"Awak, makan," kata Minhee.
Umji tidak berkelip memandang makanan yang disediakan. Banyak betul. Ada ayam, nasi, buah dan macam-macam lagi makanan sampingan. Dia juga disediakan air susu.
"Wahh.." kata Umji tanpa disedari.
Tanpa membuang masa, dia mencapai sudu lalu makan. Minhee di sebelah diabaikan.
Melihat Umji makan seperti tak makan sebulan, Minhee menegur.
"Awak, makan pelan-pelan. Nanti tercekik," kata Minhee. Dia menuangkan air kosong ke dalam gelas yang disediakan di tepi katil.
Umji masih makan. Dia menikmati makanan tersebut. Walaupun dia sering dengar kawan sekelasnya kata bahawa makanan hospital tak sedap. Dia seratus peratus tak setuju.
"Uhuk!"
Minhee segera memberikan air kosong. Umji minum.
"Kan saya dah kata. Makan pelan-pelan," kata Minhee. Umji tersenyum.
"Joisonghamnida," ucap Umji. Kemudian, dia sambung makan.
Usai makan, dia menikmati buah epal dan susu.
"Awak," panggil Minhee. Umji berpaling.
"Saya tengok, awak makan bersungguh betul. Awak kuat makan, eh?" Soal Minhee.
"Eh, mana ada. Makanan ni sedap sangat. Saya tak pernah makan makanan sesedap ni," puji Umji.
"Ouh,"
"Awak," panggil Umji pula.
"Ye?"
"Boleh pinjam phone tak?" Pinta Umji.
"Nah," Tanpa banyak soal, Minhee memberikannya.
Umji tekun menaip sesuatu. Tiba-tiba, terdengar lagu Stay nyanyian grup Cravity.
Umji berpaling mencari telefonnya. Begitu juga dengan Minhee.
"Di sana!" Kata Umji. Minhee berpaling. Dia melihat sebuah beg galas berwarna hitam di sudut dinding.
Umji ingin turun dari katil. Namun, Minhee menahan.
"Biar saya ambil. Awak rehat," kata Minhee. Umji akur.
"Nah," Minhee menyerahkan telefon milik Umji kepada tuannya.
"Kamsahamnida," ucap Umji.
"Nah," Umji memulangkan telefon Minhee.
...
"Awak, dah lewat ni. Awak balik lah," kata Umji. Sekarang dah pukul 9:50.
"Takpe. Saya nak tengok awak tidur dulu. Baru saya balik," kata Minhee.
"Tak perlu. Nanti family awak risau pulak," kata Umji.
"Saya dah bagitau family saya," kata Minhee sambil menayangkan telefonnya.
"Ouh,"
"Tidurlah," kata Minhee. Dia menepuk bantal. Umji baring.
Dia tak tahu kenapa. Perilaku lelaki itu buat dia rasa disayangi. Sejak kedua ibu bapanya bergaduh, dia dah tak rasa perasaan itu lagi.
Sebaik Umji berbaring, Minhee menyelimutinya. Hal itu membuatkan jantung Umji berdegup kencang. Dia rasa lain.
"Tidurlah," kata Minhee perlahan. Dia menunggu sehingga gadis itu lena.
YOU ARE READING
Love
FanfictionSecond story ni.. harap much better dari yang first. Enjoy! Tajuk tu tak pasti lagi. Korang boleh baca, pastu, komen pasal tajuk yang sesuai😅. Sy suka buat cite, tpi tak kena tajuk. Tu lah pasal. Komen tau! Cite ni update tak kira masa.