Ep 4 🍁

48 7 0
                                    

1 bulan kemudian...

"Nah, cikgu," kata Umji sambil menghulurkan sejumlah duit.

"Eo, sekejap. Cikgu nak tanda nama," Encik Ahn menanda tick pada nama Umji seraya menerima duit tersebut.

"Saya pergi dulu cikgu," kata Umji lalu beredar.

...

Umji berjalan pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia sempat berhenti di kedai serbaneka untuk membeli sedikit stok makanan di rumah.

Ding! Dong!

"Annyeonghaseyo," sapa seorang gadis.

"Annyeonghaseyo," balas Umji.

"Eo, Umji. Awak buat apa kat sini?" Soal Jihyo.

"Saya nak beli makanan sikit," jawab Umji. Jihyo angguk.

Sudah lama dia tak jumpa Umji sejak Umji berhenti kerja di sana.

Umji kata dia tak mampu untuk beri perhatian pada pelajaran sekiranya dia terus bekerja di sana.

Mereka terpaksa menerima keputusan Umji. Tambahan pula, Umji seorang pekerja yang bagus. Dia selalu datang awal. Dia juga baik dengan para pekerja di kedai itu.

Umji mengambil 2 bungkus mi segera dan beberapa bungkus biskut coklat. Dia segera ke kaunter untuk membayar.

"Umji, awak sihat?" Soal Jihyo.

"Mmm.. awak?" Soal Umji pula.

"Saya sihat je. Tapi, tu lah. Sunyi sikit lepas awak berhenti kerja kat sini," kata Jihyo.

"Nak buat macam mana. Saya belajar lagi. Lagi beberapa bulan saya ada peperiksaan," kata Umji.

"Ouh. Semoga berjaya!" Ucap Jihyo.

"Gomawoyo," balas Umji.

"Nah," Jihyo menghulurkan plastik berisi makanan milik Umji.

"Saya pergi dulu," kata Umji.

"Nae. Hati-hati!" Pesan Jihyo.

...

Umji meletakkan makanan di atas meja. Dia segera ke bilik untuk mandi.

Seperti biasa, dia mesti menatap gambar ibunya. Semakin hari, dia semakin rindu kepada ibunya.

"Omma, omma jangan risau. Umji janji Umji akan belajar bersungguh-sungguh. Umji takkan biarkan perkara yang sama terjadi kat Umji," kata Umji lalu ke bilik air.

Usai mandi, dia ke dapur untuk memasak mi segera. Sementara menunggu mi kembang, dia ke bilik untuk mengambil buku teks Sejarah dan buku latihan.

Dia ingin belajar lebih dalam mata pelajaran Sejarah kerana dia lemah dalam subjek itu.

Dia meletakkan buku dan alat tulisnya di atas meja di ruang tamu. Kemudian, dia ke dapur untuk menyudahkan masakannya.

Dengan berhati-hati dia membawa mangkuk itu ke meja. Tak lupa juga segelas air kosong. Untuk penghadaman.

30 minit kemudian...

LoveWhere stories live. Discover now