Ep 1 🍁

103 11 4
                                    

Pangg!!

"Yeobo!" Panggil Puan Kim dengan tangisan. Pipinya dipegang.

"Kau tak layak nak panggil aku dengan panggilan tu! Kau tu.." Encik Kim memegang kasar kedua pipi isterinya.

"...tak ubah macam sampah je! Menyemak! Sama macam anak kau tu! Bodoh." Kata Encik Kim. Dia melepaskan pipi isterinya lalu menolak kepala itu kuat.

Makin lebat air mata Puan Kim mengalir. Namun, cepat-cepat diseka. Dia ternampak anak gadisnya yang menyorok di sebalik dinding.

Wajah anaknya sudah basah dengan air mata. Itu membuatkan hatinya lebih terluka.

"Yeobo, jangan cakap macam tu. Tu.. anak kita jugak," kata Puan Kim.

"Anak aku? Huh! Sampai mati pun aku takkan mengaku lah yang dia tu anak aku. Aku taknak ada kaitan pun dengan perempuan macam kau ni!"

"Kau dengar sini baik-baik. Esok, aku akan ambil surat perceraian kita. Lepas tu, aku nak kau berambus dari rumah aku. Faham?!"

"Ce..cerai? Anak kita??"

"Aku peduli apa dengan anak kau tu? Pandai-pandai lah kau!" Kata Encik Kim.

Sempat dia menunjal kepala isterinya sebelum berlalu ke biliknya.

Sebaik ayahnya hilang dari pandangan, Yewon atau nama panggilannya, Umji, segera menerpa ke arah ibunya.

"Omma.. gwaenchana?" Soal Umji perlahan. Dia melihat pipi ibunya. Ada kesan merah.

"Omma gwaenchana," jawab Puan Kim. Namun, mukanya berkerut-kerut.

"Omma.. mianhae. Sebab Umji omma dengan appa gaduh. Umji minta maaf," kata Umji lalu memeluk Puan Kim. Matanya merah kerana menangis.

Puan Kim membalas pelukan itu. Rambut anaknya dibelai perlahan.

"Umji tak salah. Omma yang salah. Umji tak boleh salahkan diri Umji sebab Umji langsung tak ada kaitan dalam hal ni," kata Puan Kim.

"Omma, mari Umji rawat omma," kata Umji. Dia memapah ibunya untuk bangun ke biliknya.

...

"Omma rehat lah. Umji nak buatkan bubur," kata Umji lalu keluar.

Puan Kim hanya memandang anaknya keluar. Sebaik keluar, dia memandang tingkap di sebelah.

"Maafkan omma, sayang. Maafkan omma," bisik hati Puan Kim.

20 minit kemudian, Umji tiba dengan semangkuk bubur di tangan. Tidak lupa juga air kosong.

"Nah, omma. Umji suapkan, ye?" Kata Umji. Dia mencedok sedikit bubur itu dengan sudu lalu disuakan kepada ibunya. Puan Kim membuka mulutnya.

"Macam tu lah omma Umji," kata Umji sambil tersenyum. Tetapi, air matanya masih menitis.

"Kenapa, Umji?"

"Tiada apa-apa," jawab Umji lalu ketawa palsu untuk menutup kesedihannya.

"Makan lagi, omma," kata Umji.

"Eo," jawab Puan Kim. Bubur disua lagi.

...

"Omma, Umji nak ke dapur jap. Nak basuh mangkuk dengan gelas ni,"

Puan Kim angguk. Dia bangun dan bersandar pada kepala katil. Umji yang semakin jauh dipandang sayu.

Tiba-tiba, air matanya jatuh. Hatinya terasa sakit apabila teringatkan sikap suaminya tadi. Dalam masa yang sama, dia sedih.

LoveWhere stories live. Discover now