"Dia apa?" Soal Minhee tak sabar.
Umji mengeluh lalu ketawa kecil.
"Hmm.. takpe lah. Benda dah lepas. Tak perlu kot nak cerita balik," kata Umji. Matanya dikerdip beberapa kali. Untuk mengelakkan air mata jatuh.
Minhee yang menyedari perkara itu segera mengubah topik. Mungkin itu bukan waktu yang sesuai untuk dia mengorek rahsia.
"Hmm.. kalau macam tu, jom," ajak Minhee.
"Pergi mana pulak?" Soal Umji.
"Mari lah. Kita hilangkan rasa sedih tu," balas Minhee.
"Hah?"
"Jangan banyak tanya. Ikut je," Minhee menarik tangan Umji menuju ke kereta.
...
"Kita nak ke mana ni?" Soal Umji.
"Adalah," jawab Minhee.
"Ish, dia ni. Kalau orang tanya, asyik jawab 'adalah' je. Tak boleh ke jawab macam orang lain? Jawab betul-betul," kata Umji perlahan. Mulutnya dimuncungkan.
"Apa?" Soal Minhee. Dia menahan senyum melihat gelagat Umji.
"Eo, takde apa-apa lah," jawab Umji.
30 minit kemudian...
"Dah sampai!" Kata Minhee. Umji melopong. Sebuah taman tema menyapa pandangannya.
"Waa! Jinjjayo?" Umji segera keluar dari kereta. Dia memandang pintu masuk taman tema itu dengan senyuman lebar.
Sepanjang hidupnya, dia tak pernah pergi ke mana-mana taman tema. Ini kali pertama.
"Jom masuk," kata Minhee. Umji ingin melangkah, namun, terhenti.
"Tak susahkan awak ke?" Soal Umji.
"Saya yang ajak. Kenapa nak susahkan pulak?" Soal Minhee.
"Marilah," ajaknya lagi. Umji ikut.
...
"Nah. Aiskrim awak," kata Minhee sambil menghulurkan aiskrim kepada Umji.
"Gomawoyo," ucap Umji. Minhee tersenyum. Dia mengambil tempat di sebelah Umji.
"Awak," panggil Umji.
"Hmm?"
"Tadi, awak ada tanya pasal family saya, kan?" Soal Umji.
"Kalau awak tak selesa, tak perlu cerita. Saya faham," balas Minhee tanpa memandang Umji.
Umji membetulkan duduknya.
"Saya perlu cerita. Saya tak rasa yang saya boleh pendam semua ni," kata Umji. Minhee mula memandang Umji.
"Sebenarnya, appa saya yang menyebabkan omma saya meninggal. Omma saya sayang sangat kat appa saya. Tapi, bila appa saya kata nak cerai, omma saya tak boleh terima. Dia gantung diri," kata Umji.
"Jadi, sekarang ni.. awak sendirian?" Soal Minhee. Umji angguk.
"Sebab tu rumah awak sunyi semasa saya hantar awak," kata Minhee. Umji angguk lagi.

YOU ARE READING
Love
FanfictionSecond story ni.. harap much better dari yang first. Enjoy! Tajuk tu tak pasti lagi. Korang boleh baca, pastu, komen pasal tajuk yang sesuai😅. Sy suka buat cite, tpi tak kena tajuk. Tu lah pasal. Komen tau! Cite ni update tak kira masa.