Acara makan hanya diisi dengan bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Masing masing tidak bercakap. Manakala otak Shahrul bekerja keras untuk cuba merapatkan hubungan mereka.
" Urm.. " Tiada apa yang dapat dikeluarkan . Dia memandang Diana yang perlahan menguyah. Seperti tiada selera.
Diana makan dengan perlahan. Apa yang Shahrul masak betul apa yang dia katakan. Sedap. Tetapi dia hanya memuji dalam diam. Sengaja dia makan perlahan untuk mendengar lelaki itu menegur untuk menambah lagi. Dia mahu tambah tetapi dia malu. Ehek!
" A.. Awak tau kalau sotong terbelah dua jadi apa? " Tiba tiba Shahrul bertanya. Diana malas melayan jadi dia hanya mengangkat bahu.
" Dia jadi. Sotongah!" Shahrul ketawa dengan lawaknya. Diana berhenti makan untuk melihat lelaki itu sedang ketawa. Dia cuba proses.
Pandangan maut diberikan . Jarinya diketuk perlahan diatas pinggan. Shahrul terdiam.
"Kalau ketam berubah zaman jadi apa? " Shahrul sudah tersenyum kerana Diana juga seperti cuba berbaik dengannya." Jadi apa? " Tanya Shahrul.
" Ketamadunan. " Mereka berdua saling berpandangan sebelum suasana yang sebelum ini sepi diisi dengan ketawa.
" Saya saya! Kalau ayam jadi kaya dia jadi apa? "
" Ayam mas!! " Mereka berdua berkata serentak. Terus pecah ketawa mereka.
" Kalau sofa nampak sofa lain depan dia . Dia kata apa? " Tanya Diana. Shahrul cuba berfikir. Namun apa yang sebenarnya dia fikir adalah gadis ini amat kelakar dan mudah untuk didekati sebenarnya.
" We so-fa apart" Sekali lagi mereka tertawa kuat.
" Kalau kicap nak capai impian. Orang pesan apa? " Tanya Shahrul. Kali ini giliran Diana berfikir.
" Kicapilah impian mu! " Diana tertawa kuat. Sakit perutnya. Dia tak sangka lelaki ini kelakar orangnya malah melayan Dad joke sepertinya.
Tiba tiba salam diberikan. Pandangan mereka terus jatuh ke pintu dapur.
" Waalaikumsalam.. Syazwan. Apa citer? " Tanya Shahrul. Terkejut dengan kedatangan Syazwan. Ketika Syazwan mahu berkata. Diana sudah berkata dahulu.
" Wan! Kalau bihun pergi berburu dia jadi apa?! " Syazwan terkebil kebil mahu menjawap. Dia yang tadi mendengar ketawa kuat dari dapur rumah Shahrul. Tertarik mahu mengetahui sambil dia mahu memberikan kek yang dibuatnya. Dia mahu tahu apa yang gadis itu fikirkan dan sekaligus dia mahu mereka berdua rapat.
" Bihunter! " Kata Diana dan Shahrul serentak lalu jatuh dalam ketawa. Membuatkan Syazwan seorang sahaja yang tidak ketawa kerana tidak faham.
Setelah mereka berdua reda. Baru Syazwan berkata. Kek coklat dihulurkan. .
" Erm.. Diana.. Wan ada buat kek coklat.. Harap Diana suka.. " Shahrul menjengilkan matanya pada Syazwan.
Berani mengorat depan mata?
" Kek coklat? Terima kasih.. Tapi Diana tak suka kek coklat.. Mungkin wan boleh buat kek strawberi? Diana suka strawberi." Kata Diana sambil dengan halus menolak membuatkan Shahrul tersenyum senget.
" Kalau macam tu bagi kat aku lah! Terima kasih! " Terus diambik dari tangan Syazwan. Shahrul tidak menghiraukan jelingan dari Syazwan. I Love Cake Chocolate!
" Erm.. Tak pe lah.. Wan balik dulu eh Diana.. " Syazwan meminta diri dengan sedikit kecewa.
" Eh! Nanti lah dulu. Meh makan sekali. Mak cik Leha cakap dia tak de kat rumah. Lagipun ni Diana masak. Meh lah makan wan" Ajak Diana dengan senyuman manis membuatkan Syazwan berfikir. Macam mana lah dia boleh kawin dengan Shahrul.?
