"Umji!" Sapa Jungkook.
"Eo, sunbaenim. Annyeonghaseyo," balas Umji.
"Datang dengan siapa tadi? Abang awak ea?" Soal Jungkook.
"Ha'ah," jawab Umji. Jungkook hanya mengangguk.
Mereka berdua berjalan seiringan di lorong itu. Masing-masing diam. Dalam keadaan itu, Jungkook mengambil kesempatan untuk menjeling Umji buat beberapa saat.
Seraya dengan itu, Jungkook mencapai tangan Umji dan menggenggamnya dengan erat. Tersentak Umji dibuatnya.
"Akk, sunbaenim!" Umji cuba melepaskan tangannya manakala matanya meliar ke sekeliling takut-takut kalau ada mata yang memandang. Namun, Jungkook tidak melepaskan pegangannya.
"Sunbaenim!" Kata Umji. Dia memandang Jungkook tajam. Namun, Jungkook tidak mengendahkannya. Sebaliknya, dia hanya berjalan tanpa melepaskan tangan Umji.
"Sunbaenim, lepaslah!" Kata Umji.
Tiba-tiba, Jungkook berhenti. Dia berpaling ke arah Umji lalu memeluknya.
"Yaa..!!"
"Kalau awak melawan, awak akan terima akibatnya," kata Jungkook perlahan di telinga Umji. Terkaku Umji dibuatnya.
Perlahan-lahan Jungkook meleraikan pelukan. Dia tersenyum manis kepada Umji sebelum kembali berjalan. Umji hanya mengikuti langkahnya tanpa banyak soal.
...
Kring! Kring!
Para pelajar sudah mula mengerumuni kantin sekolah.
Jungkook masih setia menunggu di sisi kelas Umji. Sesekali dia mengintai Umji melalui tingkap kelas tersebut.
"OKEY, KELAS. JANGAN LUPA ULANG KAJI BAB NI. ESOK, SAYA AKAN BAGI KUIZ. FAHAM?"
"Faham, Puan!" Laung para pelajar kelas tersebut.
"OKEY. KAMU SEMUA BOLEH REHAT," kata Puan Song lalu keluar dari kelas.
"Kau nak makan apa nanti?"
"Esok ada kuiz. Yeay!!"
"Ngantuknya..."
Pelbagai komen yang didengari Jungkook sebaik para pelajar keluar dari kelas. Jungkook hanya diam. Dia memerhatikan Umji dari jauh.
Sebaik Umji keluar, Jungkook menarik tangannya.
"Akk! Eo, sunbaenim? Apa sunbaenim buat kat sini?" Soal Umji.
"Jom! Kita makan sama-sama," kata Jungkook.
"Makan sama-sama?"
Jungkook angguk.
"Tapi..."
"Marilah," Jungkook menarik tangan Umji supaya mengikutinya. Umji tiada pilihan. Dia hanya akur.
...
"Kita duduk sini," kata Jungkook. Dia meletakkan pinggannya di meja paling belakang.
"Kenapa jauh sangat?" Soal Umji.
"Saja.. biar ada privasi untuk kita," balas Jungkook.
YOU ARE READING
Love
FanfictionSecond story ni.. harap much better dari yang first. Enjoy! Tajuk tu tak pasti lagi. Korang boleh baca, pastu, komen pasal tajuk yang sesuai😅. Sy suka buat cite, tpi tak kena tajuk. Tu lah pasal. Komen tau! Cite ni update tak kira masa.