2 minggu kemudian...
Umji berjalan sendirian untuk pulang ke rumah. Wajahnya monyok. Perbualan tadi benar-benar merunsingkan kepalanya.
Flashback
"Umji, awak masih tak bayar lagi yuran tu," kata Encik Ahn selaku guru kelas 5-B.
"Saya ada masalah sikit. Saya janji saya akan bayar secepat mungkin," kata Umji.
Encik Ahn angguk.
"Baiklah kalau macam tu. Saya harap awak boleh bayar sebelum masuk bulan 10," kata Encik Ahn.
"Cuma..."
"Cuma apa cikgu?" Soal Umji.
"Dulu, awak boleh bayar tepat pada masanya. Tapi, sekarang awak berhutang. Awak ada masalah ke?" Soal Encik Ahn ingin tahu.
Umji pantas menggeleng.
"Tiada apa-apa. Saya okey. Lagipun, masalah kecil je. Saya pergi dulu, cikgu," kata Umji lalu beredar.
End flashback
Macam mana aku nak cari duit ni?
Fikir Umji. Dia rasa kepalanya berat sangat dengan bebanan. Satu keluhan dilepaskan.
Sedang dia berjalan pulang, dia ternampak sebuah kedai serbaneka. Paling menggembirakan hatinya adalah kerana kedai itu memerlukan pekerja.
"Akhirnya," kata Umji perlahan. Dia segera memasuki kedai itu.
"Annyeonghaseyo," sapa Umji.
"Eo, annyeonghaseyo. Selamat datang," kata seorang pekerja perempuan yang menjaga kaunter.
Umji tunduk sedikit. Dia segera menghampiri wanita berusia 20-an itu.
"Jeogiyo, kat sini perlukan pekerja, kan?" Soal Umji.
"Ha'ah. Untuk part-time. Adik nak minta kerja ke?" Soal wanita bernama Im Nayeon itu. Umji angguk.
"Sekejap. Saya nak tanya bos," kata Nayeon lalu pergi.
"Jihyo, kau tolong jaga kaunter jap," sempat dia berpesan kepada rakannya.
"Nae!" Jawab wanita itu.
Umji tunduk sedikit menyapa wanita yang bernama Jihyo itu.
"Adik nak bayar ke?" Soal Jihyo. Umji menggeleng.
"Tak, saya datang nak minta kerja," jawab Umji.
"Ouh,"
...
Beberapa minit kemudian, Nayeon keluar dari sebuah bilik.
"Adik, bos suruh masuk bilik dia," kata Nayeon.
"Eo, nae," Umji segera ke bilik yang dimaksudkan Nayeon.
Tok! Tok! Tok!
"Ye, masuk!" Kata seseorang.
Umji membuka pintu perlahan.
"Annyeonghaseyo," sapa Umji.
"Annyeonghaseyo," wanita itu membalas.
"Duduk,"
"Kamsahamnida," ucap Umji. Dia mengambil tempat.
Skip
"Baiklah, awak boleh bekerja kat sini. Syif awak kerja start pukul 6 hingga pukul 12 malam," kata wanita itu.
YOU ARE READING
Love
FanfictionSecond story ni.. harap much better dari yang first. Enjoy! Tajuk tu tak pasti lagi. Korang boleh baca, pastu, komen pasal tajuk yang sesuai😅. Sy suka buat cite, tpi tak kena tajuk. Tu lah pasal. Komen tau! Cite ni update tak kira masa.