" Terima kasih.. " Syazwan masuk tanpa menghiraukan Shahrul yang memandang mereka berdua tidak percaya. Dia kembali di tempat duduknya lalu makan dengan senyap. Tidak ambil tahu yang sekarang Syazwan cuba mengorat isterinya!
Dah lah Diana cakap dia yang masak. Hello?? Boleh nampak yang wajah Shahrul sedikit bengang. Pandangan penuh cinta dari mata Syazwan juga menambahkan lagi bengangnya! Tak sedar ke yang dia mengorat tu isteri orang?!
" Sayang.. Nak nasi lagi.. " Shahrul melembutkan suara sambil jelingan diberikan kepada Syazwan. Diana menambahkan nasi kedalam pinggan Shahrul tanpa kata.
" Wan kerja apa? " Tanya Diana. Suaranya penuh dengan keayuan membuatkan Shahrul susah untuk menelan nasinya. Dia memerasakan yang dia sedang menelan batu.
" Wan kerja jadi cikgu je. " Kata Syazwan. Tidak lekang dengan senyuman. Shahrul sedang berperang dengan otak dan hatinya. Kenapa dia rasa macam ni? Bengang sampai nak tumbuk je muka kacak Syazwan. Mungkin kerana sikap protect dia kot.
" Oh.. Ye ke.. Diana masih tak tahu nak kerja apa. Ye lah. Fresh graduate kan. " Kata Diana. Syazwan mendengar seolah peluang keemasan.
" Sekolah wan ada tengah cari cikgu. Tapi cikgu PSV lah. " Kata Syazwan. Diana membulatkan matanya. Tak sedarkah dia yang dia sudah membuat kedua lelaki itu tiba tiba memerah wajahnya?
" Diana memang ambil bidang art! Boleh lah Diana nak mengajar PSV tu! " Syazwan sedikit terbawa bawa. Jadi dia sedikit tidak dapat mengawal apa yang dia katakan.
" Boleh! Nanti wan bagi tau guru besar. Lepas tu hari hari kita boleh jumpa! S-" Shahrul tidak dapat tahan. Meja ditepuk kuat mengejutkan Diana dan Syazwan. Dan juga sedikit menyedarkan mereka berdua yang Shahrul juga berada bersama mereka.
" Kau balik Syazwan. " Arah Shahrul. Pandangan tajam dilemparkan kearah Syazwan. Diana memandang Shahrul yang tiba tiba marah.
Tanpa kata dan mujur nasinya sudah lama habis. Syazwan pergi ke sinki dan membasuh tangan dan pinggan. Kemudian dia keluar pulang ke rumah.
Kini tinggal Diana dan Shahrul di meja makan. Diana masih terpinga pinga kenapa Shahrul menyuruh Syazwan pulang. Dia baru sahaja bersemangat mahu mengetahui lebih lanjut tentang kerja menajadi guru PSV tersebut.
" Kau apa hal?! " Marah Diana kerana Shahrul mengahalau Syazwan.
" You! It's you apa hal?! Kau tak nampak ke cara dia pandang kau tu?! " Shahrul cuba mengawal suaranya. Tidak mahu menjerit dan takut Syazwan masih mengintai mereka.
" What?! Like how?! Friend? " Diana merenung Shahrul.
" He love You! "
" So what?! "
" Kau isteri aku! " Diana terdiam. Apa makna seorang isteri pada Shahrul? Sekadar untuk menjaga imejnya?
" I Dont f*cking care. " Diana bangun untuk membasuh pinggan. Lalu meninggalkan Shahrul yang raut wajahnya terlukis penyesalan. Shahrul merenung pinggan. Tidak sampai 5 mereka hampir berbaik. Kini. 5 cm tali hubungan mereka menjadi 5 meter ditarik. Saling menjauhi. Hubungan mereka tegang.
Shahrul menuju ke sinki dan membasuh pinggan. Otaknya seperti tidak berfungsi. Cara apa lagi yang dia perlu lakukan. Lalu dia teringatkan sedaranya.
" Assalamualaikum. Amin."
🍁❤🍁
tbc..
YOU ARE READING
Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔
AksiDiana. Siapa dia tu? Orang tak kenal. Orang kenal dia gadis brutal nama D. " Wahh.. Kau nak gaduh ngan aku? Meh ah. Tapi aku kasi pilihan. Kau nak aku belasah kau lembut or kasar? Cadangan aku. Kasar lah. Baru best! " - Diana. ...