Ep 10 🍁

37 4 0
                                    

"Umji," panggil Minhee. Umji diam.

"Umji!" Panggil Minhee lagi.

"Ye?"

"Kenapa awak diam je? Ada masalah ke?" Soal Minhee.

Dari tadi Umji diam. Sejak keluar dari rumah, sampailah sekarang. Dah nak sampai di sekolah dah.

"Erm.. awak," panggil Umji.

"Hmm?"

"Semalam.. awak ke yang.. erm.. yang..."

"Yang apa?" Soal Minhee. Matanya masih memandang ke hadapan.

"Yang.. semalam. Saya tidur di sofa, tiba-tiba, hari ni atas katil pulak. Erm.."

"Ouh. Hahaha! Saya angkat awak semalam. Omma kata, nanti sakit belakang kalau tidur kat sofa. Sebab tu lah," jelas Minhee.

Umji memandang ke luar tingkap.

"Kenapa tanya?" Soal Minhee.

"Oh. Erm.. takde apa-apa lah," jawab Umji.

Namun, Minhee nampak wajah putih Umji yang kemerah-merahan. Minhee tersenyum melihat Umji.

10 minit kemudian...

"Dah sampai," kata Minhee.

Umji cepat-cepat keluar dari kereta.

"Erm.. gomawoyo," ucap Umji.

"Eh, Umji. Hari ni balik pukul berapa?" Soal Minhee.

"2:30," jawab Umji. Minhee membuat simbol 'OK'. Umji terus berlari masuk ke dalam kawasan sekolah.

...

2:30 petang...

"Umji!" Panggil Minhee. Umji berpaling. Dia segera memasuki kereta.

"Macam mana sekolah?" Soal Minhee.

"Sekolah? Okey.. kukuh lagi setakat ni," jawab Umji tanpa memandang Minhee. Minhee ketawa lalu mencubit lembut pipi Umji.

"Uish!" Umji melarikan wajahnya.

"Pandai loyar buruk, eh?"

"Dah, awak tanpa pasal sekolah. Saya jawab lah pasal sekolah," kata Umji.

"Maksud saya.. bagaimana hari awak di sekolah hari ni?" Soal Minhee.

"Okey.."

Minhee tersenyum.

"Hmm.. jomlah balik. Tunggu sini buat apa?" Kata Umji.

"Yelah yelah, Cik Umji," balas Minhee. Mereka terus meninggalkan kawasan sekolah.

...

3 bulan kemudian...

"Umji, good luck!" Kata Puan Kang. Umji tersenyum lalu memeluk ommanya.

"Gomawoyo, omma," ucap Umji. Puan Kang membelai lembut rambut anak gadisnya. Kemudian, pelukan dilerai.

"Buat yang terbaik, ya? Jangan fikir pasal benda lain. Fokus pada soalan dan jawapan je. Fighting!" Puan Kang memberi kata-kata semangat.

"Fighting!" Balas Umji sambil tersenyum.

"Umji pergi dulu. Annyeong!" Kata Umji lalu mengikuti Minhee yang sedang berjalan keluar.

LoveWhere stories live. Discover now