🍁24🍁

6.5K 274 31
                                    

Diana bernyanyi nyanyi kecil di dapur. Pagi pagi lagi dia sudah memasak bagi mengisi perut pada pagi itu. Dia berhenti menyanyi bila Shahrul menegurnya.

" Happy nampak? " Tanya Shahrul. Peti sejuk dibuka untuk mengambil susu kegemarannya. Gelas diatas kabinet dicapai. Lalu susu dituangkan kedalam.

" Hmm~ tak boleh? " Jawap gadis itu dengan soalan. Shahrul entah kenapa mahu ketawa. Mungkin untuk menutup rasa peliknya terhadap gadis itu.

Mereka diam. Diana sudah tahu yang lelaki itu tidak akan keluar sehingga malam ini. Sama juga sepertinya. Iskandar sudah berada di markas Dillo.

" Nah. " Diana meletakkan nasi goreng diatas meja. Betul betul dihadapan Shahrul. Oroma nasi goreng masuk kedalam rongga hidung Shahrul dan tanpa kata dia mencapai pinggan yang dihulurkan oleh Diana.

Shahrul membaca doa dan mula makan. Tidak perasan yang Diana sedang merenungnya.

" Erm.. Kenapa? " Tanya Shahrul. Diana mengalihkan pandangannya dan dia mula makan. Sekali lagi sepi memeluk suasana mereka. Tiba tiba phone Shahrul berdering. Talian disambung.

" Waalaikumsalam. Hanif. Hm? Kenapa? " Diana mengerling kearah Shahrul. Otaknya mula ligat membayangkan beberapa babak dia menghalang lelaki itu dari pergi. Halang dia? Dengan apa? Peluk dia dari belakang macam citer Korea? Tarik lengan baju dia macam citer Hindustan? Jerit jangan pergi macam citer Cina. Atau menangis macam citer Melayu?

" Abang.. " Panggil Diana. Shahrul yang sudah meletakkan phone di atas meja memandang Diana.

" Hm? " Gumam lelaki itu. Diana menarik nafas sebelum melepaskannya. Dia perlu tenang.

" Saya.. Saya nak.. Belajar solat.." Shahrul tak pernah rasa bahagia seperti ini. Senyumannya melebar dan dalam dia berdoa syukur kepada Allah SWT. Walaupun cara nya selemah lemah iman. Dengan hanya berdoa didalam hati. Gadis itu mahu berubah. Itu yang selalu menjadi doanya.

" Boleh.. " Dan Shahrul mengajar Diana bermula dari mengambil air wudhu. Dari sekecil kecil perkara sehingga sebesar besarnya. Diana cuba mengingati apa yang diajarkan oleh Shahrul. Namun sudut hatinya mula berkata kata yang lelaki itu banyak berubah. Bukan lagi lelaki tak guna 7 tahun lalu. Dalam tak sedar, hatinya mahu tangan ini yang membimbingnya ke syurga.

" Okey.. Awak dah ingat..? Awak ada soalan? " Tanya Shahrul. Dia memandang dengan pandangan lembut. Terasa sejuk hatinya melihat gadis itu tertutup dengan telekung peach yang diberikan darinya.

" Erm.. Saya.. Nak.. Baca Al Quran.. " Pinta Diana malu malu. Entah dia boleh baca lagi ke tidak. Sudah bertahun tahun dia telah meninggalkan dari amalan membaca Al Quran. Dia rasakan yang lidahnya akan terbelit belit ketika membaca. Shahrul bangun untuk mengambil Al Quran. Dengan bacaan basic. Surah Al Fatihah.

" Okey.. Awak ikut saya ye..
بسم الله الرحمن الرحيم"
Shahrul memulakan bacaannya dan Diana mula merasakan hatinya dijentik jentik. Suara lelaki itu terdengar beralun alun di telinga Diana. Hatinya terisi sesuatu. Dia tidak lagi merasakan kosong. Dia mula mengikut namun suaranya tidak keluar.

" Bis.. Bis... "

AllahuAkhbar!!

Diana tergagap gagap. Lidahnya keras untuk mengatakan ayat ayat suci itu. Jari yang menunjukkan kearah ayat al-Quran mula menggigil. Pandangannya mula kabur kerana matanya sudah berair. Sedarlah dia betapa jahil nya dirinya. Betapa berdosa nya dirinya.

" Bis.. " Kini hanya tangisan yang berbunyi. Shahrul duduk terkaku. Tidak tahu mahu berbuat apa. Shahrul melepaskan nafas kecil sebelum al Quran ditutup dan diletakkan diatas meja. Tubuh kecil diana yang menggigil dipeluk.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now