"Erm... Minhee!" Panggil Umji.
Tiba-tiba, wajah Minhee terpacul di muka pintu.
"Wae?" Soal Minhee.
"Tolong," pinta Umji.
"Tolong apa?"
"Tolong ambil garam dengan gula kat atas. Tak sampai lah," kata Umji lalu tersengih. Minhee menggeleng.
"Tu lah. Siapa suruh tak tinggi," kata Minhee.
Satu cubitan hinggap di pinggangnya.
"Auch!"
"Padan muka! Bukan salah saya kalau rendah," balas Umji. Minhee ketawa.
"Ye lah. Gurau je," kata Minhee. Dia mencapai garam dan gula seperti yang diminta Umji.
"Nah," kata Minhee.
"Gomawoyo," ucap Umji.
"Eh, jap," kata Minhee.
"Waeyo?"
"Saya rasa macam pernah tolong dalam kes macam awak ni. Tak sampai nak ambil barang," kata Minhee. Wajahnya berkerut memikirkan sesuatu.
"Hah! Saya tahu! Kat kedai serbaneka!" Kata Minhee.
"Kedai serbaneka? Kedai kat depan tu ke?" Soal Umji. Minhee angguk laju.
"Malam tu.. dalam pukul 10 atau 11. Lebih kurang lah," kata Minhee.
Tiba-tiba, Umji ketawa.
"Wae?" Soal Minhee.
"Saya rasa, tu lah saya," kata Umji.
"Eo, jinjja? Tu awak?" Soal Minhee. Umji angguk. Mereka ketawa.
"Dah dah. Saya nak masak ni. Lapar la.." kata Umji sambil mengusap perutnya. Minhee tersenyum.
"Ye lah. Masaklah. Saya tunggu kat luar," kata Minhee. Umji angguk.
"Eh, tak! Tak jadi," kata Minhee. Umji memandangnya.
"Tak jadi?"
"Tak jadi nak keluar. Nak duduk sini," kata Minhee.
"Buat apa?"
"Nak tengok awak masak lah. Mana tahu letak 'apa-apa' ke?" Sakat Minhee. Umji mempamerkan penumbuk sulungnya. Minhee ketawa.
"Pandai-pandai je tuduh. Hmph!" Umji jeling.
"Masaklah. Nak tengok," kata Minhee.
Skip
"Tada!" Umji mempersembahkan nasi gorengnya di hadapan Minhee.
"Nah. Rasalah," kata Umji.
"Hmm.." Minhee mengambil sudu. Dia mencedok nasi lalu menyuakan ke mulut.
"Eottaeyo?" Soal Umji tak sabar.
Wajah Minhee berkerut beberapa saat sebelum angkat ibu jari.
"Sedap, kan? Hahah," kata Umji lalu ketawa bangga.
"Eh, ketawa pulak. Kata lapar kan. Makanlah," kata Minhee.
"Ceh. Tak boleh nak bangga sikit," kata Umji perlahan. Pinggan di hadapan Minhee diambil.
"Erm.. awak nak lagi tak? Kalau nak, saya ambil pinggan lain," soal Umji.
Melihat Minhee diam, Umji bangun untuk mengambil pinggan lain. Namun, Minhee memegang pergelangan tangannya.
"Eo?"
"Tak payah. Kongsi dalam pinggan ni je lah," kata Minhee.
"Tapi, saya lapar ni. Saya makan banyak nanti," balas Umji.
YOU ARE READING
Love
FanfictionSecond story ni.. harap much better dari yang first. Enjoy! Tajuk tu tak pasti lagi. Korang boleh baca, pastu, komen pasal tajuk yang sesuai😅. Sy suka buat cite, tpi tak kena tajuk. Tu lah pasal. Komen tau! Cite ni update tak kira masa.