkook. Taetae menolehkan wajahnya melihat jungkook. Wajah keruh jungkook berubah. Dia berasa kesian dengan taetae yang memasang wajah sedihbya itu.
"Taetae.." lirih jungkook sambil mengangkat kucing itu. Taetae bersembunyi didalam baju jungkook. Dia kecewa sangat.
"Hey, kenapa taetae buat macam tu dekat eunha. Dia kawan hyungie.." Kata Jungkook dengan lembut.
"Tak sopan tahu.." Taetae tetap menyembabkan wajahnya pada perut jungkook.
"Sudah jangan macam ni lagi. Next time jangan buat macam tu lagi." Taetae menatap jungkook dengan mata bulatnya lalu membaringkan tubuhnya pada pangkuan jungkook.
"Mari kita tidur."
Malam itu taetae terbangun dan melihat pada luar tingkap. Angin diluar sangatlah sejuk. Kucing itu bangun lalu memejamkan matanya.
"Tuhan, aku mohon.. Jadikanlah aku manusia. Kerana aku telah jatuh cinta dengan manusia disampingku ini. Aku mohon jadikan aku manusia supaya aku dapat mencintainya dengan lebih tulus. Tuhan, kabulkan sahaja satu permintaanku ini." Bisik taetae.
Tbc.
Double update for you.
YOU ARE READING
𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭 [𝐊𝐕]
Fanfiction"𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮." Jeon Jungkook mengutip kucing yang terbiar dijalanan itu. Kucing tu comel sangat, walaupun hakikatnya Jeon Jungkook memang tak suka memelihara binatang dirumahnya. Oleh kerana dia tertarik...